Followers

♥Tetamu diundang♥

My Lovely Blog~!!

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 28, 2010

Gigi sudah bersih..erk, yeke?

coretan Atin at 8:39 PM
Reactions: 
Assalamualaikum w.b.t

Hari ni merupakan hari yang malang mencabar. ada je hal yang terjadi bila nak pegi uitm shah alam. pada episod yang lepas, aku telah terbabit dalam kemalangan kecil hadapan Hotel Concorde Shah Alam. Episod kali ni pulak, aku telah terbabit dengan tayo (bermaksud tayar) yang pancit. Kali ni depan sikit dari Hotel Concorde. nasib baik xmeletup. kete kancil yang dipinjam dr abg aku tu bengang kot sebab masa tu aku ngah kutuk seorang individu. so, die (merujuk kepada si kancil) xsuka kot aku kutuk2 org. cuak x hengat la masa tu. nasib baik cik wani ada bersama. xdela risau sangat kan.

so, dalam terpaksa, kenala bawak jugak kete tu slow  sebab nak cari kedai tayar. sampai aje dekat deretan kedai berhampiran situ, melilau la aku ngan cik wani mencari kedai tayar area situ. naseb baek, kat situ ada kedai tinted kereta. so, uncle situ pon bagila no phone kedai tayar. aku pon dengan segeranya mengekol uncle toh. kenal ke uncle toh ni? konfirm2 la xkenal. nama samaran dia yang dia letak kat brochure kedai dia. Then, lebeh kurang 15 minit kemudian, salah seorang pekerja Uncle toh tu pon sampai kat tempat aku parking. betul2 dibelakang Restoren ala arabic. Zam- zam ala kazam..eh, tipu! kedai dia zam-zam jerk. mandai jerk menambah perisa.. pastu, bila dia bukak ajer tayar tu, fulamak siap da keluar da dawai2 tayar tuh. memang totally out of service okey. then, terpaksa la guna tayar spare untuk smentara waktu.. pastu, kami pon  follow mekanik tu dr belakang utk ke kedai tayarnya iaitu Continental dekat Seksyen 15. tapi, aku xtukar pon sebab sebijik tayar tu berharga Rm125.. mahal weh! aku pulak memang xde duet time tu. abg aku pulak suh cari 2nd hand tayar jer. susah nak cari tuh.. alih2, aku balik aje dgn tayar spare tuh.. kena pikir pulak la, nak kena g kedai tayar lagi.hukhuk...

Selepas itu, tanpa menukar dengan tayar baru, aku pon bawak jer kete tu selamba kodok. pergi uitm shah alam, sebab ada appointment dgn Dr Zaini. sepatutunya kol 10. tp da terlambat. sampai dalam kol  11. nasib baik, Dr Zaini Okey.. cayalah Dr.. bincang2 dgn Dr pasal projek aku tuh, then dalam kol 1, teros pegi makan dan solat Zohor sebelum pegi ke agenda yang ditunggu2 iaitu Scaling Gigi.. Scaling gigi tu bermaksud buang karang gigi. ada celah2 gigi yang xbersih, Dr gigi akan korek nak buang taik najis gigi..Scaling gigi ni kena dilakukan setiap 6 bulan utk mendapatkan gigi yang sihat dan kuat! tapi disebabkan ramai sangat patient, Dr gigi tu just wat ala kadar jer sebab gigi aku xteruk sangat katanya. so, dia buat gitu2 jerk..huhuhu... mcm tula kalu free kan.. kalo at kat klinik swasta, mau berdarah2 gigi aku..hahaha...tp ni oklah. ada tempat2 yang selalu melekat makanan tu, da dibersihkan. kuar jugak darah tp xbanyak.. tempat yang kena korek tu, kuarla darah.. masa time buat tu, mengucap banyak kali jugak ler..seram ajer dengar mesin tuh. dengan air yang terpercik keseluruh mulut sampai ke muka tuh..fuhh...nti nak pegi lagi la wat scaling gigi.. so, sesape yang rasa gigi da terok tuh, better la pegi buat scaling gigi.. elok utk kesihatan gigi..ok? chow..

3 omelan yang prihatin on "Gigi sudah bersih..erk, yeke?"

Hana on December 29, 2010 at 9:29 AM said... [Reply]

macam mana nak tau kalau tayar kita pancit time tgh drive? rasa x stabil ke? ke rasa macam mana?

Atin on December 29, 2010 at 10:59 AM said... [Reply]

rasa la tayar tu da xde angin..kalu yang saya tu, dengar angin keluar..pastu rasa xstabil..tayar pulak bunyi semacam jer..

Hana on December 30, 2010 at 10:00 AM said... [Reply]

oo macam tu ek? ewaahhh~ bersaya-saya pulak =p

Related Posts with Thumbnails
 

ღcoretan kisah hidupkuღ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal