Followers

♥Tetamu diundang♥

My Lovely Blog~!!

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 21, 2011

coretan Atin at 2:22 PM
Reactions: 
0 omelan yang prihatin

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar rakan-rakan sekalian? Dah makan dah? Kalo sudah, alhamdulillah. Erm, dikesempatan ini aku nak wish SELAMAT HARI BAPA kepada ayah tercinta dan juga semua bapa-bapa di dunia ini. Pengorbanan seorang bapa tidak mampu dibalas harta benda yang melimpah ruah shj. Ingat, jangan dilupakan doa-doa dari kita yang bergelar seorang anak untuk bapa. Same goes to mak kita.
So, sempena hari bapa ni, aku just nak share ilmu yang aku perolehi. Kita especially anak perempuan mmg susah ibu-bapa kita nak jaga. Lebih-lebih lagi tanggungjawab yang dipikul oleh seorang ayah. Seperti petikan yang aku perolehi daripada Cinaislam, berbunyi:


"Mengapa neraka bagi golongan dayus? Golongan dayus ini sama ada seorang ayah yang membiarkan anak-anak gadis mereka keluar rumah tanpa mengenakan pakaian yang menutup aurat dengan sempurna begitu juga seorang suami yang membiarkan isterinya mendedahkan aurat seperti tidak memakai tudung kepala hingga di bawah perhiasan mereka.

Termasuklah membiarkan pembantu rumah di kalangan wanita asing yang dibiarkan tidak menutup aurat, maka suami tadi tidak berhak masuk syurga kerana membiarkan isteri dan pembantu rumahnya tidak menutup aurat seperti yang ditegaskan oleh al-Quran."

Jadi, mana yang lagi penting, hadiah hari bapa yang berupa Jam Rolex ataupun menjaga ayah kita daripada terjerumus kedalam neraka akibat kesalahan kita sendiri. Erm, aku pun tak terlepas daripada kesalahan ini. dan betapa aku mementingkan diri sendiri dengan tidak menutup aurat dengan sempurna apabila keluar rumah, tapi usaha untuk kita menjadi lebih baik dan lebih baik mesti diteruskan. Harap maksud yang hendak disampaikan tersampailah sbb aku ni mmg xreti nak menulis2 ni..hukhuk.Peringatan untuk aku juga untuk rakan-rakan.
Salam
 

Saturday, June 18, 2011

Hensemnyeeeeee...

coretan Atin at 11:28 PM
Reactions: 
0 omelan yang prihatin
Assalamualaikum w.b.t

Yo.. hujung minggu ni korang pegi mane? berdatingan ke? aku xberaktiviti pon hujung minggu ni. beristirehat sahaja di tempat peraduan beta..wahaha.. bosanla jgk. tapi xpe, sbb aku puas hati dpt qadaq tido aku. badan pon dah terlemau dah sbb asyik tido, makan, tido makan lagi..

Act kan, aku ngah tengok citer jepung ni. tajuk die Zettai Reido yang Ueto Aya berlakon..pastukan, dalam episod 7. muncul la satu watak lelaki yang handsome nyelah..cair aku nengok die..moh usha handsome ke tak handsome mamat jepun ni..kulit mulus je mamat jepun ni..aish, xboley jadi ni..kena beli hada labo ah pasni, nak lawan matsuo nih..ooopppsss!
Ni rupa die dalam Zettai Reido tu.sebelah rambut pendek, sebelah panjang..motif ?

 Profile Matsuo Toshinobu
  • Name: 松尾敏伸 (まつお としのぶ)
  • Name (romaji): Matsuo Toshinobu
  • Profession: Actor
  • Birthdate: 1977-Oct-22
  • Birthplace: Osaka, Japan
  • Height: 176cm
  • Weight: 63kg
  • Star sign: Libra
  • Blood type:
Tapi, bile gurugle2, die ni muslim. betol ke tak aku xpasti la pulak kan.. hehe.. so,what say u? handsome ke tak?   tapi apsal xbanyak gmbar die bila aku gurugle td..xpopular kah die? ade kurang publisiti? hurm.. banyyak soalan tuh..kena pegi jepun ni, face to face ngan matsuo ni..kihkih..okla, chow.
Salam.
 

Friday, June 17, 2011

Renung-Renungkan!

coretan Atin at 5:09 PM
Reactions: 
1 omelan yang prihatin
Assalamaualaikum w.b.t

Untuk renungan bersama:

Disamping tiada niat utk menutup aurat dgn bertudung akan ditolak oleh Allah, wanita yg berniat utk menutup aurat dgn tudung tetapi tudungnya berfesyen sehingga menarik lelaki memandangnya, atau pun tudung yg dipakainya tidak memenuhi syarat menutup aurat yakni bertudung tetapi masih nampak pangkal leher, bermakna dia belum lagi sempurna menutup aurat, malah semakin berdosa kalau dgn memakai tudung yg berfesyen itu menyebabkan lelaki jatuh hati. Dikala itu tudung bukan menjadi alat menutup aurat, tetapi menjadi alat utk berhias. Wanita begini bukan mendapat pahala dgn menutup aurat tetapi mendapat dosa

Marilah sama-sama kita muhasabah diri. semoga kita tak terlambat untuk berubah. Amin..

Untuk bacaan sepenuhnya [klik]

 

21 petua murah rezeki.

coretan Atin at 3:54 PM
Reactions: 
0 omelan yang prihatin
Assalamualaikum w.b.t


21 PETUA MURAH REZEKI

1. Jangan sekali-kali lupa untuk menunaikan ibadah kepada Allah

Walau sibuk macammana sekalipun, pastikan diri kita sentiasa menunaikan perintah2 Allah. Beribadah kepada Allah, maka insyaAllah pasti diri kita akan dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan.

Allah (SWT) tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-
Nya dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan
membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyakan istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan
Allah (SWT) , yang menjadi sebab Allah (SWT) jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
Sabda Nabi s.a.w.:

“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah (SWT) s.w.t akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad,
Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas
r.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah (SWT) jika masih buat dosa. Dosa bukan
saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w. :

“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa
yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4.Berzikir dan Sentiasa ingat Allah (SWT)

Banyak ingat Allah (SWT) buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah (SWT) beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan
mengingati Allah (SWT) . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah (SWT) hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar
siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah
berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.
Baginda s.a.w. juga bersabda:

“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan
Allah (SWT) akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w. :

“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya
nescaya terputuslah rezeki (Allah (SWT) ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan
dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w. :
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana
orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah (SWT) akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8.Banyakkan berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita
tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan,
kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan
terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan
rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.
Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati,
melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.Bangun pagi awal (Jangan tidur sampai tengahari)

Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian
sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang membaca keberkatan dan murah rezeki.

11.Menjalin silaturrahim

Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12.Selalu berada dalam keadaan berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah (SWT) . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah (SWT) akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)



13.Selalu Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah (SWT) dan menjadi sebab Allah (SWT) buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah (SWT) azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya.

Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah (SWT) membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah (SWT) menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Memberi binatang makan cth: burung,kucing atau ikan

“Tidak ada seorang muslim yang menanam pohon atau tanaman lalu burung memakannya,manusia atau haiwan,kecuali dia akan mendapatkan sedekah kerananya.”(HR Al-Bukhory)

15. Selalu bangun solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah (SWT)

16.Selalu menunaikan Solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah (SWT) dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

17.Bersyukur kepada Allah (SWT)

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah (SWT) . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah (SWT) berfirman:

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)

Firman-Nya lagi:

“… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

18.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah (SWT) , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca

“Ya Allah (SWT) ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah (SWT) , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.”
Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

19.Selalu berdoa dan meminta pertolongan daripada Allah

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah (SWT) , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah (SWT) suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

20.Berusaha dan berikhtiar sehabis baik

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah (SWT) berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah (SWT) beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim).
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

21.Bertawakal dan meletak sepenuh harapan hanya kepada Allah

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah (SWT) . Firman-Nya:

“Barang siapa bertawakal kepada Allah (SWT) , nescaya Allah (SWT) mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah (SWT) dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at- Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebutkan di atas adalah amalan-amalan yang membawa
kepada takwa. Dengan takwa, Allah (SWT) akan beri “jalan keluar (dari
segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan
yang tidak terlintas di hatinya.” (Rujuk At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata
yang sebenarnya, kuncinya adalah melaksanakan ibadah dan amalan-amalan yang menambahkan ketakwaan kepada Allah.

Amalan-amalan takwa ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah (SWT) , lalu Allah (SWT) limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.Sekian, semoga kita semua dimurahkan rezeki dan hidup dengan penuh keberkatan dan rahmah daripadaNYA. InsyaAllah.

 

Friday, June 10, 2011

Petua!

coretan Atin at 10:39 AM
Reactions: 
1 omelan yang prihatin
Assalamualaikum w.b.t

Hari ni cik atin nak kongsi petua sikitla yea! petua untuk jadi cantik comel macam cik atin..Ooopps! terlebey suda..bukan-bukan..nanti entah ape jadi kat uols kalo dapat petua tu dari cik atin..kalo petua tu dari Dato` Ct bolehlah kan..oklah.. 

Sebenarnya aku nak kongsi petua dari segi Islam untuk mempercepatkan jodoh. korang perasan tak, ramai sangat orang kawen masa cuti skolah yang lepas.. kalo tak kawen pon, bertunang..mmg sangat ramai. bukak aje facebook, tengok gambar kawen..tengok gambar kawen jer, aku bukak facebook...Grrrr... jadinya, bila aku tgk jer kawan-kawan dah kawen, mulala aku jadi gelabah tak tentu pasal. sebabnya aku belom lg berkahwen..al-maklumlah belajar pon xabes-abes lagi kan..erm, tapi umur  aku skrg takdelah dikira lambat sgt, tp 2,3 tahun akan dtg mmg lah dikira lambat..

jadi, aku pon google2 cari blog pengantin.. alih-alih, terjumpa pulak Petua ni..so, sape-sape yang nak jodoh dipercepatkan atau dipanjangkan, boleh la kita amalkan petua ni..


PETUA ISLAM MEMPERCEPATKAN JODOH

Untuk yang berhajat untuk mempercepatkan jodoh atau memanjangkan jodoh, anda hendaklah amalkan petua ini pada hari Jumaat selepas sembahyang Asar sehinggalah masuknya waktu Maghrib.

1. Duduk menghadap kiblat
2. Lakukannya dengan khusyuk dan yakin yang Allah s.w.t. akan membantu kita
3. Baca lah Ya Rahman, Ya Rahim, dan Ya Allah berulang-ulang sepanjang-panjang kita duduk selepas sembahyang asar sehinggalah masuknya waktu maghrib.
4. Masuk sahaja waktu Maghrib, di kala kedengaran "Allahuakbar" yang pertama kali dilaungkan, teruslah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yang MAHA berkuasa dengan apa yang dihajati.
5. Amalkannya sebanyak 3 Jumaat berturut- turut.



aku lupa dah mana aku jumpa petua ni.. tapi tak ape, benda yang baik kita kena sama-sama kongsi kan..

 

Thursday, June 9, 2011

Ada jugak..hehe

coretan Atin at 10:32 AM
Reactions: 
2 omelan yang prihatin
Assalamualaikum w.b.t


eh, hari aku nak kongsi benda yang menarik..(bagi aku la)..hehe..tau tak tadi aku terjumpa facebook yang berkenaan(rujuk gambar di atas)..kenape? apa yang menariknya? ha..ni yang nak bagitau ni. 
korang mesti xtau kan nama pak we kite..(ala-ala manja).. nama die akmal afif.. dan nama aku nor fatini. ha, sekarang cuba teka apakah persamaan dengan nama kami dengan  facebook diatas..ha nampak? aku dah agak dah korang nampak.. terkejut tak? mesti tak kan..kalo aku ye, kompem terkejut. tp xla setaraf ngan beruk kat utan tuh.. hihihi..jadi, facebook diatas telah memberi inspirasi kepada aku untuk menggabungkan nama aku ngan pak we aku..
AFIFATIN 
ha, tengok! da jimat satu perkataan bila digabungkan..kurang penat sikit untuk menulis.. nampak? ha.. mmg teror aku nih.. dapat menggabungkan nama.. sejak dulu lagi jeles aku tengok org gabung2 nama ni.. sbb selalu couple kan, ada persamaan kat nama tuh..so, senang nak gabung.. contoh mcm kawan aku ni gabungan nama dorang MARWAN (Mardiyah + Ikhwan), abg aku ngan isteri beliau EITADI (Ita + Adi)..sape lagi ek? ermmmmmmmmm...ala tetibe jadi xingat...xpela, janji ado contohnye..kihkih..

Sebenarnya xpenting pon benda ni kalo bab couple2 or kawen ke, ianya just suka-suka hati aku yang comel ni..kihkih..=)
oklah, sambung balik wat keje..bye-bye

 

Tuesday, June 7, 2011

Hujung minggu bersama si dia!

coretan Atin at 9:52 AM
Reactions: 
2 omelan yang prihatin
Assalamualaikum w.b.t

Hai, sebut saje hujung minggu, mesti dah berbagai plan dalam kepala. yelah, hujung minggu terperuk saja dalam bilik, xbest la kan. mau-mau nak jugak jejak kaki ke giant ke the store ke kan. ha, tapi hujung minggu yang lepas, si dia telah datang membawa-bawa si aku berjalan-jalan nonton wayang dan bersiar-siaran. si dia bersemangat book citer x-men first class tu. aku suka giller citer x-men ni. ade orang cakap biasa-biasa je, tp aku cakap best!!! peduli apa org cakap..hihihi. yang penting aku puas hati. tak gitu?aku bg 6 bintang..

Pastu......

aku dan si dia mencari-cari makanan mana yang enak dimakan. Plan nye nak makan kat seoul garden. tapi bila dah masuk, macam tak berapa nak berselera je. pastu, kami pon melilau-lilau mencari tempat makan yang lain.dengan bantuan peta elektronik(ak xtau nama yang sebenar), kami pon berusaha mencari BBQ Chicken kat situ. pusing punya pusing, last2 jumpala jgk. ternampak jer drumstik ayam yang crispy, air liur dah mula meleleh2.. so, cepat2 kami masuk... memang terbaek la. makanan yang kami order sume sedap2.. puas hati la makan kat situ. berbaloi..
Koci yang sedap!
Jerk BBQ Chicken yang delicious..tp pedas sikit..
Mushroom Soup yang pekat..
before tuh, aku belikan kek secret recipe utk si dia. sbb hari tu besday die xsempat belikan kek...
Sepasang kek!
 
Related Posts with Thumbnails
 

ღcoretan kisah hidupkuღ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal