Followers

♥Tetamu diundang♥

My Lovely Blog~!!

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, March 31, 2011

Junior Master Chef..^_^

coretan Atin at 11:42 PM
Reactions: 
0 omelan yang prihatin
Assalamualaikum w.b.t orang kampung..

Malam ni rasa cam tak de pape nak wat la. borrink dowh.. td sempat la tgk Junior Master Chef Australia Season 1. Perh, bebudak ni masak, meleleh air liur aku tgk. mantap xhengat. aku ni pon, nak masak ayam masak kurma pon terkial-kial.. uik, apsal ayam masak kurma dijadikan contoh? sebab tetiba teringat ayam masak kurma, cam lazat jer..duhhh.. Time tgk JMCAU tu, tetibe kan aku termenung, ter ok bukan aku bermenung.. aku termenung, nnti aku nak beli oven, nak masak brownies coklat tu sendiri hokey.. hukhuk.. tercapai ker ek impian aku nih? dalam pikiran aku nih, mcm rajin benor nak masuk dapur, tapi bila dah balik umah kat kg, susah betol nak tgk aku busy kat dapur.. aku masuk dapur pun, tlg2 kacau apa yg patot, potong sayur..pastu tgk dah masak ke betol..dduhh lagi sekali.. hukhuk..tp aku mmg minat masak2 ni.. uish, kalau kat umah sewa dulu, sume benda aku nak try masak..menjadi pulak tu.. siap roomate aku puji lagi..termasukla bf aku. tp skrg da kurang masak sbb kat hostel ni xde dapur..so, bakat aku terpendam begitu sahaja... ok, back tu JMCAU tu, td aku tgk episod 5 jer sbb sampai episod 5 jer yg aku download. xpuas aku tgk dorang masak.. kecik2 cili padi.. kalau mak ayah dorang xreti masak, mmg malu muka la.. tp of cosla mak bapak dorang pandai mask kot, sbb tu anak2 genius didapur tuh.. syok betol tgk..hehe..
oklah, sebenarnya aku xbape sehat ni.. batok da start dah..huhu..ok, bye!

 

Steambot!

coretan Atin at 11:52 AM
Reactions: 
2 omelan yang prihatin
Assalamualaikum w.b.t
Lupa nak snap gmbar sbb dah pelahap sgt..last2, bila da tgl kuah baru teringat nak snap..kihkih

Semalam 3 anak dara hot telah melakukan satu pesta liar yang boleh diterima akal. Pesta steambot yang sgt membuncitkan perot. wuhuu.. Pas jer kol 5 ptg, 3 anak dara terbabit terus bergerak ke giant utk membeli brg2 utk steambot. sesampai je kat sana, terus mencedok brg2 steambot, sperti crabmeat, fish cake, sosej, crab ball yang ade sepit tu(nm yg aku bg sndiri), kangkung, cendawan, dan mcm2 lg la.. xtau da ape nm dorang.. lupa nak berkenalan.. pastu utk menyedapkan lagi juadah steambot itu, perencah tom yam dijadikan sebagai kuah... dan sbagai sos nye, sos blackpaper sarawak, nandos sos dan sos cili.. 
 
Fuuhhh...mmg mengancam la. perot aku dah mcm bebola yang hampir pecah tp still jgk nak makan sampai ke titisan terakhir. Syok mkn mcm ni wa ckp lu.. kihkih.. pastu sambil makan, sambil tgk movie, tp yg menjadi masalah nye, movie tu yg tengok 3 anak dara tadi. sampai separuh citer, kesimpulannya, movie tu xbest. then tukar citer lain.. bila dah tukar citer lain, sama jgk maslah die.. citer tu yg tgk kami. last2, kami biar jer la citer tu layan sorang2.. boleh pulak citer tu yg layan sorg2 die kan.. kami pulak duk layan steambot yang panas2 tuh.. kihkih..

Suka la makan mcm ni..hehehe..ok, bye!

 

Tuesday, March 29, 2011

Mood di mana?

coretan Atin at 1:43 PM
Reactions: 
0 omelan yang prihatin
Assalamualaikum w.b.t

Pening jer rasa kepala ni..aduhai. selalu dah susah nak tido awal skrg ni. Biological clock dah terbalik dah.huhu..dulu tido palg lewat pkul 12 malam. skrg ni 3 pagi dah paling lewat..argghhh! sakit kepala aku kalo tiap2 hari mcm ni.. 

Mood nak berblogging kebelakangan ni dah merudum lah. sejak broadband dah hilang dihanyut ombak, mcm tu jgkla mood nak berblogging. even skrg ni dah dpt wireless dan wireless dah agak laju, nak blogging mcm dulu dah xdapatla. hukhuk..tibe-tibe dalam xde mood, sempat lagi aku duk taip kat blog ni..haha..
Oklah bye!


sakit betol kepala ni xtau nak ckp..uhuk
 

Monday, March 28, 2011

Peristiwa Pahit Bercampur Manis!

coretan Atin at 3:44 PM
Reactions: 
0 omelan yang prihatin
Assalamualaikum w.b.t

Hari ni aku nak berserita tentang pengalaman semalam sepanjang aku keluar berdatingan dengan en.bf. kitorang pegi ke One Utama. pssttt, sebenarnya kan, aku ada banyak giller kerja yang perlu dilakukan tapi sempat lagi nak berblog. huhuhu.. tak pe, aku ambek masa 15 minit jer..

Ce cite..ce cite..

Sabolah yob.. jangan bako..jangan bako..

Tujuan utama yang paling utama, tiadalah yang utama melainkan yang lebih utama adalah nak menonton citer Hikayat Merong Mahawangsa bukan kisah pak ciknya Merong Mahasuasa..he.he.he..(sesiapa yang dah tgk, metsi tau maksudnya)..

Jadi, nak dijadikan cerita, ura-ura mengatakan citer Merong ni selalulah full house, so aku dengan bangga dan berlagaknya, telah mengecop tempat duduk mayang tu dengan book melalui GSC online... dengan membuat pembayaran sekali ok! Tetapi, aku takdelah nak print bukti transaksi melalui maybank2u tu. dan malang pun telah berbau, sesampai sahaja di sana, dalam usaha aku ngan en.bf menebus tiket di kaunter penebusan, malangnya rekod di GSC mengatakan pembayaran belum dibuat. Apa lagi, menggeledaklah seluruh organ-organ dalaman aku nih. Masakan dia cakap aku tak bayar harga tiket yang hanya RM22 cuma. Jatuh maruahku dan bagaikan dipijak2 garuda.. (kenapakah garuda? tengoklah Merong..hehehe)

Pung Pang Pung Pang..... Alih2, terpaksalah beli tiket Merong yang lain. nasib kali ni baik sebab seat yang ditengah kosong. betol2 sebelah tempat yang aku book. dan apa yang lebih menyayat hati, temapt yang aku book itu tidak berpenghuni. Sayu dan pilu kurasakan sambil menangis teresak-esak didalam panggung.. hiba tak?..Tapi apakan daya, nasi sudah menjadi nasi air.. sedap dimakan..hukhuk
Ok, sekarang sekalian lupakan kejadian diatas..

Selepas Merong sudah berjaya ditonton, aku ratekan filem ni 6 bintang..masyuk2!!! Puas hati la jugak.. dah setanding dengan filem obersea tapi belum boleh menandingi lah.. boleh berbangga dengan hasil titik peluh anak watan..Hidup KRU!!! (Patriotik sungguh)

Sesudah itu, perut pula sibuk berlagu minta diisi, makanyan Fast Food KFC jadi pilihan kali ni. Ramai betol kalo ujung minggu ni. so, terpaksalah en.bf beratur panjang untuk mendapatkan hidangan yang sampai menjilat jari ni.

Nak dijadikan cerita lagi lah kan, di akhir sesi makan ni, aku telah melakukan satu perbuatan yang mengundang padah iaitu mencurahkan hampir separuh air strawberi ke atas baju serta beg kesayanganku. Waaaaaaaa!!!! Tolong jangan bayangkan... Lencun jugaklah baju aku dek kerana tumpahan air yang berlaku hanya sekelip mata je. rasa macam nak menjerit je, tapi kutahan disebabkan maruah aku sebagai perempuan melayu terakhir tak patot tercalar.. aku rasa macam dah ramai giller org tengok aku time tu. mmg tak berani nak angkat muka.. malu beb..ni dah kali ke-2 tumpahan berlaku di kfc. memang badi betol aku kat KFC ni.hukhuk..
Ok, tolong lupakan lagi kejadian diatas..

Pung pang pung pang...Berjaya juga aku mengharungi deyik cemas sebentar tadi atas pertolongan en.bf tersayang.. tapi kan, yang magiknya, baju yang aku pakai langsung tak menampakkan sebarang kesan kekotoran, yang hanya mampu dilihat hanyalah setitik dua kesan air pada cardigan kelabu yang aku sarung di bahagian luar. Syukur Alhamdulillah..

Ok, part yang ni best yang nak citer ni yang membuatkan aku terpana kesukaan dan ketaksuban. Time aku dan en.bf duduk berbual ditempat yang seakan pentas kecik, kelibat 2 orang selebriti yang memang popular di Malaysia ni berjaya menarik perhatian aku. jeng..jeng,,jeng,,jeng...

Yang isteri cantik sangat. muka die glow in the dark gitu.. mulus dengan ditambah seri ibu mengandung manakala suami sibuk duk melayan anak yg nakal jugak aku tengok.. nasib bibiknya ada..dan rambut yang terpacak tu mmg trademark la.. sape lagi kalo bukan Rita Rudaini dan Aidil pemain bola sepak tu.. Best pulak bila dapat terserempak dgn org yang dikenali ramai... Rasa cam happy pulak aku..hahaha.. 

source: artiskami

Itu ajer yang diceritakan.. semoga jumpa lagi dilain waktu..Bye!

entry paling panjang penah aku karang..pecah rekod
 

Thursday, March 24, 2011

Agi hidup agi ngelaban.

coretan Atin at 11:46 AM
Reactions: 
0 omelan yang prihatin
Assalamualaikum w.b.t

Aku sekarang berada di fakulti bersedia untuk melakukan tugasan seharian. ada tugasan ker? ha, nila nak cite ni. tugasan aku seharian aku hanyalah membaca jurnal. membaca dan terus membaca. berapa banyak da aku nak baca. tak pelah baca lagi. sampai lah, setiap inci maklumat aku leh tau dan ingat. nanti tak adelah terkebil-kebil bila org tny. pfffttt.. itu yg aku lemah tu. bila presentation jer, mulalah lemah gemalai. org tny sikit jer, even benda tu aku dah tau, tetap juga aku blur dan mcm rusa masuk bandar. apakah perumpamaan itu? nande yo? okey fatini. jangan gelabah ha.. tetapkan matlamat. InsyaAllah pasti berjaya. orait?
huuuu.. tp masih lagi risau la. plus dengan masalah lain lagi..

Ikuti monolog dalaman dari fatini

Fatini: Huuu... risaunyelah..mcm2 perkara nak kena pikir. nak ambik sampel lagi. tp tak ambek2.. dah rugi 3 bulan dah ni.. kerja tak jalan lagi. asyik duk blog, facebook, facebook, blog..waaaa!!!

Dalaman: ala, tak yah risau2. chelex lah.. tak ade benda lah tu. small matter jer. petik jari, sume siap.. wah gitu!

Fatini: alah, banyak lah ko punya cehelex. nanti kalo benda tak jadi, yang gelabah, ko jugak.

Dalaman: wa takde masalah la beb. wa relek jer. lu lah, wa tgk muka ketat semacam jer. mengalahkan Perdana Menteri yang bertimbun masalah negara nak kena pkirkan...

Fatini: Even masalah aku bukan masalah negara, tp kalo aku tak dapat menyelesaikan masalah aku, effect kat negara jugak taw. nnti dah kurang seorang srikandi negara yg berwawasan 2020.. lu ape taw.. lu diam2 kat situ..

Dalaman: !@##$%%^^#$@$&*... Whatever la! tp yang penting think positive and usaha bersungguh2 okey? kita usaha sama-sama..=)

Fatini: Baiklah... hehehe..

Begitulah konflik hebat yang dialamai oleh aku yang separuh sewel dah. hukhuk.. but whatever it is, hadapi setiap masalah dgn tabah dan dgn senyuman yang paling menawan.. Kerana dirimu begitu berharga..Serlahkan dirimu..Ditujukan khas untuk aku..

 

Wednesday, March 23, 2011

Ignorance is a good cure!!!

coretan Atin at 10:47 AM
Reactions: 
4 omelan yang prihatin
Assalamualaikum w.b.t

Macam mana yea agaknya keadaan di Jepun sekarang? sangat dahsyat Tsunami yang melanda. tapi apa boleh buat kan, tu semua kehendak Allah. tanpa lambat atau cepat walau seminit, jika Allah nak jadikan masa tu, masa tuh la terjadi. Maha Suci Allah..

ok, itu hanya mukadimah nya. hari ni aku bukan nak panjang lebar mencatat mengenai keadaan di Jepun. bukan tidak berminat, tp ada sesuatu yang lain yang aku ingin kongsikan bersama.

Berkawan biar seribu, bermusuh jangan sekali.

Itu lah pepatah yang entah betul ke tak tuh. kihkih.. aku maen terjah aje kan. ok, let me go straight and dont belok-belok. kamu ade mempunyai pengalaman tak dalam bab-bab pilih kawan ni. maksudnya, kawan yang kaya shj, or kawan yg cantik shj yg boleh jadi kawan kamu. tanpa kamu mendalami dan memahami kawan kamu yang tak cantik or tak kaya, korang terus reject die la la tu jugak..

Atau pun kawan yang kamu akan cari die bila kamu mempunyai kesedihan utk dikongsi atau kesusahan utk bantuan. tapi bila kamu gembira, kamu seronok, kamu lupakan die seolah-olah die tu hanyalah kaunselor yang tak bertauliah dan tak bergaji. kamu lupa yang die juge mempunyai perasaan sama seperti kamu.

senang kan jadi orang seperti tu? bila susah org lain yang bantu, tp bila happy org lain yang kongsi ngan kamu.mana-mana kita berada, kawan la yang dekat ngan kita. lainlah kalo kita ni duk mengganggur di rumah, so 24jam kita ngan family kita kan. ok, thats another story to tell. so, kalo kita pilih-pilih kawan, xbestlah. kan. kan? erm, aku jugak xterlepas kdg dalam hal ni. yelah, rambut sama hitam, hati lain-lain.. (tak diaplikasi utk yang dye rambut)..

so, susah, mmg sgt susah utk kita geng atau masuk dgn cara dia yang mmg 100% or 50% berlainan dgn kita. mmg asyik gaduh atau asyik bertikam lidah. atau ada yang kawan yang jenis simpan dalam baek punya. so, kita xtau die suka kita atau tak.. eh, ni aku punya style beb.. tp bg aku, selagi org tu xwat onar ngan aku, aku ok jer.. tp lama-lama kita berkawan, kita boleh ngam atau kita dah boleh bertolak ansur. itulah yang penting. pape hubungan pun, bertolak ansur mmg sangat penting.

aku pun sebenarnya tak terlepas dgn bab ni. kalau yg xkena ngam ngan jiwa dan raga aku nih, susah aku nak berkawan. tp aku kena kenal die dgn lebih mendalam dulu, bru aku boleh ngam ngan dia. aku bukan terus reject cuma bila ade yang buat aku terguris atau yang xmenghargai aku sbagai kawan, mmg aku susah nak kamcing. huhuhu.. salah jugak aku ni, tp tu yg susah tu sbb aku ni super sensitif ok. i admit that.

kita ni sume makhluk Tuhan yang paling seksi dijadikan sume sama. sume x perfect. so, kelemahan kita disempurnakan oleh kelebihan org lain.tak gitu? tapi watever it is nama pon kawan kan? kawan is just kawan. dia bukan sahabat yang berada disamping kita baik or buruk. bukan senang utk cari sahabat. and i had found them. cuma mereka berada jauh dr aku. its hard for me to luahkan benda yang sumtimes dorg tak paham dgn keadaan yg aku alami. 

But now its time for me to move on. Other people does not have right to make me down or whatever its called. i take my bf advices. Ignorance is a good cure. Dont u think that way guys?

Just a story to share. nothing personal. Peace!!!

 

Wednesday, March 16, 2011

Help Japan with JackCowDeals , Friends!

coretan Atin at 2:38 PM
Reactions: 
1 omelan yang prihatin
Asalamualaikum w.b.t

Jom sama-sama kita bantu rakyat Jepun bersama Jack Cow Deals. ianya tidak mengeluarkan 1 sen pun. hanya memerlukan klik dr kita semua. Jika kita xmampu utk derma wang ringgit, dan klik ni mampu utk kita menolong warga jepun, apa salahnya kan?(T_T).. give our support friends!


What You Get with This Coupon

• All donations will be matched Purchase-for-Ringgit up to the total donated value of RM5,000. (5,000 purchases)
• Eg: For every RM0 you “purchase”/click, JackCow will match it by donating RM1, and these donations will go to the Japanese Red Cross Society.
• The Japanese Red Cross will receive 100% of JackCow’s donation through the Malaysian Red Crescent Society.
• To show our appreciation of your support; each supporter can click on “BUY” once and stand a chance to win an Ipad 16G+WiFi.







Saturday, March 12, 2011

Gempa bumi di Jepun. Mungkinkah Malaysia terlibat?

coretan Atin at 5:13 AM
Reactions: 
0 omelan yang prihatin

Assalamualaikum w.b.t
Gambar credit to boloque, zackentry, preciouslife

Jam menandakan tepat pukul 5 pagi waktu Malaysia. mata aku masih leka meniti di setiap sudut dan inci gambar serta video yang begitu pantas diupload didada ruangan internet. hati aku masih rungsing mengenangkan ibu dan ayah di kampung di Terengganu. walaupun belum ada tanda atau amaran yang dikeluarkan untuk negeri aku yang memang terkenal dengan Bandaraya Pesisir Pantai ni, kejadian Tsunami yang berlaku di negara matahari terbit sangat-sangat merungsingkan benak dan minda ku ni. kurasakan, separuh nafas ku hilang. Ya Allah Yang Maha Pengasih, Lindungilah kedua ibu bapaku serta keluargaku serta sekalian umat Islam dari bala bencana Ya Allah.. Aamiinn..


Dan semoga rakyat di negara jepun tabah mengharungi bencana ini yang sememangnya teruk dengan gempa bumi sekuat 8.9 skala richter pada pukul 2.46 ptg semalam iaitu 11 Mac 2010. ditambah pulak dengan pusaran air yang berlaku sebelum kejadian Tsunami dengan ombak setinggi 4 meter dan paras air setinggi 10 meter berhampiran pesisir pantainya. Sebuah kapal turut dihanyutkan dan merempuh tebing yang berhampiran pantai tersebut. Beberapa negara yang berhampiran seperti Hawaii dan juga pantai Sabah diberi amaran  Tsunami akan berlaku berikutnya beberapa jam selepas itu dan akan menghala ke arah negeri tersebut..Mexico, New Zealand, Filipina juga turut diberi amaran Tsunami juga.



Wednesday, March 9, 2011

They really look alike!!!!

coretan Atin at 3:22 PM
Reactions: 
0 omelan yang prihatin
Assalamualaikum w.b.t

Last entry aku ade citer pasal citer The Uninvited kan? mcm mna? kamu da tengok ke? ish, knape belom tengok lagi.. cepat pegi tengok, babap kang.. haip2..
Tengok, nak paksa org tengok citer pulak kan. entah hape-hape jerk kan..
eh, kamu.. tak kesahla sesiapa yang sedang membaca ni.. must be sumone out there...
semalam, aku melepak bersama Miss F menonton citer Julia & Julie. dan Miss F telah membongkarkan 1 rahsia yang hampir kekejutan letrik aku dibuatnya. hukhuk..
Before aku menaip dgn lebih banyak lagi, meh ungkap kejap entry aku yg lepas yang mengenai Amy Adams. aku ada bagitau kan yang aku suka tengok Amy Adams berlakon kan. tapiiiiiiiiiiiiiiiii....... kamu tau tak, yang citer Confession of shoppaholic tu bukan Amy Adams yang berlakon..uhuk.. terbatok kau..
maluu nya rasa sebab da post benda yg salah..hahhaha.. tapi kan muka dorang sama giller...
tu yg membuatkan aku misunderstood tengok gambar dorang ni.. haip2.. kalo tak percaya, baik kamu tengok sendiri.. ooohhhoooiiiii!

Wednesday, March 2, 2011

The Uninvited y`alls!

coretan Atin at 4:19 PM
Reactions: 
0 omelan yang prihatin
Assalamualaikum w.b.t

2 malam lepas, aku bersama rakan-rakan melakukan aktiviti bersama yang selalu kami lakukan iaitu menonton movie thriller, horror dan seangkatan dengannya. memang bila tengok citer thriller ni, kenala tengok bersama-sama kan. sebab bila tengok sorang2, memang akan ketakutan yang teramat kan even movie tu takdelah takot sangat. dan bila tengok beramai-ramai ni, pelbagai pandangan serta kesimpulan cerita akan diungkaikan. kami akan stay up sampai 3-4 pagi untuk maraton criter yang pelbagai jenis. tetapi yang paling banyak mesti citer psycho or sakit jiwa. citer yang paling terbaru yang kami semua berpuas hati ialah.......
  THE UNINVITED.
*******

Criter yang mengisahkan seorang remaja yang kehilangan ibu serta kakak nya dalam letupan rumah nya. dan dia merupakan saksi untuk peristiwa tersebut. bayangkan melihat orang tersayang mati dalam letupan didepan mata. Peristiwa tersebut menyebabkan dia menjadi trauma dan mengalami keretakan jiwa atau lebih dikenali dengan sakit jiwa dan dimasukkan ke Hospital sakit jiwa. pada malam kejadian, die menjadi saksi pada perbuatan curang ayahnya bersama jururawat keluarga mereka. Jururawat ini diupah untuk menjaga ibunya pada ketika itu sakit dan terlantar di atas katil. akibat terlalu berang dengan perbuatan ayahnya, die ingin membunuh ayah serta jururawat tersebut. akibat kecuaiannya, die mengakibatkan ibu serta kakaknya meninggal.. Pelbagai peristiwa yang berlaku sekembalinya die daripada hospital sakit jiwa. Criter ini menunjukkan jalan criter yang teratur dan pengahiran yang amat puas hati... untuk mengetahui criter selanjutnya, apa kata tonton citer ni nanti ok?

*******
Sehingga ketemu lagi ya!=)..

 
Related Posts with Thumbnails
 

ღcoretan kisah hidupkuღ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal