Followers

♥Tetamu diundang♥

My Lovely Blog~!!

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 30, 2013

My Baby 29 weeks today~!

coretan Atin at 5:57 PM
Reactions: 
0 omelan yang prihatin
Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar rakan taulan sekalian.. memang lame betol aku xberkarya diblog ni semenjak dah berjinak dengan blog bride-to-be dahulu kala.. tp sekarang dua2 blog terbengkalai.. mmg hangat tahi ayam betol aku ni.. hikhik.. duk jadi silent reader je untuk blog-blog yang lain.. 

Bersama hubby jalan-jalan kat Singapore sebab ada conference kat sana
Kehidupan aku sekarang selepas kahwin, Alhamdulillah sangat.. bahagia dengan suami tersayang dan of cos sambil menunggu kelahiran budak tecik dalam perot ni..hehe.. Hari ni genaplah umur die 29 minggu.. bersamaan 7 bulan seminggu.. ada lagi 11 minggu untuk berjumpa dengan budak tecik itu.. sungguh tak sabar ku rasa tapi biasalah dalam masa yang sama takoooottt... cuaakkk... nak beranak!

Akhir-akhir ni dia dah makin kerap menendang-nendang mama die.. takpe nak, tendanglah puas2 sekarang.. nti dah keluar, dah tak boleh tendang-tendang mama tau.. (borak-borak ngan anak kejap..hehe).. Tidur pon dah tak lena macam dulu.. dah tak boleh tido terlentang.. malam-malam mesti terkejut sebab posisi yang elok untuk ibu mngandung hanyalah mengiring ke kiri atau ke kanan.. bile tersedar je diri ini tidur terlentang, mulalah terjaga di tengah malam untuk membetulkan posisi tidur.. kaki tangan muka dah makin membengkak dengan jayanya.. hubby tengok pon terkejot.. bangun pagi, mesti kaki ni sengal-sengal.. jalan pun terhuyung-hayang.. tapi Alhamdulillah semua ni boleh diharungi setakat ni..

Masuk trimester ke-3 ni, persiapan kelengkapan baby dan mama baby dah kena sedia dah.. nilah benda yang paling aku xsabar sekali sepanjang proses mengandung ni..hikhik.. tunggu mak mertua balik dari umrah next week, then terus serang ekspo mom & baby di mid valley 10-12 may 2013 ni.. kebanyakan blogger-blogger gitau, harga kat ekspo lebih murah dari harga kedai.. tu yg nak try jugak sekali pergi tengok kat ekspo. kot-kot dapat barang-barang free yang menarik, syok jugak tu..

Nilah Ekspo Mom and Baby tu.. Facebook [klik sini]

Dalam bulan ni ngan bulan depan InsyaAllah aku nak lengkapkan keperluan untuk baby dan mama baby (aku ler tu) sebabnye sekarang pun aku dah xlarat nak jalan lama-lama.. kaki cepat lenguh dan sakit.. orang kurang bersenam macam nilah kan.. lemah je badan ni.. selipar pun dah kena tukar yang flat punya sebab bile pakai yang bertumit, tumit aku pulak yang sakit.. xselesa dibuatnya.. mulalah merungut sakit situ sakit sini.. hubby jugak jadi mangsa tukang urut aku.. hahaha.. nasiblah dapat hubby yang sangat memahami ni.. senang hidup..tapi banyaknye aku yg kena ngurut die.. aku suka je urut die sebab bile die puji aku pandai ngurut, tu yg lomah jantung den.. haha.. 

Pakej Bersalin normal [klik sini]
Bulan ni jugak aku start pegi check up dekat Pusat Rawatan Islam Az-Zahra yang terletak kat Bangi sebab aku plan nak bersalin kat situ.. so, syarat dorang kena checkp up at least 2x kat situ baru dapat pakej bersalin.. selama ni aku check up kat Klinik Kesihatan je sebab free dan details sikit pemeriksaannya.. sume benda Nurse kat KK nak check.. puas hatilah, cuma xboleh nak scan slalu dan kalo scan pon die xbagi gambar.. harga bersalin normal kat Az-Zahra dalam RM1275, boleh rujuk link yg ak letak kat atas tu.. tapi confirmlah akan lebih nti bile nak membayo.. yelah, aku pun xtau apa yang akan aku tempuh.. ubat tahan sakit ada charge lain, kalo kena vacuum charge lain, kalo beranak diluar waktu bertugas doktor pon charge lain.. hai, pendek kata mcm-mcm la.. tapi nak wat mcm mn, hubby dah bagi green light bersalin kat situ, aku terima saje dengan hati terbuka..hehe.. lagipun dekat dengan umah mak pak mertua aku.. dlm 15minit gitu je.. tu lah faktor penting yg kitorang titikberatkan.. lagi satu, bayaran tempahan yang dikenakan just dalam RM300 je. nanti bile dah keluar baru bayar untuk selebihnya.. wad die pon agak besar dan selesa aku tengok hari tu.. so, kitorang dah sebulat suara booking kat situ.. Kalo ditakdirkan ak kena ceaser, terpaksalah aku ke Hospital Serdang.. Tapi aku harap dipermudahkan bersalin secara normal..

Set Bersalin Tanamera.. aku beli kat sini [klik sini]
Bulan ni jugak aku nak beli set bersalin.. Set yang aku berkenan akan dibeli esok hari adalah Set Bersalin Tanamera.. set ni masih baru jugaklah dalam dunia berpantang ni.. kalo tanya mak-mak kita, confirm dorang xtau.. sebab zaman dorang, set mustika ratu, set nona roguy yang hit.. aku ade buat research jugakla sikit-sikit pasal set ni.. die xde jamu.. yang benda kena makan cuma herbal tea die je dengan virgin coconut oil (VCO) untuk memudahkan proses bersalin.. VCO die jugak boleh digunakan untuk urut bahagian perineum untuk melancarkan baby keluar dan mengurangkan koyakan.. banyak-banyak testimoni yang aku baca, ramai yang duk cakap pasal kurang koyak atau xkoyak langsung bile guna VCO die.. tu yg aku berkenan tu.. harga pasaran sekarang RM360.. skrg plak ada promosi dapat percuma sebotol lagi VCO ni start 20 April 2013 hari tu.. Jadi tanpa ragu-ragu, aku pun memilih Set Tanamera untuk kegunaan masa mengandung dan berpantang.. Semoga semuanya berjalan lancar.. Amiin..

Oklah, sampai sini saje untuk kali ni.. kering dah idea aku nak membebel.. so, jumpa lagi.. Assalamualaikum..

Doakan yang terbaik buat aku dan budak tecikku.. Amiinn..
 
Related Posts with Thumbnails
 

ღcoretan kisah hidupkuღ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal