Followers

♥Tetamu diundang♥

My Lovely Blog~!!

Daisypath Anniversary tickers

Friday, September 6, 2013

Shaklee.. Always Safe, Always Works, Always Green

coretan Atin at 12:16 PM
Reactions: 
0 omelan yang prihatin
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah.. sekarang saya sudah bergelar "Independent Shaklee Distributor" secara rasminya
Sebab penting sy ambil keputusan utk melibatkan diri dengan family Shaklee adalah sebab sy dah start consume produk Shaklee ni masa sy mengandung dulu.. dan sekarang untuk proses penyusuan anak pun, sy consume produk Shaklee jugak.. 

Jadi, sesape yang berminat untuk mendapatkan produk daripada rangkaian Shaklee, boleh lah menghubungi sy seperti yang tertera kat bawah ni.. jika tak tahu vitamin apa yang perlu diambil, boleh tanya.. nti sy akan consult supaya vitamin yang dibeli dapat membantu.. rangkaian produk Shaklee adalah merupakan suplemen atau makanan yang mengandungi vitamin tambahan untuk kesihatan tubuh badan. 

Kenapa kita memerlukan suplemen? kita terutamanya rakyat Malaysia kebanyakannya mempunyai gaya hidup yang kurang mementingkan kesihatan tubuh badan. tengok saja cara pemakanan kita. kebanyakannya membawa kita dengan risiko diabetes, obesiti, sakit jantung dan banyak lagi penyakit.. Dalam kita tak sedar, kita telah melemahkan tubuh badan kita sendiri.. 

eh,   saya makan makanan berkahsiat.. tiap-tiap hari saya makan sayur.. mkan buah..
sedarkah kita, kemungkinan sayur yang kita makan, buah yang kita makan berkemungkinan telah terjejas atau tercemar dan mungkin juga nutrien daripada makanan yang kita makan telah hilang semasa pemprosesan dan penghasilannya. disinilah, peranan vitamin atau suplemen berjalan. 

Shaklee dapat membantu anda mendapatkan badan yang sihat.. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut..InsyaAllah saya akan bantu.. Untuk diri saya, diri anda juga..


 
 

Thursday, May 16, 2013

Beg Baby Dah Siap~!

coretan Atin at 9:36 AM
Reactions: 
0 omelan yang prihatin
Assalamualaikum w.b.t

Sambil-sambil duk siapkan tesis, aku curi-curi sikit update blog. masih lagi berkisar cerita tentang pregnant, baby, dan persediaan menyambutnya. Sesi mendobi dan melipat sudah settle 2 hari yang lepas lagi termasuklah beg baby berisi barang-barangnya yang akan dibawa ketika nak bersalin nanti. Sekarang dah 31 minggu bersamaan 7 bulan 3 minggu aku mengandung, aku rasa baik aku prepare awal-awal beg untuk bersalin. cuma beg untuk mamanya belum berkemas lagi. InsyaAllah akhir bulan ni before balik kg. Disebabkan aku baru first time nak rasa pengalaman bersalin ni, aku rasa lebih baik aku sediakan sume barang- barang lebih awal sbb xtau lagi baby ni nak kuar awal atau lambat. Buatnya nak terkeluar awal, at least barang dah prepare, xdelah menyusahkan en.asben nanti bila time kelam kabut kan.. 



So, apa yang aku bawak dalam beg baby ni? jom kite semak.. Beg baby ni sebenarnye dihadiahkan oleh akak ipar aku utk besday suami aku hari tu.. dah package skali utk papa dan baby.. hihi.. Alhamdulillah rezeki baby, sebab bag ni pun salah satu dalam list beli barang baby hari tu..


Baju newborn lengan panjang - 3 pasang
Baju newborn lengan pendek - 2 pasang
Sarung kaki + sarung tangan - 3 pasang
Pampers Newborn - 10 ketul
Kain lampin -3 helai
Tuala - 1 helai
Selimut bertopi - 1 helai
Topi - 2 bijik
Sapu tangan - 2 helai
Barut baby - 3 helai
Set Travel Mandian 
Baby Wipes - 1 pek
Minyak Telon - 1 botol

Barang-barang yg perlu disediakan utk sesi menyambut baby dan perlu diberi kpd nurse bertugas, aku dah siap letak asing dalam plastik supaya mudah en.asben pass je kat nurse nanti. Dalam tu aku letak sepasang baju lengan panjang, sehelai barut baby, sehelai kain lampin, 1 pampers, sepasang sarung tangan dan sepasang sarung kaki. Dah cukup rasanya keperluan untuk digunakan di hospital nanti.. InsyaAllah.

Hurmm.. harapnye xde ape yg tertinggal untuk baby. kang xpasal kena marah dengan nurse plak nanti. so, beg ni siap2 letak dalam bilik sebelah. Untuk pakaian serta barangan yang lain, aku siap kemaskan dalam picnic basket yang aku beli dekat Nilai 3 hari tu supaya senang nak angkut pegi umah mak mertua dan balik kg nanti untuk berpantang. Aku rasa lebih praktikal guna bakul ni sebab mudah diangkut dan senang nak simpan baju kat dalam. Tapi agak terhad juga ruangnya sebab aku xjumpa bakul yang lebih besar. Tapi semua baju, selimut, tuala, kain lampin yang ada Alhamdulillah muat aje dalam bakul ni.. =)..

Bakul Baju Baby..

Oklah, sambung balik menaip tesis.. Till then, Assalamualaikum.


 

Wednesday, May 15, 2013

Vitamin Untuk Ibu Mengandung~!

coretan Atin at 10:24 AM
Reactions: 
1 omelan yang prihatin
Assalamualaikum w.b.t

Selamat pagi dan selamat berpuasa di bulan Rejab. Pagi tadi Alhamdulillah dikejutkan Allah untuk bersahur bersama en.asben. Memang dah nekad kena jugak bangun sahur sebab kalau xsahur, badan aku nanti jadi lemah, takutla kan effect pulak kat baby. Lauk dan nasi untuk sahur aku dah siap2 masak dah malamnye, supaya xgopoh-gopoh waktu sahur nanti.. Tapi......

Aku lupa nak makan vitamin-vitamin yang sepatutnya aku makan sepanjang pregnant ni. aiyoooo...
Ingatkan sempatla sudah basuh pinggan mangkuk suma, aku nak telan berbijik-bijik vitamin tu, sekali siap je basuh pinggan mangkuk, sayup-sayup aku dengar azan berkumandang.. alamak, sudah.. vitamin xmakan lagi.. air masak xminum lagi.. hurmmmmm.. tapi xpelah, nok buat guane, azan doh.. redho pasrah jelah.. 

Bercakap tentang vitamin yang dimakan masa pregnant ni, nak berkongsilah sikit apakah vitamin yang aku ambik setakat 7 bulan ++ aku pregnant ni.. 


Bekas yang paling besar tu diberi nama ESP (Energizing Soy Protein) dari Shaklee. kan memang popular shaklee ni, nak-nak dikalangan ibu mengandung dan ibu yang menyusukan anak. Khasiatnye termasuklah sebagai Milk Booster (ni mmg ternyata), pembekal tenaga (pun ia jugak), kulit tegang dan berseri (belum mengalaminya), awet muda, meningkatkan memori dan memulihkan pigmentasi. Aku minum segelas je sehari sebelum tidur sebab pagi dah minum susu. Kenapa aku pilih ESP ni? sebabnye, ada mengatakan yang ESP ni boleh mengurangkan tahap kolesterol dalam darah, dan memandangkan aku ni before pregnant mmg kolesterol tinggi dan suspect diabetes, so aku try amalkan ESP ni. harap boleh membantu. dan jugak of cos untuk lihat kulit tegang dan berseri.. memandangkan aku x berapa nak disiplin minum ESP ni, jadi kesan nya agak lambat.. tapi aku perasan bila malam tu aku minum, keesokannya, kulit aku makin elok. sepanjang pregnant ni kalau nak tau, jerawat serta alahan gatal-gatal mmg dah sebati dengan aku. jadinye, aku consume la ESP ni tanpa paksaan dari mana-mana pihak..hehe

Botol yang kedua besar tu nama dia D CAL.. Kalsium + Vitamin D. dibekalkan oleh Dr Noraini dari Klinik Az-Zahra. baru bulan ni aku start makan, sebabnye aku kurang minum susu dan selalu sangat kena cramp kat kaki. Dr Noraini cakap, kalau kalsium kurang bila dah masuk trimester 3 ni, kejadian cramp kaki ni akan makin berleluasa. Ya ampun.. mintakla xterjadi.. sakit woo kena cramp kaki.. nak menangis rasenye. ko silap tergeliat sikit, mulalah start kaki cramp.. sabar jelah. Tapi bila aku dah start makan kalsium ni, setakat ni Alhamdulillah belum lagi kena cramp kaki.. syukur sangat.. 

Botol yang kecik tu nama dia Neurogain PB. Vitamin ni adalah minyak ikan yang membekalkan DHA, EPA, AA dan OA untuk pertumbuhan otak bayi. dalam pembacaan aku daripada blog-blog, ramai menyarankan untuk start amik vitamin ni bila dah masuk 7 bulan sebab time nilah pertumbuhan otak bayi sedang giat berlaku. Jika, consume awal-awal juga tidak bagus.. dikhuatiri anak akan jadi proaktif.. Mula-mula aku was-was jugak nak consume benda ni, tapi bila aku bawak jumpa Dr Noraini, dia pun cakap tak ada masalah nak ambik dan rupa-rupanya, dekat Az-Zahra jugak syorkan untuk consume Neurogain PB ni. cuma kalau Klinik Kesihatan x ada syorkan apa-apa vitamin tambahan, just suruh makan je vitamin yang dibekalkan. jadi kena ambik inisiatif sendiri untuk tau apa lagi vitamin tambahan yang elok diambil ketika hamil.. InsyaAllah, dengan izin Allah, cerdik dan bijak anak mama nanti..

Tablet yang colour merah darah tu namanya Zincofer yang dibekalkan oleh Klinik Kesihatan. Multivitamin ni mengandungi Iron, Cyanocobalamin, Folic Acid, Ascorbic Acid, Pyridoxine dan Zinc. So, Folic acid dan obimin dah tak perlu makan sebab semua sekali dah termasuk dalam Zincofer ni. Dah lama jugak aku makan vitamin ni. sebab aku kan bab-bab makan ubat ni Alhamdulillah ok. tapi ada jugakla terkadang lupa nak makan..hihi.. tapi kadang-kadang je. Sian baby nanti xcukup vitamin kalau selalu miss makan ubat. Yelah, makanan yang kita makan tiap hari bukanlah cukup sangat vitaminnya. sayur pun kadang-kadang makan.. Ikan pun kadang-kadang.. Jadinya, vitamin-vitamin ni lah yang bantu tambahkan vitamin yang akan kita salurkan kepada baby kita.. haaa, gitu.. 

Jadinye, itulah sedikit sebanyak tentang vitamin yang dimakan oleh aku sepanjang kehamilan aku ni.. Ada yang makan vitamin tambahan lain jugak, macam-macamlah.. Tapi semuanya niat supaya baby dalam rahim ni membesar dengan sihat.. InsyaAllah.. Amiin.. 

Till Then, Assalamualaikum.

 

Tuesday, May 14, 2013

Kelengkapan baby hampir lengkap~!

coretan Atin at 1:37 PM
Reactions: 
0 omelan yang prihatin
Assalamualaikum w.b.t

Pada sabtu yang lepas bersamaan 11 Mei 2013, ak dan en.asben telah menyerbu Ekspo mom & baby kat Mid Valley Exhibition Centre untuk membeli barang-barang kelengkapan bakal baby yang InsyaAllah akan dilahirkan pada bulan Julai nanti. Kami sampai dalam pukul 10.30 pagi, dan mujurlah xsusah untuk kami cari parking sbb masa tu parking macam dah penuh. Kami terus ke tingkat paling atas untuk ke exhibition centre dan memang teramat ramai umat manusia yang berlegar-legar disitu. Sampai saje disitu, kami terus beratur ke kaunter pendaftaran untuk dapatkan goodies bag, lama jugak beratur sampai lenguh kaki.. tapi ku kuatkan juga semangat.. dalam hati ni sebenarnya dah xsabar-sabar nak masuk Hall untuk shopping barang bayi.. hihihi

Hall 1 kami masuk, kami aim untuk ke booth Pureen, Fiffy, Medela, Pampers (ms ni xkisah pon jenama apa), dan Autumz. Masuk je Booth Pureen, mmg sangat ramai orang serang booth Pureen ni. Al maklumlah, kebanyakan keperluan untuk bayi banyak terdapat kat Pureen ni. Jadinye dengan hati yang cekal dan tabah, kami harungi jgk lautan manusia di situ. capai saje barang yang mmg nak beli kat sini. Barang-barang yang berjaya dirembat di Booth Pureen adalah:-



1) Anti Bacterial Detergent (A-B-D) 2000ml (2)- RM42
2) Madame Maternity Pads (Value Pack 60 Pads) - RM17
3) Tuala Mandi (2 helai) - RM25
4) Selimut bertopi (2 helai) - RM38
5) Nappy Rash Cream (100g) - RM11
6) Baju Newborn ( 2 pasang) - RM29
7) Baju Saiz S (4 pasang) - RM50
8) Mitten + Booties (2 pasang) - RM10
9) Set Mitten + Booties + Topi - RM8
10) Liquid Cleanser 750ml + Refill 600ml - RM28
11) Baby Wipes Value Pack (300`s) - RM18

Total = RM273

Disebabkan dalam 1 resit dah melebihi Rm200, kami dapat percuma tuala mandi dari Pureen serta mandian yogurt botol kecik.

Sesudah selesai berborong di Pureen, kami menapak mencari-cari Booth Fiffy. Disebabkan barang yang dibeli di booth Pureen tadi berat, kesian en.asben bawak sume brg. kami pon berkira-kira untuk menghantar dulu barang-barang ke kereta. dalam perjalanan untuk keluar dari Hall tu, kami di approach oleh seorang lelaki cina yang promote pampers Baby Love. Bayangkan satu pack pampers Baby Love hanya RM15. Jadi tanpa ragu-ragu kami pon setuju untuk beli. Niat pada mulanya nak try Pet-pet dulu, tp promoter tu cakap Baby Love lagi lembut dari Pet-pet, tu yg kami setuju. ak pon sempat rasa dulu sampel yang dipegang, lembut sikitla.. tp belum tau lagi sesuai untuk kulit baby kami nanti atau pon tak.. untuk pampers ni, kami beli:-



1) Newborn (48pcs) 2 - RM30
2) S Size (44pcs) 1 - RM15
Dapat extra 2pcs baby love + 2pcs pet-pet

Total = RM45

Setelah selesai membeli Baby Love Pampers, kami segera melangkah kaki untuk ke kereta untuk simpan dahulu brg yg dibeli sebelum menyambung kembali misi kami. Pada masa tu jgk, Dynaz Mokhtar yang hadir sebagai tetamu jemputan kelihatan disitu.. Ingat nak tengok Dynaz bercakap atas pentas tu tp disebabkan banyak lagi barang xdibeli, jadi ak biarkan saje Dynaz di situ. 

Sekembalinye dari menyimpan barang, kami kembali ke Hall 1 untuk membeli barang dari booth Fiffy pulak. Fiffy pon ramai orang serbu dan terpaksa beratur panjang untuk membayar. Disebabkan Fiify banyak menjual baju bayi yang harganya boleh dikira murah, jadi kami sekali lagi berteleku disitu untuk memilih baju. comei-comei lahai baju budak kecik ni. geram mama dibuatnya.. Barang-barang yang dibeli disini:-

1) Tuala Mandi (2 helai) - RM11.90
2) Cotton Bud baby - RM4.50
3) Alas Tilam (changing mat)- RM12.90
4) Baju (4 pasang) - RM44
5) Disposable Panties (2 set) - RM15.80
Dapat free sapu tangan dengan Baby Wipes.

Total = RM89.10

Seterusnya kami berlegar-legar disekitar situ dan niat di hati nak mencari Breast pump manual. ini just sebagai backup jika after bersalin nanti, ak takot yang ak terkena bengkak susu. so, bile ada breast pump ni, kita boleh pump keluar susu dan boleh bagi kat baby bile die lapar. Memandangkan ak belum lagi bekerja, jadi yang manual sudah memadai untuk ak. yelah, yang elektrik sume mahal2.. xdapet den nak boli.. kesian jugak en.asben.. bulat mata die bile ak tnjuk harga set breastpump electric medela yg mencecah ribuan ringgit. jadinye, ak cari yang sedap poket ajelah. Sebenarnye, ak suka sangat dengan Medela manual pump tu. harga yang ditawarkan RM199 tapi perlu beli penutup botol untuk baby menyusu yang berharga RM50. Pikir punya pikir, ak terus ke booth Baby U Care yang menjual Breastpum dari Tommee Tippee. Ak mmg mencari botol susu dari Tommee Tippee sebab bentuk putingnye yang menyerupai Ibu.. lebih senang untuk baby yang baru lahir untuk menyusu. Jadi, dengan harga RM150, ak dapat breastpump, penutup botol, bekas simpan susu 2, bekas dan washable breast pad, ak tambah pencuci botol Tommee Tippee (RM22). Berbaloi sikit ak tgk dengan harganya. Tapi of courselah, yang medela lagi best dan smooth.. Xpe, belum cuba belum tau kan.. 


Total = RM172

Barang-barang lain yang sempat disambar di Ekspo kali ni adalah:-

1) Baby Play Mat Saiz kecik - RM69
2) Papa Diapers Bag - RM89
3) Bra Menyusu (2)- RM52
4) Bra Malam (2) - RM36
5) Set Mitten+Booties+Topi (2), 3 pasang Stokin baby, sepasang stokin baby berbintang, sapu tgn (8) - RM40
6) Vacuum Flask stainless steel - RM12
7) Travel Set Johnson n Johnson - RM7.90
8) Kelambu - RM19.12
9) Anakku Cotton Ball - 6.90

Total = 331.92

Kesemuanya kami berbelanja hampir RM900++ jugakla dekat Ekspo ni. Alhamdulillah, semua keperluan hampir complete. Just tinggal nak beli tungku baby je lagi.. Baru lega hati ni bila persiapan untuk menyambut anakanda tercinta hampir cukup. untuk baby cot, stroller, car seat dan sebagainya tu, kami buat keputusan untuk beli bila perlu saje sesudah habis pantang nanti. yelah harga untuk 1 barang tu ya ampun, mahal sungguh. telan air liur sajelah. InsyaAllah ada rezeki lebih nanti,bolehla beli yang affordable dan kukuh. boleh dipakai untuk anak-anak yang akan datang jugak.. ngehehe.. Dalam entry ni, baju2 dan sarung tangan sarung kaki tidak kelihatan dalam gambar sebab telah selamat didobi oleh mamanya yang amat xsabar nak basuh baju baby yang kecik cenonet tu..alolololo.. Nah, tempek kat bawah sebakul baju baby.. Malam ni sesi melipat dan meyimpan barang2 supaya xberhabuk dan xbersepah. Semangat mama ni.. hehe..Biaselah anak pertama kan.. semngat harus lebih.. 


Barang-barang lain seperti set tilam dah ada 2 (1 hadiah dari tok wan dia), bakul baju kotor, bakul baju a.k.a picnic basket, tab mandian baby, bakul mandian baby dan bakul grooming baby sume mmg awal-awal lagi dah tersedia..

Baby punye lagi cantik dari mama punye.. hehe
Bila tengok je barang-barang ni, rase tak sabar nak melahirkan anak dalam kandungan ni. Semoga baby membesar dengan sehat.. nanti kita jumpa okey.. Mama tak sabar dah nak jumpa baby.. =)

Semoga ketemu lagi.. Assalamualaikum.

 

Tuesday, April 30, 2013

My Baby 29 weeks today~!

coretan Atin at 5:57 PM
Reactions: 
0 omelan yang prihatin
Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar rakan taulan sekalian.. memang lame betol aku xberkarya diblog ni semenjak dah berjinak dengan blog bride-to-be dahulu kala.. tp sekarang dua2 blog terbengkalai.. mmg hangat tahi ayam betol aku ni.. hikhik.. duk jadi silent reader je untuk blog-blog yang lain.. 

Bersama hubby jalan-jalan kat Singapore sebab ada conference kat sana
Kehidupan aku sekarang selepas kahwin, Alhamdulillah sangat.. bahagia dengan suami tersayang dan of cos sambil menunggu kelahiran budak tecik dalam perot ni..hehe.. Hari ni genaplah umur die 29 minggu.. bersamaan 7 bulan seminggu.. ada lagi 11 minggu untuk berjumpa dengan budak tecik itu.. sungguh tak sabar ku rasa tapi biasalah dalam masa yang sama takoooottt... cuaakkk... nak beranak!

Akhir-akhir ni dia dah makin kerap menendang-nendang mama die.. takpe nak, tendanglah puas2 sekarang.. nti dah keluar, dah tak boleh tendang-tendang mama tau.. (borak-borak ngan anak kejap..hehe).. Tidur pon dah tak lena macam dulu.. dah tak boleh tido terlentang.. malam-malam mesti terkejut sebab posisi yang elok untuk ibu mngandung hanyalah mengiring ke kiri atau ke kanan.. bile tersedar je diri ini tidur terlentang, mulalah terjaga di tengah malam untuk membetulkan posisi tidur.. kaki tangan muka dah makin membengkak dengan jayanya.. hubby tengok pon terkejot.. bangun pagi, mesti kaki ni sengal-sengal.. jalan pun terhuyung-hayang.. tapi Alhamdulillah semua ni boleh diharungi setakat ni..

Masuk trimester ke-3 ni, persiapan kelengkapan baby dan mama baby dah kena sedia dah.. nilah benda yang paling aku xsabar sekali sepanjang proses mengandung ni..hikhik.. tunggu mak mertua balik dari umrah next week, then terus serang ekspo mom & baby di mid valley 10-12 may 2013 ni.. kebanyakan blogger-blogger gitau, harga kat ekspo lebih murah dari harga kedai.. tu yg nak try jugak sekali pergi tengok kat ekspo. kot-kot dapat barang-barang free yang menarik, syok jugak tu..

Nilah Ekspo Mom and Baby tu.. Facebook [klik sini]

Dalam bulan ni ngan bulan depan InsyaAllah aku nak lengkapkan keperluan untuk baby dan mama baby (aku ler tu) sebabnye sekarang pun aku dah xlarat nak jalan lama-lama.. kaki cepat lenguh dan sakit.. orang kurang bersenam macam nilah kan.. lemah je badan ni.. selipar pun dah kena tukar yang flat punya sebab bile pakai yang bertumit, tumit aku pulak yang sakit.. xselesa dibuatnya.. mulalah merungut sakit situ sakit sini.. hubby jugak jadi mangsa tukang urut aku.. hahaha.. nasiblah dapat hubby yang sangat memahami ni.. senang hidup..tapi banyaknye aku yg kena ngurut die.. aku suka je urut die sebab bile die puji aku pandai ngurut, tu yg lomah jantung den.. haha.. 

Pakej Bersalin normal [klik sini]
Bulan ni jugak aku start pegi check up dekat Pusat Rawatan Islam Az-Zahra yang terletak kat Bangi sebab aku plan nak bersalin kat situ.. so, syarat dorang kena checkp up at least 2x kat situ baru dapat pakej bersalin.. selama ni aku check up kat Klinik Kesihatan je sebab free dan details sikit pemeriksaannya.. sume benda Nurse kat KK nak check.. puas hatilah, cuma xboleh nak scan slalu dan kalo scan pon die xbagi gambar.. harga bersalin normal kat Az-Zahra dalam RM1275, boleh rujuk link yg ak letak kat atas tu.. tapi confirmlah akan lebih nti bile nak membayo.. yelah, aku pun xtau apa yang akan aku tempuh.. ubat tahan sakit ada charge lain, kalo kena vacuum charge lain, kalo beranak diluar waktu bertugas doktor pon charge lain.. hai, pendek kata mcm-mcm la.. tapi nak wat mcm mn, hubby dah bagi green light bersalin kat situ, aku terima saje dengan hati terbuka..hehe.. lagipun dekat dengan umah mak pak mertua aku.. dlm 15minit gitu je.. tu lah faktor penting yg kitorang titikberatkan.. lagi satu, bayaran tempahan yang dikenakan just dalam RM300 je. nanti bile dah keluar baru bayar untuk selebihnya.. wad die pon agak besar dan selesa aku tengok hari tu.. so, kitorang dah sebulat suara booking kat situ.. Kalo ditakdirkan ak kena ceaser, terpaksalah aku ke Hospital Serdang.. Tapi aku harap dipermudahkan bersalin secara normal..

Set Bersalin Tanamera.. aku beli kat sini [klik sini]
Bulan ni jugak aku nak beli set bersalin.. Set yang aku berkenan akan dibeli esok hari adalah Set Bersalin Tanamera.. set ni masih baru jugaklah dalam dunia berpantang ni.. kalo tanya mak-mak kita, confirm dorang xtau.. sebab zaman dorang, set mustika ratu, set nona roguy yang hit.. aku ade buat research jugakla sikit-sikit pasal set ni.. die xde jamu.. yang benda kena makan cuma herbal tea die je dengan virgin coconut oil (VCO) untuk memudahkan proses bersalin.. VCO die jugak boleh digunakan untuk urut bahagian perineum untuk melancarkan baby keluar dan mengurangkan koyakan.. banyak-banyak testimoni yang aku baca, ramai yang duk cakap pasal kurang koyak atau xkoyak langsung bile guna VCO die.. tu yg aku berkenan tu.. harga pasaran sekarang RM360.. skrg plak ada promosi dapat percuma sebotol lagi VCO ni start 20 April 2013 hari tu.. Jadi tanpa ragu-ragu, aku pun memilih Set Tanamera untuk kegunaan masa mengandung dan berpantang.. Semoga semuanya berjalan lancar.. Amiin..

Oklah, sampai sini saje untuk kali ni.. kering dah idea aku nak membebel.. so, jumpa lagi.. Assalamualaikum..

Doakan yang terbaik buat aku dan budak tecikku.. Amiinn..
 
Related Posts with Thumbnails
 

ღcoretan kisah hidupkuღ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal