Followers

♥Tetamu diundang♥

My Lovely Blog~!!

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 21, 2011

Saat aku menjadi tunangmu!

coretan Atin at 2:59 PM
Reactions: 
12 omelan yang prihatin
Assalamualaikum w.b.t


Apa khabar rakan mayaku? sudah lebih seminggu aku selamat bergelar tunangan org dan org tu adalah en. apip lah dan pd saat ini aku gelarkan die en.tunang..hee~ tanggal 10.12.11 sah aku menjadi tunangannye dan alhamdulillah majlis berjalan dgn lancar walaupun kami diuji dengan dugaan sehari sebelum majlis berjalan. Dugaan yang tak pernah terpikir dek otakku yang mmg xgeliga nih. Bayangkan, rumah tumpangan yang en.tunang book sebulan sebelum majlis sudah tamat kontrak dgn kerajaan trg. dan bagus punye org yg handle rumah tupangan tu tak maklumkan kpd kami yg mereka dah tamat kontrak. dengan telefon xberangkat. darah menyirap sampai ke kepala aku saat itu. xdapat bayangkan lah mcm mn en.tunang rasa. Malu betol aku dgn keluarga die tak boleh nak cakapla. dorang dtg pagi dr Bangi dan perjalanan ke Terengganu memakan masa 8-9 jam, mestilah penat kan..sampai2, mestilah nak berehat. bila dah jadi mcm ni, sume kena menunggu. Kesianlah kat dorang yg penat dtg jauh2. Terpaksalah family en.tunang menempah resort yg lain. Dugaan nak wat mcm mn. kami redha dengannya. 

Dan pagi hari majlis tu, angin mmg kuat. bukan sepoi-sepoi bahasa dah. dengan hujan yg turun membasahi bumi. aku dah mula risau. bimbang hujan lebat menyapa kami. fikiran sudah mula berfikir, bagaimana lah agaknye jika majlis berlangsung sambil diiringi dengan hujan lebat? maka perbincangan antara 2 buah keluarga tidak akan dapat disampaikan dgn jelas. dan Alhamdulillah, hanya hujan slow - alow aje yg Allah kurniakan..hehe..Pkul 9 aku dah start dimakeupkan oleh mak andam. pkul 10.30 rombongan en,tunang sudah sampai ke perkarangan surau sebelah rumah. jantung sudah mula berdup dap dup dap.. takot mmg adelah. tp bila ditenteramkan oleh kakak-kakak ipar dan mak andam, maka jantung berhenti berdegup dgn laju... 

Berdebar menunggu!
Dirisik oleh Mak Long
Saat cincin pertunangan disarungkan oleh bakal mertuaku
Saat cincin pertunangan disarungkan kejari manisku
Sayang mak!
Itu en.tunang saye dan kedua ibu kami.

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan aku telah selamat menjadi tunangan kepada en.apip. Dan semoga ikatan yang terjalin akan semakin erat dan dipanjangkan jodohku dengannya. Semoga kami berjaya mengharungi segala dugaan yang bakal kami tempuhi dan semoga kami akan menjadi anak dan  menantu yang baik.InsyaAllah~


 
Related Posts with Thumbnails
 

ღcoretan kisah hidupkuღ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal