Followers

♥Tetamu diundang♥

My Lovely Blog~!!

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 29, 2010

Tips Mengkuruskan Wang!!

coretan Atin at 8:24 PM
Reactions: 
2 omelan yang prihatin

(Perhh..Kalau dapat duit macam ni..bestnye!!)

Salam u ols.

Burrpp!! sory2 kenyang sangat la..kihkih..ari ni atin ngan cik rumate termasak nasik banyak plak. bertungkus lumus la 2 org anak dara yang sopan santun td mengabeskn nasik 1 periuk kecik tuh..tu yang terlampau kenyang tuh..dan disebabkan itulah, waktu mandi utk ari ini telah ditambah masa kecederaan iaitu 1 jam dari sekarang..yele, xmaula pewot buncit kang..

malam ini atin nak share cket la tips-tips untuk menguruskan wang ringgit. bukan mengkuruskan ok.

Tips 1: Bila gaji/elaun masuk je dalam akaun tuh, jangan pedulikan die masuk. biarkan aje sehingga rase memerlukan duet tu. tambahtolakdarabbahagi duit yang ada dengan yang diperlukan untuk keluarkan, then baru bergerak ke bank yang dikehendaki utk keluarkan wang yang diperlukan. Diulangi, yang diperlukan sahaja ok.

Tips 2: Penting untuk tolak siap2 hutang yang perlu dibayar berserta duit untuk disimpan di dalam ASB (Amanah Saham Bumiputera). bukan Amanah Saling Bershopping ok. Terus pegi simpan kat ASB tau. Pengumuman!! Barang siapa yang masih belum buka akaun ASB ni, bersegaralah kamu untuk masa hadapan.

Tips 3: Elakkan diri merayau-rayau atau lebih dikenali window shopping di mana-mana kompleks. kedai runcit xpe. sbb nye duit dalam purse tu nanti akan lesap dalam sekelip mata. itu pengalaman diri empunya blog ni.

Tips 4: Buat bajet untuk keperluan harian, anggaran untuk makan, minyak dan sebagainya untuk setiap hari. Contohnya, setiap hari anggran hanya RM5 sahaja untuk makan, RM4 untuk minyak. contohla contoh..Jangan over bajet. nti xpasal-pasal duit dalam ASB kena ambik balik kan..

So, itu saja la tips yang atin akan amalkan untuk hari yang mendatang. Sangat penting ok tips ini untuk golongan yang suka membeli dan membelah macam atin ni. Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian tidak berguna. Fikir-fikirkan ok..

Lots Of Lurve

Tuesday, September 28, 2010

Magika

coretan Atin at 9:12 PM
Reactions: 
0 omelan yang prihatin

moh kawan-kawan sume. pakat serang panggung wayang berdekatan umah anda ok? knape? knape? Magika la. apa lagi kan? ha??xtau ek magika tu apa?

magika tu filem yang sedang berilustrasi di wayang sekarang. best ke? best sangat ok. atin ni xlayan sgt citer melayu kat wayang tp cite ni best. gerenti punyela. tp bg kaum lelaki atin not sure 100% la korang layan ke x citer yang berima neh kan. tp best taw!!

atin bagi filem ni 6 stars ok. ha ambek kau. puas hati. hehehe..
atin bangga akhirnya filem arahan Edry KRU ni boleh setanding filem luar negara taw beb.

atin tengok wayang ngan en.bf. mula-mula was-was jgk, best ke x citer ni. tp tgk trailer nye lawak bukan main. so, tryla tgk. and x mengecewakan atin filem ni. rasa berbaloi jugak tgk filem ni. en.bf pon cakap best.hehe..

ramai taw penyanyi yang berlakon dalam filem ni. kalau nak tau sapa, kenala tonton filem ni dlu kan? kita kena support industri Negara kita kan.(cewah semangat giller atin ni)..
sorry la yea terover semangat pulaks. ahaks...so, apa tunggu lagi..cepat2 p tengok ok?

Daaaaaaa~~salam.

Thursday, September 23, 2010

Syok ke jadi blogger?

coretan Atin at 4:01 PM
Reactions: 
2 omelan yang prihatin

Salam u ols.


amacam ari ni?sehat tak? atin sekarang ngah tensyen tahap gaban ah. apa taknye kan, laptop yg zaman tok kadok tu da wat hal plak.. ada tak sape-sape yang ada pengalaman macam atin ni. bateri kong. da la bateri tu king kong tambah pulak adaptor pulak king kong jugak. hampeh tol laptop ni. selalu tak nak bekerjasam ngan tuan dia. xpela ko laptop, nanti aku belila adaptor untuk ko yang baru ok?


so, ape kaitan sebenarnye ngan tajuk entry ni atin pon xtahu..hahaha

sebenarnya tadi blogwalking la kejap kan, wat senaman mata ni yang asyik mengantuk jer kalau duk mengadap jurnal dan sebagainya. tiba-tiba tertangkap pada 1 blog yang sangat menarik penulisannya. sempoi jer. best plak tuh. siap bagi tips menghalau pembaca yang datang kat blog dia lagi. hahaha.. tapi sebenarnye tu simbolik je..


atin nak tanya jugak rakan-rakan blogger ni yang aktif ke tak aktif ke kan. eh, ni best ke jadi blogger ni? rasa apa ek. manis ke masam ke pahit? ha, so jawabla dalam hati masing-masing ok? ada jugak sorang kawan atin bertanyakan soalan yang serupa macam atin tanya tadi tuh. so, nak tahu apa jawapan atin? eh, of course la best. lol. sebabnya kita dapat kongsikan maklumat serta pendapat dan juga pengalaman kita. (ayat skema neh).. disamping dapat menjana duit sampingan kan. tapi tujuan asal atin start berblogger bukanlah pasal duit, pasal nuffnang dan sebagainya. masa tu tak tahu menahu pun. tapi masa tu teringin mencatat, menulis idea serta pengalaman. pastu bila ramai kengkawan yang join, jadi bertambah best plak. pastu dengan dapat kenal rakan-rakan maya yang suka bagi pendapat dan komen kat entry2 atin. berganda plak kebestan tuh.


tapi menjadi blogger ni memang perlu berhati-hati. yela mane tahu kan, ada pihak yang sangat tidak bertanggungjawab yang mengeksploitasi ruangan serta maklumat dari blog kita. bahaya. bahaya. ditambah kalau ada blogger yang suka menayangkan gambar-gambar yang over cun tu kan. bahaya. bahaya. lagi satu yang sangat penting bila kita mengcedok entry org lain or mengkidnap imej dari blog org lain, perlu sangat mention taw blog mane and siapa. kalau silap haribulan, tak tercredit kat tuan empunya blog, da jadi isu hangit plak kan. so, berhati-hati ye sume rakan-rakan.


fikir-fikirkan dan selamat menulis wahai rakan-rakan blogger sekalian dan ingin atin ucapkan selamat maju jaya. wallaweh macam nak masuk dewan exam pulak ropenye~~!!
credit to MAYA





Monday, September 20, 2010

Angin petang sepoi-sepoi bahasa!!

coretan Atin at 9:32 PM
Reactions: 
0 omelan yang prihatin
Salam u ols.

Here i am. Sori lama x jenguk kat sini. almaklumla ngah mood beraya kan.Petang tadi atin berjogging dan bersenam bersama cik rumate.mula-mula lari setempat. seterusnya kayuh basikal setempat. seterusnya angkat berat setempat.. haiah apa pasal semua setempat?
haaa..yelah kan..dalam gim..mestila setempat aje kan.
penat sume setempat, kami pon bergerakla ke banyak tempat. menghirup udara petang yang nyaman di uitm ni.bermulanya pengembaraan kami dari sini...kolej kediaman.
ade pon duta peacemaker neh..hikhik

pastu kami bergerak pula kesini..ha ini dia bertempatnya lab yang akan atin siapkan keje master..haiah..bila la barang2 nak sampai..ni pulak hentian seterusnya. nila tempat atin menyiapkan dokumen-dokumen serta station untuk mengulangkaji..CTC

Dan seterusnya kami kembali ke tempat asal..mana lagi kalu bukan tempat kediaman...

bersiar-siar di waktu petang amat baik untuk mood. untuk release tension. release keserabutan yang telah melanda pada en.otak. kesian. kesian.
haih, atin ni baru je balik semalam. da tension. bukan tension pon. cuma tiada semangat dalam diri. kurangnya motivasi untuk diri. tapi perjuangan amat perlu diteruskan. masih panjang lagi liku-liku yang harus ditempuhi. jadi, apa yang harus dilakukan?
damaikan fikiran. luaskan pemandangan. dengan bersiar-siar dan bersenam. hehehe..=salam sayang dari atin di perantauan=)

Monday, September 6, 2010

Ruang Rindu..

coretan Atin at 8:51 AM
Reactions: 
0 omelan yang prihatin
Assalamualaikum w.b.t

apa khabar semua?ha, jgn terkejot ok..ni entry atin skema yg first..hiks!!
ni akibat terpengaruh dengan en.hami ashraff ni la..entry beliau yang best untuk dibaca dan diambil iktibar serta ilmu..

semangat nak update blog dah meningkat sekarang..so, ni entry kali ke-2 untuk hari ni..
sedar tidak sedar, kita dah berada di hujung bulan ramadhan kan..lai beberapa hari Ramadhan akan meninggalkan kita..sedihnya sebab tidak dapat memanfaatkan bulan ni dengan sebetul-betulnya..masa pula pantas sahaja meninggalkan kita..serasanya baru sahaja menyambut 1 Ramadhan..Allah maha berkuasa..

so, macam mana pula dengan persiapan menyambut Syawal? berapa helai baju raya tahun ni?
atin tak ada baju raya pun tahun ni..pakai yang tahun lepas jer..lagipun baju tahun lepas pun elok lagi..ditambah dengan duit yang tidak berapa nak ada kan..so, sambut ala kadar sahaja..cukup rezeki yang Allah kurniakan..itu yang lebih membahagiakan..kan?
bukan dengan baju raya tapi kesempatan yang Allah bagi untuk dapat menyambut syawal serta menyempurnakan ibadah puasa..syukur kan?

atin tak sabar nak pulang beraya kat kampung..rindu sangat Ya Allah dengan kedua ibu dan ayah kat kampung tu..lama sudah tidak menatap mereka..Rindu sangat!!
Ya Allah, Engkau berilah kesihatan yang baik untuk kedua ibu dan bapaku..semoga aku masih berkesempatan untuk mencium tangan mereka serta berkesempatan untuk memohon ampun dari mereka..merekalah kebahagiaanku..hehehe

atin balik hari rabu ni dengan kawan atin..tumpang kereta dia balik kampung kat Terengganu tercinta..hati ni da tak sabar nak balik ni..

okeyla semua..semoga berjumpa lagi ok?

Lots of Lurve

Hati sayu mendengarnya~~!!

coretan Atin at 6:17 AM
Reactions: 
0 omelan yang prihatin
Irsyadee - Taubat Seorang Hamba

(featuring Hafiz Hamidun)


Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...

Untuk Renungan Bersama~~!!




Sunday, September 5, 2010

Kuatkan iman, teguhkan pendirian!!

coretan Atin at 2:33 PM
Reactions: 
2 omelan yang prihatin

salam u ols~!!

Yaay!! ari ni pecah rekod..atin xkuar jenjalan ari ahad..ha, susah taw atin nak rehat ari ahad..slalu ari ahad ari jenjalan sedunia..hekhek..tp smalam da kuar pegi Mid Valley ngan cik rumate..hikhik
erm, kitorang duk bertafakur kt MPH tu lbih kurang tambah tolak bahagi skali dlm 3~4 jam taw~!!pecah rekod lg tuh...duk bace buku kat ctu..yela, nak beli sume duet xckup..so,sekadar bc jer isi kandungan and buku2 yang menarik..

kitorang duk d bahagian keagamaan..bnyk buku yg menarik..and ade 1 buku tu pasal tanda-tanda kecil dan besar kiamat..dlm buku tu ade menceritakan pasal kejadian2 yg berlaku skrg yg mane kesemua tanda-tanda kecil kiamat sudah berlaku..betol~~!! tolong percaya...kitorang sgt terkejot sbb tanda-tanda tu sgt obvious..TAKOT sangat!!hukhuk..

pastu tanda-tanda da nak akhir zaman..iaitu turunnya dajjal..keluarnya yakjuj dan makjuj...kalo bace bku tu mmg sgt insaf..yela, kite ni hamba Allah yg slalu sgt buat kesilapan..dan dalam 1 buku yg atin bace ade mengatakan..Allah mmg menjadikan hamba-hambanya sering melakukan kesilapan..Sbb itulah Allah senang mengampunkan barang siapa yang bertaubat atas apa kesilapan yang dilakukan...

dlam buku tanda-tanda kiamat tu ade jgk dinyatakan..golongan yang ramai termasuk dlm ikotan Dajjal adalah golongan wanita..jadi kaum Hawa marilah kita betolkan diri kita sume yep!!nak tau x sebab ape? sbb golongan wanita kebanyakannya mementingkan kebendaan..dan kelemahan inilah yg menyebabkan golongan wanita mudah terpengaruh dan tidak dapat menghalang diri drpd fitnah Dajjal..Apabila Dajjal keluar nt, dye akan memberi kita 2 pilihan iaitu air atau api..barang siapa yg memilih api, itu adalah air yang sejuk..manakala siapa yg memilih air, itulah api yang membara..huish..takot kan?

mcm2 diceritakan dalam buku tu..mmg sgt memberikan kita kesedaran...belom terlambat utk kita bertaubat dan beristighfar..atin pon begitu jgk..tolong atin jgk yep sbb atin ni seorang hamba Allah yang penuh dengan dosa~~kesian ayah atin sbb terpaksa menanggung dosa yg atin telah lakukan..ketahuilah, dosa anak perempuan ditanggung oleh ayah selama die belom berkahwin..hukhuk...bukan slah ayah tp salah atin yg tidak betol2 menimba ilmu dan mempraktikkan cara hidup yang melambangkan muslimah sejati~~!!dan atin sgt bersyukur kerana Allah hadiahkan atin seorang kawan dan rumate yg betol2 menjaga dirinye sebagai seorang wanita islam..atin teringin menjadi seperti dye..

sekian utk renungan bersama!!

credit to saifulislam


Friday, September 3, 2010

Aku ter"addict" lagi..

coretan Atin at 10:22 PM
Reactions: 
0 omelan yang prihatin
salam u ols..

pekaba bapak2 ibu2 sekalian?diharap sehatla yep..almaklumla nak dekat raye kan..
kesihatan kena jage jgk..yela, kalo xsehat sape yg nak makan ketupat, lemang kat dapur tu kan..
da ade mood raye blom ni?kalo xde..try la pegi kat supermarket sane ha...mesti mood raye tu akan dtg jugak..dan plus ngn mood bershopping..hikhik

eh2, da termelalut pasal raye plak da atin ni..almaklumla fikiran ni sbenarnye da ade kat kg da..body jer kat sg buloh lg..hehehe..arap bersabar yea ngan kerenah atin ni..
atin act sebenarnye nak citer pasal addiction atin skrg ni yg dlu pon mmg da addict da..
WONDER GIRLS!!!!! (scream....like pompom girls gitu)

lagu terbaru WG ni sgt sedapla atin dengar...plus tarian dorg yg mmg atin admire dr dlu lg la..
nak tiru2 jgk dlm bilik ni tp ape ke buruknye gaye atin menari ni ha..naseb xde CCTV dlm bilik ni..kalo x, mmg popularla dlm youtube..kihkihkih
lagu terbaru ni bertajuk "2 different tears"..sape2 yg peminat WG jgk, sile2la rujuk2 pak cik u-tube tu yea..bnyk suda performances dorang..as usual outfit and tarian dorg no.1..(perh...puji sakan nampak)..hihihi..betol, xtipooo~~

so, atin selitkan sikitla yea video dr belas ehsan pak cik sdare atin ni..pak cik u-tube..Layan!!


Related Posts with Thumbnails
 

ღcoretan kisah hidupkuღ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal