Followers

♥Tetamu diundang♥

My Lovely Blog~!!

Daisypath Anniversary tickers

Monday, October 11, 2010

Tarikh keramat yang terlalu keramat!

coretan Atin at 10:26 PM
Reactions: 
Salam.

seperti yang tengah heboh skarang ni, tarikh keramat 10.10.10 menyaksikan satu peristiwa kemalangan yang paling ngeri untuk tahun ni. cdey sangat dan kesian pada mangsa-mangsa yang terlibat dalam kemalangan di lebuhraya utara-selatan lewat petang semalam.

Innalillahiwainna ilaihirajiun..takziah diucapkan pada keluarga mangsa dan diharap dapat bersabar dengan ujian Allah S.W.T. dari Dia kita datang dan kepada Dia jualah kita akan pulang. Ampunkan dosa-dosa kami Ya Rabbi. Tuhan kami.

atin ada juga melihat video kemalangan tersebut dan hati rasa sayu sangat. mayat-mayat bergelimpangan dan paling dahsyat dimana sebuah kereta myvi yang dihempap bas delima sebijik kat atas bumbung. dahsyatnya Ya Allah. terkejot sangat. bayangkan lebuhraya yang memang ada banyak lane tu, sebuah bas boleh melambung dari arah yang bertentangan. kita tak tahu berapa la kelajuan bas tersebut. tapi tak boleh nak salahkan sape-sape, sudah tertulis ajal mereka disitu dan tepat pada waktu itu dengan cara itu. cuma kita yang masih hidup ni ambiklah iktibar dengan kejadian ini.

Berhati-hati di jalan raya!!

Al-Fatihah untuk mangsa yang telah kembali ke rahmatullah..
[klik sini] untuk berita kosmo.

2 omelan yang prihatin on "Tarikh keramat yang terlalu keramat!"

✖ẅдẅд ѕчĦдϊΖд✖ on October 11, 2010 at 11:08 PM said... [Reply]

sedih..terlalu sedih baca berita & tgk gambar2..menangis aku tgk atin..moga2 mereka di tempatkan di kalangan org yg beriman..amin..

Atin on October 11, 2010 at 11:40 PM said... [Reply]

wawa: mmg sangat dasyat kan..orang yang xde kena mengena ngan bas tu pon terkena.bayangkan sebuah bas yang brape tan tuh boleh melambung..laju sangat..huhuhu..al-fatihah

Related Posts with Thumbnails
 

ღcoretan kisah hidupkuღ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal