Followers

♥Tetamu diundang♥

My Lovely Blog~!!

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, March 12, 2011

Gempa bumi di Jepun. Mungkinkah Malaysia terlibat?

coretan Atin at 5:13 AM
Reactions: 

Assalamualaikum w.b.t
Gambar credit to boloque, zackentry, preciouslife

Jam menandakan tepat pukul 5 pagi waktu Malaysia. mata aku masih leka meniti di setiap sudut dan inci gambar serta video yang begitu pantas diupload didada ruangan internet. hati aku masih rungsing mengenangkan ibu dan ayah di kampung di Terengganu. walaupun belum ada tanda atau amaran yang dikeluarkan untuk negeri aku yang memang terkenal dengan Bandaraya Pesisir Pantai ni, kejadian Tsunami yang berlaku di negara matahari terbit sangat-sangat merungsingkan benak dan minda ku ni. kurasakan, separuh nafas ku hilang. Ya Allah Yang Maha Pengasih, Lindungilah kedua ibu bapaku serta keluargaku serta sekalian umat Islam dari bala bencana Ya Allah.. Aamiinn..


Dan semoga rakyat di negara jepun tabah mengharungi bencana ini yang sememangnya teruk dengan gempa bumi sekuat 8.9 skala richter pada pukul 2.46 ptg semalam iaitu 11 Mac 2010. ditambah pulak dengan pusaran air yang berlaku sebelum kejadian Tsunami dengan ombak setinggi 4 meter dan paras air setinggi 10 meter berhampiran pesisir pantainya. Sebuah kapal turut dihanyutkan dan merempuh tebing yang berhampiran pantai tersebut. Beberapa negara yang berhampiran seperti Hawaii dan juga pantai Sabah diberi amaran  Tsunami akan berlaku berikutnya beberapa jam selepas itu dan akan menghala ke arah negeri tersebut..Mexico, New Zealand, Filipina juga turut diberi amaran Tsunami juga.



0 omelan yang prihatin on "Gempa bumi di Jepun. Mungkinkah Malaysia terlibat?"

Related Posts with Thumbnails
 

ღcoretan kisah hidupkuღ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal