Followers

♥Tetamu diundang♥

My Lovely Blog~!!

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 21, 2011

coretan Atin at 2:22 PM
Reactions: 

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar rakan-rakan sekalian? Dah makan dah? Kalo sudah, alhamdulillah. Erm, dikesempatan ini aku nak wish SELAMAT HARI BAPA kepada ayah tercinta dan juga semua bapa-bapa di dunia ini. Pengorbanan seorang bapa tidak mampu dibalas harta benda yang melimpah ruah shj. Ingat, jangan dilupakan doa-doa dari kita yang bergelar seorang anak untuk bapa. Same goes to mak kita.
So, sempena hari bapa ni, aku just nak share ilmu yang aku perolehi. Kita especially anak perempuan mmg susah ibu-bapa kita nak jaga. Lebih-lebih lagi tanggungjawab yang dipikul oleh seorang ayah. Seperti petikan yang aku perolehi daripada Cinaislam, berbunyi:


"Mengapa neraka bagi golongan dayus? Golongan dayus ini sama ada seorang ayah yang membiarkan anak-anak gadis mereka keluar rumah tanpa mengenakan pakaian yang menutup aurat dengan sempurna begitu juga seorang suami yang membiarkan isterinya mendedahkan aurat seperti tidak memakai tudung kepala hingga di bawah perhiasan mereka.

Termasuklah membiarkan pembantu rumah di kalangan wanita asing yang dibiarkan tidak menutup aurat, maka suami tadi tidak berhak masuk syurga kerana membiarkan isteri dan pembantu rumahnya tidak menutup aurat seperti yang ditegaskan oleh al-Quran."

Jadi, mana yang lagi penting, hadiah hari bapa yang berupa Jam Rolex ataupun menjaga ayah kita daripada terjerumus kedalam neraka akibat kesalahan kita sendiri. Erm, aku pun tak terlepas daripada kesalahan ini. dan betapa aku mementingkan diri sendiri dengan tidak menutup aurat dengan sempurna apabila keluar rumah, tapi usaha untuk kita menjadi lebih baik dan lebih baik mesti diteruskan. Harap maksud yang hendak disampaikan tersampailah sbb aku ni mmg xreti nak menulis2 ni..hukhuk.Peringatan untuk aku juga untuk rakan-rakan.
Salam
 

0 omelan yang prihatin on " "

Related Posts with Thumbnails
 

ღcoretan kisah hidupkuღ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal