Assalamualaikum w.b.t
Lama dah rasanya tak bercerita tentang kerjayaku sebagai pelajar sarjana didalam makmal. Fyi, aku sekarang berada dalam sem 2 dan sekarang tengah mendapatkan sampel darah pesakit. Sudah bermula minggu lepas.. tak lah sesukar yang aku fikirkan. Harap-harap pengambilan sampel ini berjalan dengan lancar. InsyaAllah.
Darah pesakit yang diambil akan dimasukkan kedalam 2 botol iaitu EDTA tube dan CAT tube.
| sebelah kiri tube EDTA, kanan tube CAT EDTA supaya darah xbergumpal, CAT (Clot Activator) utk gumpalkan darah utk dapatkan serum (lapisan kekuningan diatas adalah serum) |
| Darah dalam tube CAT tadi akan dimasukkan ke dalam mesin kat atas ni. centrifuge nama dia untuk dapatkan serum |
| selepas itu, serum tersebut akan dipindahkan kedalam eppendorf tube..dan disimpan kedalam -20 degre celcius. |
so, siap sudah kerja. kacang je kan. so, serum dan darah tersebut akan digunakan utk further method. =)
Segmen makmal sampai setakat ini sahaja. Daaa~~









