Followers

♥Tetamu diundang♥

My Lovely Blog~!!

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, October 18, 2011

Free samples for me~

coretan Atin at 7:24 PM 5 omelan yang prihatin
Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar? lame giller aku tak mencoret diblog ni. memang sekarang mood nak menaip baru menjelma. fuh, mmg berjanggut la aku tnggu mood ni ade. so, kembalilah aku utk bercerita perihal keduniaan aku yang mmg pastilah korang tak tau kan. 

Nak dijadikan cerita, beberapa minggu lepas aku telah meninjau-ninjau la ke sekitar blog2 yang hebat mempromosikan tentang barangan free dari beberapa syarikat yg ada menawarkan free samples. free samples utk brg2 baru yang dorang ingin promosikan. Jadi, aku pun telah mencuba nasib utk mengisi borang online untuk mendapatkan sampel percuma.

Dalam masa 2-3 minggu, aku telah mendapat hampir 7 barang percuma dari kotex, mentholatum, stabilo swan, Nutriline, esmeria organics dan juga clinelle. sumenye comel2 pakejnye kecuali stabilo. ak dpt 2 btg pen yg baru. mmg best guna pen keluaran tabilo yg baru ni.

nilah barang-barang yang aku dapat tuh. komennye:

1) Performer ballpoint stabilo - yang mata 0.7mm, mmg best sbb tulisan boleh jadi halus dan kecik dan yg 0.5mm tu best jgk. dakwat pekat tapi takdelah sampai melimpah-limpah. ni dakwat die elok-elok je. lancar jgk bila kite nak tulis. dah jadi pen kegemaran ak dah sekarang.hehe

2) Lip ice strawberry - yang ni memang sume org dah tau kan. tpi yg aku dapat ni die ade efek cooling sensation. bila pakai, bibir jadi sejuk dan bertukar ke pink-an. best. rasa nak makan je sbb shomel sangat. geram~

3) Kotex Deluxe - yg ni ak xpakai lagi. xleh nak komen. 

4) Kotex pantiliner - yg ni pn aku xpakai lagi tp pantyliner ni lebih tebal dr yg selalu tuh. 

5) Esmeris organics - yg ni pon aku belum try lagi. sbb die bagi dalam pakej yg sikit. sayang je rasa nak pakai.hehe..

6) Clinelle moisturizer - yang ni utk semua jenis kulit tapi ideal utk kulit yang kering. dapat melembapkan kulit. ak baru pakai sekali. tak dapat nak rasa lagi efek die sbb die bagi pon dalan pakej yg kecik. hehe..

7) Nutriline - ini serbuk utk kecantikan dan kesihatan dalaman bagi wanita. ak belom try lagi. ade cop halal. die khas utk wanita la yg nak up up ape yg patot..hehe..

erm, tetibe ter review pasal sampel yg aku dapat pulak. huhu.. saje aje nak berkongsi. 

if korang nak try, leh klik sini [klik] utk dapatkan sample. selamat mencuba!! Daaaa~
 

Friday, August 12, 2011

Bubzbeauty!

coretan Atin at 10:56 PM 1 omelan yang prihatin
Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar rakan-rakan? Hari ni dah masuk hari ke 12 kita berpuasa di bulan Ramadhan. Rasanya tak terlambat untuk aku ucapkan Selamat Berpuasa kepada umat Islam di seluruh pelosok donia!

Dah lama gile aku tak meng-hupdate blog ni. mmg mood tak ade dan idea pon xde. memang digantung tak bertali la blog ni. Walaubagaimanapun hari ni aku kembali dengan idea nak update blog ni. Cam gempaq sangat je idea ko tin~

Ni nak cite ni. eh, eh. korang kenal tak Bubbi a.k.a Bubzbeauty. hurm, kalo korang tak kenal, ce cari kat youtube atau itube pon boley jgk.. Bubbi ni amoi dari China. Cute sangat dan english die pon cair.. die suka post video kat youtube pasal kecantikan, solekan even pasal membuat masker, toner dari bahan-bahan semulajadi.

aku memang suka gile. siap salin lagi bahan-bahan yang diperlukan untuk buat masker tuh. berharap, pas pakai masker buatan sendiri terus boleh cun mcm Bubbi. hehe.. eh, korang nak intai die secara detail pon boley or nak tanya soalan kat die kan, korang boleh pegi kat web die..  

cam gane? dah usha dah.. tengok video die kat youtube tu mcm senang je nak kick jerawat kan? mcm petik ibu jari kaki jer kan. tp bukan korang tak tau, jerawat tula musuh yang mmg sampai kesudah tak dapat nak kalahkan. setiap bulan, mesti die nak naik jgk. even sebijik. naik sebijik tinggal parut pulaks. sabar ajelah sabariah oiii.. hurm, tp tak ape. usaha tangga kejayaan.

macam Bubbi ni, dulu die banyak jerawat. tp bila die usaha punya usaha, hilang jgk jerawat. Nak hilang jerawat bukan setakat sapu ubat jerawat saje ye adik-adik, exercise, tidur yang cukup, makan makanan yang berkhasiat, tu sume penting untuk kesihatan tubuh dan juga kulit kita.. sehingga itu dulu.. Adios Amigos. Daa~~ Assalamualaikum.
Tengah berfikir utk start minum green tea, untuk kesihatan dan kecantikan.
 
Related Posts with Thumbnails
 

ღcoretan kisah hidupkuღ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal