Followers

♥Tetamu diundang♥

My Lovely Blog~!!

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, December 19, 2010

kenapa kita sering diuji?

coretan Atin at 9:52 PM
Assalamualaikum w.b.t

Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu, dan(ingatlah), Allah jualah Yang Maha Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidah mengetahuinya...(Al-Baqarah:216)

Penat sungguh aku rasa bila 2 hari berturut-turut aku kuar beronggeng. tp penat pon tak apela, sbb aku dpt release tension. lega da rasanya. xdela duk pikir2 sgt dengan hari-hari yg telah berlalu. sejak kebelakangan ni, aku sering diuji dgn pelbagai dugaan oleh Yang Maha Esa. kdg, kalau ikotkan rasa, mmg aku rasa tak dpt nk menanggungnya tp pikir balik dengan ujian yang Allah bagi ni sekadar utk menguji keteguhan iman serta menguatkan mental aku, aku kembali tenang malah bersyukur dgn ujian yang kalau nak dibandingkan dgn saudara-saudara seislam kita yg ditimpa bala bencana serta peperangan yang amat dahsyat tuh, xdela berat mana masalah yg aku tanggung tu.

Kadang bila diuji dgn pelbagai ujian, serasa Allah tidak mempermudahkan jalan bagi aku. tp bila ditepuk dada, tanya pada iman, bukan! bukan Allah tidak mempermudahkan jalan bg aku, tetapi Allah menurunkan segala ujian ini untuk menguji sekuat mana kesabaran aku. sabar itu kan separuh daripada iman. so, org yang kuat sabarnya adlah org yang teguh imannya. jadi, bila ditimpa pelbagai masalah, secara otomatik, kesabaran kita akan makin kuat.. bukan senang nak sabar, nak2 aku ni yg mmg terkenal dgn sifat xreti sabar kan. tp bila, dah jadi mcm2 kat aku, hanya yang mampu aku buat adalah..Sabar dan Tawakkal pada Allah..  Allah lebih Maha Mengetahui apa yang terbaik utk aku. mungkin dugaan ini diturunkan utk ingatkan aku supaya jgn lalai dan jangan bongkak dgn nikmat yang dihadiahkan..atau mngkin Allah ingin menghadiahkan aku pelangi slepas diberikan aku hujan lebat. 

Hidup ini kurniaan Allah. takkan aku nak merungut utk benda yang bukan kepunyaan aku. semua kepunyaan Allah. Diri aku, family aku, bf aku, kwn2 aku, sedara-mara aku, sepupu sepapat aku...semua hanyalah pinjaman. bukan milik aku sepenuhnya. aku berserah hanya pada Allah S.W.T.


 

0 omelan yang prihatin on "kenapa kita sering diuji?"

Related Posts with Thumbnails
 

ღcoretan kisah hidupkuღ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal