Followers

♥Tetamu diundang♥

My Lovely Blog~!!

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Dunia Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Dunia Hiburan. Show all posts

Saturday, June 18, 2011

Hensemnyeeeeee...

coretan Atin at 11:28 PM 0 omelan yang prihatin
Assalamualaikum w.b.t

Yo.. hujung minggu ni korang pegi mane? berdatingan ke? aku xberaktiviti pon hujung minggu ni. beristirehat sahaja di tempat peraduan beta..wahaha.. bosanla jgk. tapi xpe, sbb aku puas hati dpt qadaq tido aku. badan pon dah terlemau dah sbb asyik tido, makan, tido makan lagi..

Act kan, aku ngah tengok citer jepung ni. tajuk die Zettai Reido yang Ueto Aya berlakon..pastukan, dalam episod 7. muncul la satu watak lelaki yang handsome nyelah..cair aku nengok die..moh usha handsome ke tak handsome mamat jepun ni..kulit mulus je mamat jepun ni..aish, xboley jadi ni..kena beli hada labo ah pasni, nak lawan matsuo nih..ooopppsss!
Ni rupa die dalam Zettai Reido tu.sebelah rambut pendek, sebelah panjang..motif ?

 Profile Matsuo Toshinobu
  • Name: 松尾敏伸 (まつお としのぶ)
  • Name (romaji): Matsuo Toshinobu
  • Profession: Actor
  • Birthdate: 1977-Oct-22
  • Birthplace: Osaka, Japan
  • Height: 176cm
  • Weight: 63kg
  • Star sign: Libra
  • Blood type:
Tapi, bile gurugle2, die ni muslim. betol ke tak aku xpasti la pulak kan.. hehe.. so,what say u? handsome ke tak?   tapi apsal xbanyak gmbar die bila aku gurugle td..xpopular kah die? ade kurang publisiti? hurm.. banyyak soalan tuh..kena pegi jepun ni, face to face ngan matsuo ni..kihkih..okla, chow.
Salam.
 

Thursday, March 31, 2011

Junior Master Chef..^_^

coretan Atin at 11:42 PM 0 omelan yang prihatin
Assalamualaikum w.b.t orang kampung..

Malam ni rasa cam tak de pape nak wat la. borrink dowh.. td sempat la tgk Junior Master Chef Australia Season 1. Perh, bebudak ni masak, meleleh air liur aku tgk. mantap xhengat. aku ni pon, nak masak ayam masak kurma pon terkial-kial.. uik, apsal ayam masak kurma dijadikan contoh? sebab tetiba teringat ayam masak kurma, cam lazat jer..duhhh.. Time tgk JMCAU tu, tetibe kan aku termenung, ter ok bukan aku bermenung.. aku termenung, nnti aku nak beli oven, nak masak brownies coklat tu sendiri hokey.. hukhuk.. tercapai ker ek impian aku nih? dalam pikiran aku nih, mcm rajin benor nak masuk dapur, tapi bila dah balik umah kat kg, susah betol nak tgk aku busy kat dapur.. aku masuk dapur pun, tlg2 kacau apa yg patot, potong sayur..pastu tgk dah masak ke betol..dduhh lagi sekali.. hukhuk..tp aku mmg minat masak2 ni.. uish, kalau kat umah sewa dulu, sume benda aku nak try masak..menjadi pulak tu.. siap roomate aku puji lagi..termasukla bf aku. tp skrg da kurang masak sbb kat hostel ni xde dapur..so, bakat aku terpendam begitu sahaja... ok, back tu JMCAU tu, td aku tgk episod 5 jer sbb sampai episod 5 jer yg aku download. xpuas aku tgk dorang masak.. kecik2 cili padi.. kalau mak ayah dorang xreti masak, mmg malu muka la.. tp of cosla mak bapak dorang pandai mask kot, sbb tu anak2 genius didapur tuh.. syok betol tgk..hehe..
oklah, sebenarnya aku xbape sehat ni.. batok da start dah..huhu..ok, bye!

 

Monday, March 28, 2011

Peristiwa Pahit Bercampur Manis!

coretan Atin at 3:44 PM 0 omelan yang prihatin
Assalamualaikum w.b.t

Hari ni aku nak berserita tentang pengalaman semalam sepanjang aku keluar berdatingan dengan en.bf. kitorang pegi ke One Utama. pssttt, sebenarnya kan, aku ada banyak giller kerja yang perlu dilakukan tapi sempat lagi nak berblog. huhuhu.. tak pe, aku ambek masa 15 minit jer..

Ce cite..ce cite..

Sabolah yob.. jangan bako..jangan bako..

Tujuan utama yang paling utama, tiadalah yang utama melainkan yang lebih utama adalah nak menonton citer Hikayat Merong Mahawangsa bukan kisah pak ciknya Merong Mahasuasa..he.he.he..(sesiapa yang dah tgk, metsi tau maksudnya)..

Jadi, nak dijadikan cerita, ura-ura mengatakan citer Merong ni selalulah full house, so aku dengan bangga dan berlagaknya, telah mengecop tempat duduk mayang tu dengan book melalui GSC online... dengan membuat pembayaran sekali ok! Tetapi, aku takdelah nak print bukti transaksi melalui maybank2u tu. dan malang pun telah berbau, sesampai sahaja di sana, dalam usaha aku ngan en.bf menebus tiket di kaunter penebusan, malangnya rekod di GSC mengatakan pembayaran belum dibuat. Apa lagi, menggeledaklah seluruh organ-organ dalaman aku nih. Masakan dia cakap aku tak bayar harga tiket yang hanya RM22 cuma. Jatuh maruahku dan bagaikan dipijak2 garuda.. (kenapakah garuda? tengoklah Merong..hehehe)

Pung Pang Pung Pang..... Alih2, terpaksalah beli tiket Merong yang lain. nasib kali ni baik sebab seat yang ditengah kosong. betol2 sebelah tempat yang aku book. dan apa yang lebih menyayat hati, temapt yang aku book itu tidak berpenghuni. Sayu dan pilu kurasakan sambil menangis teresak-esak didalam panggung.. hiba tak?..Tapi apakan daya, nasi sudah menjadi nasi air.. sedap dimakan..hukhuk
Ok, sekarang sekalian lupakan kejadian diatas..

Selepas Merong sudah berjaya ditonton, aku ratekan filem ni 6 bintang..masyuk2!!! Puas hati la jugak.. dah setanding dengan filem obersea tapi belum boleh menandingi lah.. boleh berbangga dengan hasil titik peluh anak watan..Hidup KRU!!! (Patriotik sungguh)

Sesudah itu, perut pula sibuk berlagu minta diisi, makanyan Fast Food KFC jadi pilihan kali ni. Ramai betol kalo ujung minggu ni. so, terpaksalah en.bf beratur panjang untuk mendapatkan hidangan yang sampai menjilat jari ni.

Nak dijadikan cerita lagi lah kan, di akhir sesi makan ni, aku telah melakukan satu perbuatan yang mengundang padah iaitu mencurahkan hampir separuh air strawberi ke atas baju serta beg kesayanganku. Waaaaaaaa!!!! Tolong jangan bayangkan... Lencun jugaklah baju aku dek kerana tumpahan air yang berlaku hanya sekelip mata je. rasa macam nak menjerit je, tapi kutahan disebabkan maruah aku sebagai perempuan melayu terakhir tak patot tercalar.. aku rasa macam dah ramai giller org tengok aku time tu. mmg tak berani nak angkat muka.. malu beb..ni dah kali ke-2 tumpahan berlaku di kfc. memang badi betol aku kat KFC ni.hukhuk..
Ok, tolong lupakan lagi kejadian diatas..

Pung pang pung pang...Berjaya juga aku mengharungi deyik cemas sebentar tadi atas pertolongan en.bf tersayang.. tapi kan, yang magiknya, baju yang aku pakai langsung tak menampakkan sebarang kesan kekotoran, yang hanya mampu dilihat hanyalah setitik dua kesan air pada cardigan kelabu yang aku sarung di bahagian luar. Syukur Alhamdulillah..

Ok, part yang ni best yang nak citer ni yang membuatkan aku terpana kesukaan dan ketaksuban. Time aku dan en.bf duduk berbual ditempat yang seakan pentas kecik, kelibat 2 orang selebriti yang memang popular di Malaysia ni berjaya menarik perhatian aku. jeng..jeng,,jeng,,jeng...

Yang isteri cantik sangat. muka die glow in the dark gitu.. mulus dengan ditambah seri ibu mengandung manakala suami sibuk duk melayan anak yg nakal jugak aku tengok.. nasib bibiknya ada..dan rambut yang terpacak tu mmg trademark la.. sape lagi kalo bukan Rita Rudaini dan Aidil pemain bola sepak tu.. Best pulak bila dapat terserempak dgn org yang dikenali ramai... Rasa cam happy pulak aku..hahaha.. 

source: artiskami

Itu ajer yang diceritakan.. semoga jumpa lagi dilain waktu..Bye!

entry paling panjang penah aku karang..pecah rekod
 

Wednesday, March 9, 2011

They really look alike!!!!

coretan Atin at 3:22 PM 0 omelan yang prihatin
Assalamualaikum w.b.t

Last entry aku ade citer pasal citer The Uninvited kan? mcm mna? kamu da tengok ke? ish, knape belom tengok lagi.. cepat pegi tengok, babap kang.. haip2..
Tengok, nak paksa org tengok citer pulak kan. entah hape-hape jerk kan..
eh, kamu.. tak kesahla sesiapa yang sedang membaca ni.. must be sumone out there...
semalam, aku melepak bersama Miss F menonton citer Julia & Julie. dan Miss F telah membongkarkan 1 rahsia yang hampir kekejutan letrik aku dibuatnya. hukhuk..
Before aku menaip dgn lebih banyak lagi, meh ungkap kejap entry aku yg lepas yang mengenai Amy Adams. aku ada bagitau kan yang aku suka tengok Amy Adams berlakon kan. tapiiiiiiiiiiiiiiiii....... kamu tau tak, yang citer Confession of shoppaholic tu bukan Amy Adams yang berlakon..uhuk.. terbatok kau..
maluu nya rasa sebab da post benda yg salah..hahhaha.. tapi kan muka dorang sama giller...
tu yg membuatkan aku misunderstood tengok gambar dorang ni.. haip2.. kalo tak percaya, baik kamu tengok sendiri.. ooohhhoooiiiii!

Wednesday, March 2, 2011

The Uninvited y`alls!

coretan Atin at 4:19 PM 0 omelan yang prihatin
Assalamualaikum w.b.t

2 malam lepas, aku bersama rakan-rakan melakukan aktiviti bersama yang selalu kami lakukan iaitu menonton movie thriller, horror dan seangkatan dengannya. memang bila tengok citer thriller ni, kenala tengok bersama-sama kan. sebab bila tengok sorang2, memang akan ketakutan yang teramat kan even movie tu takdelah takot sangat. dan bila tengok beramai-ramai ni, pelbagai pandangan serta kesimpulan cerita akan diungkaikan. kami akan stay up sampai 3-4 pagi untuk maraton criter yang pelbagai jenis. tetapi yang paling banyak mesti citer psycho or sakit jiwa. citer yang paling terbaru yang kami semua berpuas hati ialah.......
  THE UNINVITED.
*******

Criter yang mengisahkan seorang remaja yang kehilangan ibu serta kakak nya dalam letupan rumah nya. dan dia merupakan saksi untuk peristiwa tersebut. bayangkan melihat orang tersayang mati dalam letupan didepan mata. Peristiwa tersebut menyebabkan dia menjadi trauma dan mengalami keretakan jiwa atau lebih dikenali dengan sakit jiwa dan dimasukkan ke Hospital sakit jiwa. pada malam kejadian, die menjadi saksi pada perbuatan curang ayahnya bersama jururawat keluarga mereka. Jururawat ini diupah untuk menjaga ibunya pada ketika itu sakit dan terlantar di atas katil. akibat terlalu berang dengan perbuatan ayahnya, die ingin membunuh ayah serta jururawat tersebut. akibat kecuaiannya, die mengakibatkan ibu serta kakaknya meninggal.. Pelbagai peristiwa yang berlaku sekembalinya die daripada hospital sakit jiwa. Criter ini menunjukkan jalan criter yang teratur dan pengahiran yang amat puas hati... untuk mengetahui criter selanjutnya, apa kata tonton citer ni nanti ok?

*******
Sehingga ketemu lagi ya!=)..

 

Thursday, February 24, 2011

Japan lagi?

coretan Atin at 10:53 PM 2 omelan yang prihatin
Assalamualaikum w.b.t

Apa habaq kwn2 sekalian? lame betol aku x berteleku kat blog ni. skrg bru wireless ni hebat dan mantop sket. dapatla aku bukak blog ni. Pastu tadi merisik khabar la sekejap kat en.nuffnang. alangkah sedih dan pilunya hatiku ini melihatkan traffic blogku.. mmg rekod buruk tuh. naseb baek en.nuffnang ni x block aku punyer blog. kihkih.. tapi xpolah. perasaan dendam berahi aku terhadap blog ni pun x sekuat dulula.. sumimasen en.blog! entah pehal la aku ni senjak 2 menjak ni, suka sgt ngan bhs jepun ni. senang pulak aku duk ingat bhs jepun ni. kalo korea susah sikit even aku suka korea.. x teguh iman betol aku.. seronok aku.. ha, nnti nak blajar ngan sifu aya idaya lah. kawan aku ni mmg da sifu bab2 bhs jepun ni.. sume benda pasal jepun die tau.. kena menuntut ilmu ngan die nnti.. hehe.. 

Ni citer Mei Chan no Shitsuji. Best! kelakar gile beb.. geram aku ngan cite jepun ni. suka menggeletek nak bg aku gelak.. sbb tula aku suka. 

Cite ni pulak tajuk die Attention Please! mengisahkan seorang penyanyi rock yg nak jadi Cabin Attendant sebab secret admire die cakap nak tgk die pakai uniform ni. korang leh bayangkan tak perempuan yg mcm lelaki gaya die tp kena ikot lemah lembut pramugari tuh.. mmg comey giller. citer ni pun kelakar sangat! jgn lupa tonton ek..

yang ni pulak tajuk die Ryuusei no kizuna. mengisahkan 3 org adik beradik yg kehilangan maka bapak die sebab kena bunuh. citer ni pun leh tahan jugak. xbrape kelakar sgt p best la.. hehe.. tonton jugak yea!

eh, tetiba ter review pulak citer jepun yg aku tgk. hehe.. jangan lupa tengok taw.. x menyesal la kalo korang tgk citer kat ats ni. dulu2 pun aku tgk jugak citer jepun ni. mcm Yukan club, Gokusen.. yg laen xingat dah.. okla, bubye!=)
 

Sama tak?

coretan Atin at 2:38 PM 2 omelan yang prihatin
Assalamualaikum w.b.t

korang layan tak citer jepun? sbb la ni aku nak citer pasal heroin citer jepun wei. Ueto Aya dr citer Attention Please! mmg lawak giller die ni. nyampah aku sbb asyik wat aku gelak jerk.. boleh lak nyampah kan. plus kan die sgt2 kawaaiiiii ne.. tapi asyik aku duk tgk dak Ueto aya ni semakin aku teringat kat heroin citer My Heart. tau x citer tu? jgn duk ckp xtau ek.. yg ko duk feeling2 nyanyi lagu my heart tu ape kan.. kihkih.. sape lagi, Acha Septriasa..sama sebijik.. bg aku lar.. 


Tengok cara dorang nganga, sama tak?


yang ni pulak? leh bezakan tak? same kan?

 Yang ni xnampak sgt kn? tp still same..hehe..

Nilah UETO AYA vs ACHA SEPTRIASA.. kihkih..




 

Monday, January 17, 2011

Amy Adams!

coretan Atin at 2:14 PM 0 omelan yang prihatin
Assalamualaikum w.b.t


She is cute, adorable, gorgeous, sweet and pretty! who is she? Amy Adams.
kenal tak Amy Adams? aku suka tgk die berlakon. apa? tak kenal ek.. tu, kat atas tuh ada gambar die. apa? xberapa familiar ek. then, watch this!ok, jom2 tgk beberapa filem yang membuatkan korang akan kenal.

Confessions of a shopaholic!

Enchanted!

Night at the museum!
ha, so skrg da kenal kan? mesti ramai jugak yang suka dia nih. hihi.. karakter yang die berlakon dalam ketiga-tiga filem kat atas nih mcm giller2 kan.. hihi.. tambah2 filem confessions of a shopaholic. mcm bdk2. haha.. aku ni ada persamaan dgn die taw. ce teka.. hikhik.. tgk nama die tuh sama kan nama bapak aku. Adam. ngehngeh.. ntah papela, just nak gtaw jer. aku suka Amy Adams!

 

Thursday, January 13, 2011

Facebook bakal digantikan dRBook?

coretan Atin at 11:30 PM 0 omelan yang prihatin
Assalamualaikum w.b.t

(klik untuk tumbesaran yg hebat)

Malam ni lepak lama sikit di ruangan www.izyan.com. baca pasal gosip2 artis. (bawak-bawakla study cik atin ooiii)...banyak betol gosip, mcm2 hal pulak kan. banyak jgk duk tgk pasal Dato` Ct. macam2la.. tp aku berminat dgn satu entry tu tentang dRBook yang akan menggantikan facebook yang desas-desus mengatakan bakal ditutup pd 15 Mac nti. betol ke idak, xdapatla pulak disahkan lagi. tunggu dan lihat sajelah. Makanya, Dr Romzey yang melihat ini adalah peluang die utk berjaya seperti pengasas facebook. ha, ni pun kita tunggu dan lihat. mana tau, untung drBook ni dpt cover yang 40 juta tu kan dr..hikhik...

 

Monday, January 10, 2011

Anugerah Juara Lagu ke-25!

coretan Atin at 10:08 PM 0 omelan yang prihatin
Assalamualaikum w.b.t
Gamba diambil dari ohartis

AJL 25 malam tadi tu ko rase best tak? hurm, aku rasa persaingan nye mmg sengit. hampir sumenye mempunyai vokal yang sangat superb.. bestla telinga aku dengar. time Faizal Tahir punye persembahan mmg nak tergelak rasanya. sebab tetiba die jatuh dalam air. i thought tu just macam video yg mmg dorang da wat before tu. but it was real!! haha.. tetibe die naek balik atas pentas nak sambung nyanyi.. Oh my Gucci!! abes basah baju... pastu sian pulak tgk FT duk sibuk2 nak kuarkan air yg masuk dalam telinga die...but berbaloi la kan dapat Persembahan Terbaek!! Bravo bro...

and then part time Shahir nyanyi, aku giller sukaa la wei! uh, sore die mantap. suare macho tuh.. suka sgt dgr die nyanyi. i wonder, why shahir ni xmenang? hukhuk.. maybe juri xsuka kot kan.. nak wat lagu mana. kuasa di tangan juri. pastu ending tuh, shahir kena tampar ngan perempuan tuh. real! terkezut aku tengok..hikhik.. Shahir xmenang pape pun.. Stacy, Yuna, Tomok, Black, API pon sume best2.. Bravola kat sume even xmenang kan... 

Entahla, kalo tengok ngan keputusan tuh, aku mmg sgt xbersetuju. im not a fan of Ana Rafalli. tapi nak wat macam mana kan. da rezeki die kat situ. lagipun juri mesti ada point yang kuat bagi Ana Rafalli jadi juara kali ni. but im totaly disagree. im sorry Ana tp aku rasa ada yang lain deserve to win. Tolong ingatkan aku apa yang juri tu pilih sbenarnya? adakah hanya pada lagu? bukan pada persembahan and vokal? kalau nak dikatakan pada lagu tu ada mutu dia tersendiri.. xtau la kan.. tp papepun Tahniah la pada Ana Rafalli, Meet uncle hussein ditempat ke-2, Hafiz ditmpat ke-3 dan Vokal terbaik serta Faizal Tahir utk Persembahan Terbaek.

Pengacara kali ni sama jer mcm tahun lepas. Faizal Ismail, Cheryl Samad dan Ally Iskandar. Entah kenapa, Ally ngan Faizal macam asyik nak gaduh jer. asyik nak berlawan jer. sama jgk cam tahun lepas. apsal ek? aku tgk macam xbest ar. kalo nak gimik pun, tak suka.Cheryl plak cam ayik nak sebelahkan ally. hurm,wateverla!!

Actually, banyak yang aku miss malam tadi sbb akak ipar aku tengok citer The Vampire`s Assisstant kat Starmovie. aku sempat tgk persembahan pembukaan, pastu 4 calon pertama, 3 calon terakhir dgn persembahan penutup serta pengumuman pemenang. tapi aku xkesah sebab aku dapat tengok Dato` Ct wat persembahan.. best! aku suke!!. Dato` Ct da kurus sikit.. hikhik.. =).. oklah, selamat malam...


 
Related Posts with Thumbnails
 

ღcoretan kisah hidupkuღ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal