Followers

♥Tetamu diundang♥

My Lovely Blog~!!

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 29, 2010

Jerawat!!

coretan Atin at 11:49 AM
Assalamualaikum w.b.t

Nak tanya sikit la ni. sape yang kat sini senasib denganku? iaitu sedang berperang dgn musuh no 1 wanita..sape lagi kan..Jerawatt la!!!sila angkat kening ala-ala Ziana Zain ek. erm, aku dulu mmg suffer ngan jerawat nih. tension toksah cakapla. mcm2 aku pakai xmo jugak dia blah dr hidup aku. tp skrg, Alhamdulillah jerawat hampir beransur hilang. sikit2 still ade lagila. tupun yang halus tu. so, kepada kawan2 yang tengah tension dgn jerawat, meh aku bagi review beberapa produk yg aku gunakan supaya dpt membantu mencari produk yg sesuai utk kulit yang berjerawat. but maybe produk ni xberkesan utk certain people kan. but u have to remember. be patient people!! Jangan berharap dia boleh pulih dalam masa sehari atau seminggu..sebab produk yang elok biasanya take times. kalau produk2 yang boleh hilangkan jerawat dalam masa sehari or seminggu tuh, aku takot ada side effects yg lagi terok or ada kandungan yang memudaratkan. Beware of dog that product. toksah main belasah jer. asal tgk org cantik pakai tuh, kome pon nak ikot pakai jugak..a`a..no no ok! ok lets  start with the first product! Brand dari Himalaya. produk ni xbanyak chemical dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

 1) Neem Face Wash - sesuai utk sume jenis kulit. Soap free. so, pencuci ni tak banyak buih. buih sikit jer and kadang rasa berminyak. tapi kulit rasa bersih. Yang berminyak tu bukan kulit tp pencuci ni seakan-akan berminyak. Kalo yang soap tu, xelok sangat sebab boleh mengeringkan kulit.

 2) Deep Cleansing Lotion - yang ni berfungsi sebagai toner. toner yang boleh meresap ke dalam kulit dan membersih kotoran di dalam kulit or pengeluaran sebum/minyak dr kulit. ini untuk kulit berminyak dan berjerawat. after cuci muka, sapukan lotion ni..


 3) Neem Face Pack - yang ni sebenarnya adalah mask muka. dia berasal dari herba Neem dari India. so, bila pakai, bau herba yang sangat kuat dan tekstur die macam daun yang ditumbuk halus. sapu kat muka 2x seminggu sampai kering pastu bilas. utk kulit yang berjerawat. kalau pakai selalu, boleh kurangkan jerawat dan parut jerawat. dan dia akan bagi effect glowing lepas pakai ni.


4) Acne-and-Pimple Cream - yang ni memang aku gunakan before nak tido. sapula dibahagian yang berjerawat. nampak kecik aje packaging dia tp boleh tahan lama. jangan la pakai banyak sangat...aku akan letak setiap malam sampai jerawat hilang. cream ni xdela effective sangat. letak semalam, esok da hilang..no no no! tapi cream ni kalau pakai selalu, memang nampak beransur jerawat tu. jangan risau!

Ok itu aje la review pasal produk2 utk hilangkan jerawat. ada bebrapa kawan yang bertanya pasal aku la kan, apa nak pakai bila jerawat banyak sangat kat muka. ni utk yang nak hilangkan jerawat jer tau.. aku just sharing kot2 ada yang tengah tension and fade up dgn hidup sebab jerawat. bila da ade jerawat, mmg low sangat self-confident. aku pernah mengalaminya. malu sgt nak bercakap ngan org sebab takot org tgk jerawat yang bersepah kat muka. skrg Alhamdulillah da elok. so, harap sedikit sebnyak dapat membantu korang yea. but must remember.. BE PATIENT! the most important thing! dan ini pengalaman aku. Jangan mengharapkan jerawat akan pulih dalam masa seminggu. it takes few months ok! continue using it and finally u will get the result. jangan putus asa. dan carila produk yang menggunakan less bahan kimia. kalau banyak sangat, effect kesihatan dan takot bg side effects yang lebih teruk.tu jerla..ok?hehehe..

Bukan semua dilahirkan sempurna, tapi kita boleh berusaha untuk jadi sempurna!
 

6 omelan yang prihatin on "Jerawat!!"

Teacher Hafizah on December 29, 2010 at 1:12 PM said... [Reply]

thanks for sharing :)

Atin on December 29, 2010 at 3:18 PM said... [Reply]

welcome dear =)

nisa said... [Reply]

mmg elok ke product ni..especially utk klit bjerawat..sy tgk cm rmi je sbut psal neem face wash.. sbb sy da try mcm2 produk..tp xok..

Atin on April 30, 2013 at 4:27 PM said... [Reply]

nisa,

ngan kulit saya ok produk ni.. sbb kulit sy mmg senang naik jerawat.. pakai ni je jerawat xnaik.. tp skrg dah pregnant xleh wat apelah sbb perubahan hormon.. kalo awk nk try kan, die ade neem face wash, toner sekali utk kulit jerawat..

Anonymous said... [Reply]

Muka saya jadi gatal dan merah selepas pakai masker tu.xtahu knpe,da 3 kali :(

Atin on October 25, 2014 at 7:28 AM said... [Reply]

Anonymous,

Sy rase face mask tu x sesuai dengan kulit awak tu.. sbb tu yg jadi merah2 tu..

Related Posts with Thumbnails
 

ღcoretan kisah hidupkuღ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal