Tarikh: 16 Disember 2010
Masa: 10.30 pagi
Tempat: Traffic light depan hotel concorde
Shah Alam, 16 dis. berlaku satu perlanggaran diantara sebuah myvi merah kepunyaan blogger dan juga sebuah wira aerobec (xtau eja) kira-kira pukul 10.30 pagi waktu malaysia. Kemalangan yang mengakibatkan kemik dibahagian depan myvi berpunca daripada kesilapan pemandu wira yang gagal mematuhi papan tanda jalan. Pemandu myvi pula yang sedang leka memikirkan saman yang sebelum itu telah diperolehi tidak sempat untuk mem-brek keretanya lalu merempuh bahagian belakang wira terbabit. pemandu myvi yang ketika itu memberhentikan keretanya ditengah-tengah jalan cuba ditenangkan oleh seorang pemandu teksi yang berada diseberang jalan. walaubagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Kedua-dua pemandu itu bekerjasama dlm melaporkan kes itu ke IPD Shah Alam dan kes telah diselesaikan. Sikap pemandu wira yang mengaku kesilapannya dan tidak blah gitu jer wajar diberi pujian.
| Bahagian myvi yg suda hilang ke-cute-an nya.. |
| Power tu langgar kan.. |
Laporan ringkas dari balai berita uitm Sg Buloh