Followers

♥Tetamu diundang♥

My Lovely Blog~!!

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts

Tuesday, October 18, 2011

Free samples for me~

coretan Atin at 7:24 PM 5 omelan yang prihatin
Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar? lame giller aku tak mencoret diblog ni. memang sekarang mood nak menaip baru menjelma. fuh, mmg berjanggut la aku tnggu mood ni ade. so, kembalilah aku utk bercerita perihal keduniaan aku yang mmg pastilah korang tak tau kan. 

Nak dijadikan cerita, beberapa minggu lepas aku telah meninjau-ninjau la ke sekitar blog2 yang hebat mempromosikan tentang barangan free dari beberapa syarikat yg ada menawarkan free samples. free samples utk brg2 baru yang dorang ingin promosikan. Jadi, aku pun telah mencuba nasib utk mengisi borang online untuk mendapatkan sampel percuma.

Dalam masa 2-3 minggu, aku telah mendapat hampir 7 barang percuma dari kotex, mentholatum, stabilo swan, Nutriline, esmeria organics dan juga clinelle. sumenye comel2 pakejnye kecuali stabilo. ak dpt 2 btg pen yg baru. mmg best guna pen keluaran tabilo yg baru ni.

nilah barang-barang yang aku dapat tuh. komennye:

1) Performer ballpoint stabilo - yang mata 0.7mm, mmg best sbb tulisan boleh jadi halus dan kecik dan yg 0.5mm tu best jgk. dakwat pekat tapi takdelah sampai melimpah-limpah. ni dakwat die elok-elok je. lancar jgk bila kite nak tulis. dah jadi pen kegemaran ak dah sekarang.hehe

2) Lip ice strawberry - yang ni memang sume org dah tau kan. tpi yg aku dapat ni die ade efek cooling sensation. bila pakai, bibir jadi sejuk dan bertukar ke pink-an. best. rasa nak makan je sbb shomel sangat. geram~

3) Kotex Deluxe - yg ni ak xpakai lagi. xleh nak komen. 

4) Kotex pantiliner - yg ni pn aku xpakai lagi tp pantyliner ni lebih tebal dr yg selalu tuh. 

5) Esmeris organics - yg ni pon aku belum try lagi. sbb die bagi dalam pakej yg sikit. sayang je rasa nak pakai.hehe..

6) Clinelle moisturizer - yang ni utk semua jenis kulit tapi ideal utk kulit yang kering. dapat melembapkan kulit. ak baru pakai sekali. tak dapat nak rasa lagi efek die sbb die bagi pon dalan pakej yg kecik. hehe..

7) Nutriline - ini serbuk utk kecantikan dan kesihatan dalaman bagi wanita. ak belom try lagi. ade cop halal. die khas utk wanita la yg nak up up ape yg patot..hehe..

erm, tetibe ter review pasal sampel yg aku dapat pulak. huhu.. saje aje nak berkongsi. 

if korang nak try, leh klik sini [klik] utk dapatkan sample. selamat mencuba!! Daaaa~
 

Tuesday, May 31, 2011

Memori Terindah!

coretan Atin at 4:47 PM 0 omelan yang prihatin
Assalamualaikum w.b.t

Dari kiri: Dak wan, Shira, Atin(empunya blog), Awa, Daya, Wawa, Along, Wani Bajni dan Ejat



Ni lah sebahagian daripada geng-geng mikrob yang dulu selalu kuar berfoya-foya beramai-ramai. how i miss that moment. enjoy sangat bila kuar ramai-ramai. malam-malam sanggup kami berempit bersama nak pegi makan malam kat luar pastu mesti berkaraoke atau maen bowling. hehe.. lama dah ditinggalkan zaman itu. zaman degree dulu. kawan2 ramai tapi skrg dah xde kuliah dan kawan yang seramai satu kuliah pun turut xde. sebab tula, dah xrasa seronok macam dulu.. umur pun dah makin meningkat.... berusaha untuk menjadi matang seiring dengan usia.... Hope kawan-kawan sume akan berjaya di dunia dan juga diakhirat.. dan juga impian serta cita-cita akan turut tercapai..
Salam.

 

Wednesday, May 11, 2011

Luahan hati seorang budak!

coretan Atin at 4:37 PM 0 omelan yang prihatin
Assalamualaikum w.b.t

Sejak kebelakangan ini, mood untuk menyiapkan projek master betol2 tak ada. mmg betol2 lost.sejak pulang bercuti lebih seminggu kat kg, gejala malas amat sukar untuk ditangani. tapi walau macam mana pon, aku mmg kena jadi org yang rajin tahap tertinggi. sebab kan aku nak siapkan projek aku ni tepat pada waktunya. uhuk.. doakan aku wahai kawan. sekarang ni projek dah jalan selangkah demi selangkah. belom boleh berlari pecut lagi. aku ada lagi 7 bulan utk aku struggle siapkan projek ni. haish, kalo kita nak waktu tu berjalan lambat, mesti die jadi cepat dan begitulah kalo sebaliknya. uhuk.. aku kena aktifkan diriku.. nak kena abeskan study baru boleh kawen beb.ngahaha..itu jer yg dipikirkan..biasalah umor dah meningkat ni, kena pikir kawen lah..nnti org lain anak dah sepuluh, aku baru terhegeh2 nak timang anak..waaaaa!!! tulun2..okla, gwe cow dulu..daaaa.^-^..

 

Friday, April 8, 2011

Adab Berbicara..

coretan Atin at 5:00 PM 0 omelan yang prihatin
Assalamualikum w.b.t

Seorang mukmin bukanlah pengumpat dan yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor.(HR.Bukhari)

Dilarang saling mencaci, siapa yang lebih dulu memulai, adalah lebih besar dosanya.(HR.Muslim)...
 
Jangan mengatakan tentang seseorang,"dia tidak akan diampuni oleh Allah...",walaupun ia pendosa besar, karena Allah sajalah yg berhak mengampuni atau tidak.(HR.Muslim)
So, kepada kawan-kawan atau kepada sesiapa yang pernah aku terkutuk, termengumpat, termengata, harap diampunkan segala kesalahanku. dan begitu juga aku, aku maafkan segala apa kutukan, umpatan mahupun hinaan yang ditujukan khusus untukku. huhu.. umpatan ni mmg tak asing dan kadang memang tak boleh nak berenggang dgn manusia. manusia yang sememangnya mudah lupa dan alpa. hukhuk.. korang mcm mana? apa pendapata korang tentang pasal ni? 
Begitu juga dengan perkataan yang kotor, kasar dan kesat. 
Contohnya: 
Insan 1: wei, gila sial kau! 
Insan 2: entah kau, siot ah. bongok sial!
so, apa yang korang pikir bila perkataan diatas ditujukan kepada korang? diperbetulkan, ditujukan khusus untuk anda. Maybe korang mmg da terbiasa menggunakan perkataan mcm ni dalam family, so maybe korang tak kesah kan? tapi bagi aku, family aku mmg tak boleh keluarkan perkataan mcm ni. even bodoh pon tak boleh disebut2. boleh kena cubit mulut. so, bila aku dgr perkataan semacam itu, aku marah dan aku bengang! apatah lagi bila ada orang yang menggunakan panggilan bongok utk aku, aku mmg marah. Nak kata aku ni sensitif, biaq pi la. yg penting, aku tak gunakan perkataan tu, dan sebolehnya aku tak nak guna perkataan yang semacam tu.. hukhuk... kecuali perkataan gila.. aku selalu jugak pakai perkataan tu.. haha.. ok, tu je. yang lain, InsyaAllah aku usaha tak akan digunakan. kalau terguna tu, mmg aku alpa dan nyanyuk! dan cakap tak serupa bikin pulak. ngahaha... tapi mencegah lebih baih dr mengubati.. bila dah selalu sgt duk guna perkataan kesat mcm tu, dah susah nak buang atau nak mengubahnya... Wallahu`alam..
 cakap mcm tunggang terbalik jer aku ni.. tp maksud nya sampai kan?

Thursday, March 31, 2011

Steambot!

coretan Atin at 11:52 AM 2 omelan yang prihatin
Assalamualaikum w.b.t
Lupa nak snap gmbar sbb dah pelahap sgt..last2, bila da tgl kuah baru teringat nak snap..kihkih

Semalam 3 anak dara hot telah melakukan satu pesta liar yang boleh diterima akal. Pesta steambot yang sgt membuncitkan perot. wuhuu.. Pas jer kol 5 ptg, 3 anak dara terbabit terus bergerak ke giant utk membeli brg2 utk steambot. sesampai je kat sana, terus mencedok brg2 steambot, sperti crabmeat, fish cake, sosej, crab ball yang ade sepit tu(nm yg aku bg sndiri), kangkung, cendawan, dan mcm2 lg la.. xtau da ape nm dorang.. lupa nak berkenalan.. pastu utk menyedapkan lagi juadah steambot itu, perencah tom yam dijadikan sebagai kuah... dan sbagai sos nye, sos blackpaper sarawak, nandos sos dan sos cili.. 
 
Fuuhhh...mmg mengancam la. perot aku dah mcm bebola yang hampir pecah tp still jgk nak makan sampai ke titisan terakhir. Syok mkn mcm ni wa ckp lu.. kihkih.. pastu sambil makan, sambil tgk movie, tp yg menjadi masalah nye, movie tu yg tengok 3 anak dara tadi. sampai separuh citer, kesimpulannya, movie tu xbest. then tukar citer lain.. bila dah tukar citer lain, sama jgk maslah die.. citer tu yg tgk kami. last2, kami biar jer la citer tu layan sorang2.. boleh pulak citer tu yg layan sorg2 die kan.. kami pulak duk layan steambot yang panas2 tuh.. kihkih..

Suka la makan mcm ni..hehehe..ok, bye!

 

Tuesday, March 29, 2011

Mood di mana?

coretan Atin at 1:43 PM 0 omelan yang prihatin
Assalamualaikum w.b.t

Pening jer rasa kepala ni..aduhai. selalu dah susah nak tido awal skrg ni. Biological clock dah terbalik dah.huhu..dulu tido palg lewat pkul 12 malam. skrg ni 3 pagi dah paling lewat..argghhh! sakit kepala aku kalo tiap2 hari mcm ni.. 

Mood nak berblogging kebelakangan ni dah merudum lah. sejak broadband dah hilang dihanyut ombak, mcm tu jgkla mood nak berblogging. even skrg ni dah dpt wireless dan wireless dah agak laju, nak blogging mcm dulu dah xdapatla. hukhuk..tibe-tibe dalam xde mood, sempat lagi aku duk taip kat blog ni..haha..
Oklah bye!


sakit betol kepala ni xtau nak ckp..uhuk
 

Monday, March 28, 2011

Peristiwa Pahit Bercampur Manis!

coretan Atin at 3:44 PM 0 omelan yang prihatin
Assalamualaikum w.b.t

Hari ni aku nak berserita tentang pengalaman semalam sepanjang aku keluar berdatingan dengan en.bf. kitorang pegi ke One Utama. pssttt, sebenarnya kan, aku ada banyak giller kerja yang perlu dilakukan tapi sempat lagi nak berblog. huhuhu.. tak pe, aku ambek masa 15 minit jer..

Ce cite..ce cite..

Sabolah yob.. jangan bako..jangan bako..

Tujuan utama yang paling utama, tiadalah yang utama melainkan yang lebih utama adalah nak menonton citer Hikayat Merong Mahawangsa bukan kisah pak ciknya Merong Mahasuasa..he.he.he..(sesiapa yang dah tgk, metsi tau maksudnya)..

Jadi, nak dijadikan cerita, ura-ura mengatakan citer Merong ni selalulah full house, so aku dengan bangga dan berlagaknya, telah mengecop tempat duduk mayang tu dengan book melalui GSC online... dengan membuat pembayaran sekali ok! Tetapi, aku takdelah nak print bukti transaksi melalui maybank2u tu. dan malang pun telah berbau, sesampai sahaja di sana, dalam usaha aku ngan en.bf menebus tiket di kaunter penebusan, malangnya rekod di GSC mengatakan pembayaran belum dibuat. Apa lagi, menggeledaklah seluruh organ-organ dalaman aku nih. Masakan dia cakap aku tak bayar harga tiket yang hanya RM22 cuma. Jatuh maruahku dan bagaikan dipijak2 garuda.. (kenapakah garuda? tengoklah Merong..hehehe)

Pung Pang Pung Pang..... Alih2, terpaksalah beli tiket Merong yang lain. nasib kali ni baik sebab seat yang ditengah kosong. betol2 sebelah tempat yang aku book. dan apa yang lebih menyayat hati, temapt yang aku book itu tidak berpenghuni. Sayu dan pilu kurasakan sambil menangis teresak-esak didalam panggung.. hiba tak?..Tapi apakan daya, nasi sudah menjadi nasi air.. sedap dimakan..hukhuk
Ok, sekarang sekalian lupakan kejadian diatas..

Selepas Merong sudah berjaya ditonton, aku ratekan filem ni 6 bintang..masyuk2!!! Puas hati la jugak.. dah setanding dengan filem obersea tapi belum boleh menandingi lah.. boleh berbangga dengan hasil titik peluh anak watan..Hidup KRU!!! (Patriotik sungguh)

Sesudah itu, perut pula sibuk berlagu minta diisi, makanyan Fast Food KFC jadi pilihan kali ni. Ramai betol kalo ujung minggu ni. so, terpaksalah en.bf beratur panjang untuk mendapatkan hidangan yang sampai menjilat jari ni.

Nak dijadikan cerita lagi lah kan, di akhir sesi makan ni, aku telah melakukan satu perbuatan yang mengundang padah iaitu mencurahkan hampir separuh air strawberi ke atas baju serta beg kesayanganku. Waaaaaaaa!!!! Tolong jangan bayangkan... Lencun jugaklah baju aku dek kerana tumpahan air yang berlaku hanya sekelip mata je. rasa macam nak menjerit je, tapi kutahan disebabkan maruah aku sebagai perempuan melayu terakhir tak patot tercalar.. aku rasa macam dah ramai giller org tengok aku time tu. mmg tak berani nak angkat muka.. malu beb..ni dah kali ke-2 tumpahan berlaku di kfc. memang badi betol aku kat KFC ni.hukhuk..
Ok, tolong lupakan lagi kejadian diatas..

Pung pang pung pang...Berjaya juga aku mengharungi deyik cemas sebentar tadi atas pertolongan en.bf tersayang.. tapi kan, yang magiknya, baju yang aku pakai langsung tak menampakkan sebarang kesan kekotoran, yang hanya mampu dilihat hanyalah setitik dua kesan air pada cardigan kelabu yang aku sarung di bahagian luar. Syukur Alhamdulillah..

Ok, part yang ni best yang nak citer ni yang membuatkan aku terpana kesukaan dan ketaksuban. Time aku dan en.bf duduk berbual ditempat yang seakan pentas kecik, kelibat 2 orang selebriti yang memang popular di Malaysia ni berjaya menarik perhatian aku. jeng..jeng,,jeng,,jeng...

Yang isteri cantik sangat. muka die glow in the dark gitu.. mulus dengan ditambah seri ibu mengandung manakala suami sibuk duk melayan anak yg nakal jugak aku tengok.. nasib bibiknya ada..dan rambut yang terpacak tu mmg trademark la.. sape lagi kalo bukan Rita Rudaini dan Aidil pemain bola sepak tu.. Best pulak bila dapat terserempak dgn org yang dikenali ramai... Rasa cam happy pulak aku..hahaha.. 

source: artiskami

Itu ajer yang diceritakan.. semoga jumpa lagi dilain waktu..Bye!

entry paling panjang penah aku karang..pecah rekod
 

Friday, February 18, 2011

Rindu!

coretan Atin at 3:31 PM 0 omelan yang prihatin
Assalamualaikum w.b.t

Anyeong haseyo! oppa, unni, omma, appa, hyung!, Ottokhe Jineseyo? hah, ambek kau. betol salah terjah ajer. mentang2 baru abes tengok citer korea My Fair Lady punya pasal la ni. sejak kebelakangan ni, aku mmg da xupdate blog yg tersayang ni. sebab-sebabnya adalah:

1) Broadband sudah ditamatkan perkhidmatannya
2) Wireless kat kolej ni mmg xdapat nak connect langsung ok.Fine!

so, sebab itulah, makanya blog ini telah dianak dan ditirikan oleh insan yang bernama fatini adam ni. bayangkan betapa rindu serindu rindunya aku kat blog ni tahu tak? tapi, kerinduan itu berjaya ditamatkan serta merta dengan adanya deretan citer korea, jepun, omputeh. citer2 nilah yang membantu aku utk tidak mengenal perkataan BOSAN! ecewah...okla geng, jumpa lagi yep! nak study jurnal pulak..(bajet rajin la pulak kan..).. =).. senyum sokmo!




 

Monday, January 24, 2011

Saya bersiaran dari cisco!

coretan Atin at 11:18 PM 0 omelan yang prihatin
Assalamualaikum w.b.t

Yaay!! saya sudah dapat menaip2 di ruangan blogger ni lagi. rindu giller.. malam3 pun asyik duk mimpi jer. almaklumlah kan, broadband yang degil tuh telah dibuang oleh saya. jadinya xdptla nak online kan. tp Alhamdulillah, di uitm ni ade wireless kat kolej die yang dinamalan CISCO! bukan cis kau ok. dr tadi lg aku try connect, bru skrg dapat connect. biaselah kan kalo wireless ni. share dgn ramai org. so, kenala bersabar. tp bersabar yg ni xpe sbb bulan2 xpayah bayar. bayar la kot dalam yuran kolej kan. hehehe..=).. tengok aku tengah tersengih lebar ni. tadi giller khusyuk study, pastu dpt connect jer, ilang sume yang aku study tadi. hampeh betol! hahaaha...

 

Tuesday, January 18, 2011

SAIDINA!!

coretan Atin at 5:24 PM 3 omelan yang prihatin
Assalamualaikum w.b.t
sumber : google


 Masa kecik2 dulu aku selalu maen benda alah ni. Saidina. aku suker giller tahap cipan neh. jom imbas kenangan aku masa zaman muda kanak-kanak riang gumbira ok? Saidina neh mak aku tak belikan pon. kawan yg sejiran ngan aku ada permainan ni. kat umah aku ada sahibba dgn apa ntah 1 lg yg macam saidina tp murah sikit ngan dam ular tuh. yg maen ngan buah dadu. so, oleh kerana maen saidina ni lagi syiok, tiap2 ptg mesti duk ngadap kat umah die sbb nak maen saidina ni punya pasal. sampai duet2 saidina die tuh dah kena tape. sbb da rabak sana sini. kan saidina ni boleh beli tempat, wat hotel, wat rumah pastu kalo kena time keputusan tuh jail, terus masuk jail! hahaha.. paham tak apa aku cakap ni? ntahla, aku pun xpaham.


okla sambung balik. pastu bila maen saidina ni mesti ada sorang kena jadi bank kan. kdg yg jadi bank tu, boleh maen tp selalu die tak maen la. mmg tugas die jadi bank. mesti berebut taknak jadi bank. yg malas maen jer kadang suka nak jadi bank. aku ni bukan terror mana pun nak maen saidina neh. maen jalan jer. hehe. tp aku tgk adek aku xde pun nak maen saidina ni. pelik aku. jrg da budak skrg nak maen benda alah ni. skrg ni perasaan nak maen saidina ni membuak2 pulak. sbb hr tuh tenampak saidina ni kat The Store nun masa tgh2 ronda. eiiiii! ikotkan mmg aku nak jer beli tp pikirkan duet, xjadi la beli. rege die RM53.90 kalo xsilap. ntila, ade duet lebey sikit, aku nak belila. nak ajak adek, kakak abg aku maen..nak ajar adek aku ni maen saidina.. Seronok! sbb dulu2 kakak abg aku pun suka maen benda alah ni..hihihi.. Tak sabar rasanya!!

 
Related Posts with Thumbnails
 

ღcoretan kisah hidupkuღ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal