Followers

♥Tetamu diundang♥

My Lovely Blog~!!

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Kaki Tangan Novel. Show all posts
Showing posts with label Kaki Tangan Novel. Show all posts

Friday, December 24, 2010

Masih Setia~!

coretan Atin at 12:05 AM 1 omelan yang prihatin
Assalamualaikum w.b.t

Act, aku ngah mengulangkaji jap tadi.. tetiba nak gtau plak..hehe.. aku ngah mengulangkaji sebuah novel hasil nukilan Aisya Sofea! wee~ at last, da dpt da baca novel dr Aisya Sofea.Tajuk dia Masih Setia. lama da aku tinggalkan hobi membaca novel aku ni. ingat tak, aku penah citer dulu yang aku ni peminat Aisya Sofea nih. Then, my bf yang supercomel ni terbaca entry tuh. u know what happened after he read that entry? dia belikan i this novel ok. supersomething taw! kihkih.. suprise sangat! terharu pon ade jugak. such a wonderful thing that someone did to me.. 

Sekarang xabes lagi baca. baru part tengah2. hero baru jumpa ngan heroin. belom part klimaks lagi. so far, okla. tp mula2 banyak dituliskan bahasa minang. bukan minang Nogori Sombilan. ni minang dari Indonesia. pure punya. tapi don`t be worry. sebab ade translation ke bhs melayu ok. tp aku mesti baca bahasa minang tu jugak. berbelit lidah nak nyebut.. seperti biasa, heroin mestilah yang cantik, yang lelaki2 hensem akan terpikat kan. begitu jugak ngan hero. tinggi, kacak, handsome, macho sume adelah. aku bayangkan yang perempuan tu macam Lisa Surihani and Hero pulak macam Farid Kamil. kenapa? sebab dia cakap, heroin ni paras bahu hero tuh. samela ngan Lisa ngan Farid Kamil..hehe..mandai jer aku kan? okla..aku bayangkan aku ngan my bf la..ooopppsss!!

oklah, nak smbung mengulangkaji pulak..daa~~

 

Tuesday, November 30, 2010

Tangisan Bulan Madu!

coretan Atin at 12:42 AM 0 omelan yang prihatin
Assalamualaikum w.b.t

Ptg tadi waktu rehat pkul 4, aku telah menuju ke kedai untuk mengisi perot yang mmg da xde suara da nak menyanyi! bayangkan dari pagi sampai pukul 4, aku hanya mengisi perot dgn biskut oat yang sedap tu dr munchy! sedap giller weh..utk org yg nak diet, makanla biskut ni..kenyang taw!

Di kedai tersebut, aku mmg sengaja cari port baek punyee utk aku menatap tv dgn bersungguh-sungguh tanpa gangguan dari org sekeliling yang lalu-lalang, bajet kedai tu aku punya ah kan.. tibe-tibe..tgh syok2 aku duk tgk rancangan lumba motor gp, iklan la pulok..nyampah seh.. tp yang memeranjatkan aku nih, iklan ni wei. Iklan pasal rancangan TANGISAN BULAN MADU! ingat tak? ingat tak? kalo kaki novel ni, sure ah terus tekan buzzer nak jawab.. korang pikir tak apa yang aku pikir weh? haaa, tangisan bulan madu ni merupakan novel karya Shamsiah Mohd Nor. novel ni mmg touching giller wa cakap lu.. sbb apa taw, sbb ending die sad..hukhuk..husband die meninggal..Boogat tuh nama dia.. aku baca novel die yg first je..td aku duk google2, ada org bg review yang novel ni da ada 4 siri..Perhhh...mantop seh..

so, apa yang kena mengena dengan iklan tv sebentar tadi tuh? ha, kalo nak taw..novel tadi tu telah didramakan. bersiaran di tv1 isnin-khamis pukul 11.02 pagi taw..ingat tu.. 11.02 minit pagi taw! =). Drama ni menampilkan Ezany sebagai hero dan Rita Rudaini sebagai heroin. seswaila Rita dpt watak gitu. sbb lakonan die kalo jadi org lemah lembut ni mmg menjadi.. aku ni suka tgk Rita berlakon..hikhik..tp xdapek aku nak tgk sbb kt kolej aku mana ada tv..hukhuk..cdey ar cenggini...xpo-xpo, en youtube mesti baek hati kan? kalo ada, dapetla aku nengok citer ni..best ke x?hehe..eh, aphal aku cam semangat je nak tgk drama nih ni? hehe.. sbb aku da baca novel die..so nak taw la drama die sama ke x..hehe...tp cdey2 sampai nangis2 kuar air mata. air idong skali tuh baca novel ni...tp lupa la jln citer die..ingat sikit2 je..mcm mana tuh..hukhuk..so, jgn lupa taw temu janji kite ditv1 k? daaa~~
sejak akhir ni suka sgt aku review pasal novel kan2?!
 

Monday, November 15, 2010

Novel!

coretan Atin at 12:10 AM 7 omelan yang prihatin
 gamba kidnap dari en.google

salam.

2 hari lepas, otw balik dari UiTM shah alam, aku pun singgah sebentar kat giant shah alam. tujuannya nak singgah kejap kat kedai buku MPH. masuk2 je terserempak dengan novel2 yang diletak rak khusus untuk novel melayu. waah! rindunya dengan novel-novel ni. da lama tak sentuh, pegang, baca sambil menitiskan air mata dan berbekalkan sekotak tisu. hairan kan, melalui baca novel yang menyentuh perasaan tanpa ada tontonan drama, aku boleh menitiskan air mata. mmg dasyat betol penulis-penulis novel ni sebab mampu untuk membuai perasaan pembacanya. aku pegang novel dari penulis Aisya Sofea berharga RM19.90 kalau xsilap aku. ahh, aku sudah lupa dengan tajuk novel tu. ha, Buatmu Kekasih. aku mesti dapatkan novel ni. da beberapa novel sudah dikeluarkan oleh Aisya Sofea. aku hanya sempat membaca novel Jendela Hati, Kau Untukku dan Sehangat Asmara karangan Aisya Sofea. ketiga-tiganya menjadi koleksi aku sewaktu ketika dibangku sekolah lagi.

aku memang meupakan salah seorang peminat novel Aisya Sofea. aku suka dengan cara penulisan beliau. ahh, aku rindu sekali untuk membaca kembali novel-novel beliau. aku mesti mendapatkannya jugak. 

begitu juga dengan novel Ombak Rindu hasil nukilan Fauziah Ashaari. novel ni memang mencetuskan fenomena yang luar biasa dikalangan kaki novel. belum berpeluang aku meneliti sambungan cerita Izzah dengan sambungan Ombk Rindu ini iaitu melalui Rindu Cintaku. dan kalau tak silap aku, novel ombak rindu ini telah difilemkan dengan Maya Karin sebagai heroinnya dan Aaron Aziz sebagai heronya. tak sabar nak tengok bagaimana novel ini sebagai filem. adakah kedua-duanya dapat membawakkan watak seperti yang dibayangkan oleh pembaca novel ini. hihi..sama-sama nantikan!

Mission: dapatkan novel terbaru oleh Aisya Sofea!

rindu sangat nak stay up utk baca novel!hihi
 
Related Posts with Thumbnails
 

ღcoretan kisah hidupkuღ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal