Followers

♥Tetamu diundang♥

My Lovely Blog~!!

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 30, 2010

Siap da!

coretan Atin at 2:52 AM 0 omelan yang prihatin
Assalamualaikum w.b.t


Fuhh...akhirnya jadi jugak header aku nih. ntah cantik atau tak. aku pon xtau. setakat ni sajela ke-kreatifan aku dalam profession edit mengedit header nih. yela, xde org yg sgt kreatif buatkan header  tuk aku, so terpaksala aku mengasah bakat aku yg mmg malap sejak dari dulu lg nih. okls ni kan, at least budak darjah 1 tgk pon terpegun kot kan..okla lulus la nih..kihkih..2 jam aku siapkan nih guna Picnic + Microsoft Office Picture = Header terbaru aku! arrggh..mate da berpinor..katil mane katil! tido dulu...Daaa~~!


 

Tangisan Bulan Madu!

coretan Atin at 12:42 AM 0 omelan yang prihatin
Assalamualaikum w.b.t

Ptg tadi waktu rehat pkul 4, aku telah menuju ke kedai untuk mengisi perot yang mmg da xde suara da nak menyanyi! bayangkan dari pagi sampai pukul 4, aku hanya mengisi perot dgn biskut oat yang sedap tu dr munchy! sedap giller weh..utk org yg nak diet, makanla biskut ni..kenyang taw!

Di kedai tersebut, aku mmg sengaja cari port baek punyee utk aku menatap tv dgn bersungguh-sungguh tanpa gangguan dari org sekeliling yang lalu-lalang, bajet kedai tu aku punya ah kan.. tibe-tibe..tgh syok2 aku duk tgk rancangan lumba motor gp, iklan la pulok..nyampah seh.. tp yang memeranjatkan aku nih, iklan ni wei. Iklan pasal rancangan TANGISAN BULAN MADU! ingat tak? ingat tak? kalo kaki novel ni, sure ah terus tekan buzzer nak jawab.. korang pikir tak apa yang aku pikir weh? haaa, tangisan bulan madu ni merupakan novel karya Shamsiah Mohd Nor. novel ni mmg touching giller wa cakap lu.. sbb apa taw, sbb ending die sad..hukhuk..husband die meninggal..Boogat tuh nama dia.. aku baca novel die yg first je..td aku duk google2, ada org bg review yang novel ni da ada 4 siri..Perhhh...mantop seh..

so, apa yang kena mengena dengan iklan tv sebentar tadi tuh? ha, kalo nak taw..novel tadi tu telah didramakan. bersiaran di tv1 isnin-khamis pukul 11.02 pagi taw..ingat tu.. 11.02 minit pagi taw! =). Drama ni menampilkan Ezany sebagai hero dan Rita Rudaini sebagai heroin. seswaila Rita dpt watak gitu. sbb lakonan die kalo jadi org lemah lembut ni mmg menjadi.. aku ni suka tgk Rita berlakon..hikhik..tp xdapek aku nak tgk sbb kt kolej aku mana ada tv..hukhuk..cdey ar cenggini...xpo-xpo, en youtube mesti baek hati kan? kalo ada, dapetla aku nengok citer ni..best ke x?hehe..eh, aphal aku cam semangat je nak tgk drama nih ni? hehe.. sbb aku da baca novel die..so nak taw la drama die sama ke x..hehe...tp cdey2 sampai nangis2 kuar air mata. air idong skali tuh baca novel ni...tp lupa la jln citer die..ingat sikit2 je..mcm mana tuh..hukhuk..so, jgn lupa taw temu janji kite ditv1 k? daaa~~
sejak akhir ni suka sgt aku review pasal novel kan2?!
 

Thursday, November 25, 2010

coretan Atin at 8:00 AM 2 omelan yang prihatin
Visa - Untukmu Selamanya!

Kasihku
Seharum mawar merah
Kujadikan cinta untukmu
Selamanya oh...

Kasihku
Seluas laut biru
Ku jadikan rindu untukmu
Selama-lamanya

Biarpun duri yang bisa
Menjadi penghalang cinta
Aku yang di sini
Hanya untukmu jua
Biar laut bergelora
Menjadi resah sejuta
Aku yang di sini
Pencinta yang setia oh...

Kasihku
Seharum bunga kemboja
Ku jadikan miliknya
Seandainya terpanggil selamanya
 Terpanggil selamanya....

 

Sudah settle!

coretan Atin at 12:58 AM 0 omelan yang prihatin
Salam..
hai ols. lame da aku tak mengetuk papan kekunci laptop nih. al-maklumla raya korban sakan kan. seminggu balik kg kat terengganu. puas hati dapat cuti lama. hikhik. 
beberapa bulan sebelum ni, hatiku gundah gulana memikirkan road tax dan insurans kereta yang perlu diperbaharui. kalau kerete 1.3 maunye dekat 1k kan? so, tadi aku da calling2 dengan Cik Ros dr MYEG dan aku dah bayar da pon. semuanya RM 995 + RM10 = RM1005.. fuh, lega giller bila da bayar road tax & insurans nih. barula lena tidur malamku..wahaha...boleyla myxi merahku meluncur laju lagi dijalan raya..hikhik =).so, sekarang just tunggu road tax dihantar la. act, lambat lagi road tax sekarang ni tamat, tp xpela.. play safe kan..kang, tetibe duit yang aku simpan utk bayar road tax tu da tinggal separuh gara-gara sifat suka membeli dan membelah aku nih. so, utk selamat, better settle cpt2..kan2?

suka sgt lagu visa-untukmu selamanya!
 

Monday, November 15, 2010

Novel!

coretan Atin at 12:10 AM 7 omelan yang prihatin
 gamba kidnap dari en.google

salam.

2 hari lepas, otw balik dari UiTM shah alam, aku pun singgah sebentar kat giant shah alam. tujuannya nak singgah kejap kat kedai buku MPH. masuk2 je terserempak dengan novel2 yang diletak rak khusus untuk novel melayu. waah! rindunya dengan novel-novel ni. da lama tak sentuh, pegang, baca sambil menitiskan air mata dan berbekalkan sekotak tisu. hairan kan, melalui baca novel yang menyentuh perasaan tanpa ada tontonan drama, aku boleh menitiskan air mata. mmg dasyat betol penulis-penulis novel ni sebab mampu untuk membuai perasaan pembacanya. aku pegang novel dari penulis Aisya Sofea berharga RM19.90 kalau xsilap aku. ahh, aku sudah lupa dengan tajuk novel tu. ha, Buatmu Kekasih. aku mesti dapatkan novel ni. da beberapa novel sudah dikeluarkan oleh Aisya Sofea. aku hanya sempat membaca novel Jendela Hati, Kau Untukku dan Sehangat Asmara karangan Aisya Sofea. ketiga-tiganya menjadi koleksi aku sewaktu ketika dibangku sekolah lagi.

aku memang meupakan salah seorang peminat novel Aisya Sofea. aku suka dengan cara penulisan beliau. ahh, aku rindu sekali untuk membaca kembali novel-novel beliau. aku mesti mendapatkannya jugak. 

begitu juga dengan novel Ombak Rindu hasil nukilan Fauziah Ashaari. novel ni memang mencetuskan fenomena yang luar biasa dikalangan kaki novel. belum berpeluang aku meneliti sambungan cerita Izzah dengan sambungan Ombk Rindu ini iaitu melalui Rindu Cintaku. dan kalau tak silap aku, novel ombak rindu ini telah difilemkan dengan Maya Karin sebagai heroinnya dan Aaron Aziz sebagai heronya. tak sabar nak tengok bagaimana novel ini sebagai filem. adakah kedua-duanya dapat membawakkan watak seperti yang dibayangkan oleh pembaca novel ini. hihi..sama-sama nantikan!

Mission: dapatkan novel terbaru oleh Aisya Sofea!

rindu sangat nak stay up utk baca novel!hihi
 

Saturday, November 13, 2010

oh! saya sangat puas hati!

coretan Atin at 10:19 PM 2 omelan yang prihatin
 salam sabtu!

cube teka ari ni aku pegi mana? cepat2 teka meh. utk pengethuan, aku telah pergi berjumpa dengan Tun Abdul Razak tadi? ha?tak pecaya? pecaya aku boleh? penat taw aku berasak-asak tadi kat jalan Tun Abdul Razak nak jumpa Tun Abdul Razak taw. Mwahhaha.. 

penat giler weh kaki aku jalan2 kat sana. aku pegi dgn sape? of cosla dgn my boyfie kan. dia tunaikan permintaan aku nak pegi sana. sweet kan? gillernya kalo ade duit pastu pegi sana. shawl yg perlbagai jenis berlambak kat sana wei kau. murah gillerrrr... sepuluh hinggit pon leh dpt taw..yang shawl yg cantik2 dgn manik2 or yang ada hiasan sebesar alam tuh berlambak kat sana. kalo online mau dpt 30 hengget taw. fuh, nasib baik tadi aku pegi tanpa berbekalkan wang yang banyak, kalo x, giller aku weh.. sempat la jgk aku belikan 1 utk my mom yg tersyg.. hihihi..

pastu kan, aku dpt adiah besday  dr my boyfie. love you so much dear. rase mcm Erra Fazira pulak. kihkih.. seperti dalam entry yg lepas, aku ade bgtau niat aku utk mendapatkan handbag kan? ingat x?kalau xingat or xtau, boleh review kat sini [klik sini]..so, ari ni hajat aku da tertunai.. wallah2!i likeee...ingat kan nak tunggu YES (Year End Sale) kat Sogo tp da terbeli sudey..i got this handbag from my love for my 23rd besday on 15th November ni...


Pilihan 1: yang ni value buy punya, jenama gymax.. hrga range antara rm40-rm90.mcm2 pilihan. yang ni je sempat snap.

pilihan 2: yang ni mahal gilos. tercekik aku tgk rege die..rm300++..20% less kot.
 
Pilihan 3: yang ni cantek. rege rm200++. less 20% juge.

Pilihan 4: yang ni canteekk..tapi colour die berkilau sgt. ade jugak kaler itam. rege rm100++

Pilihan 5: yang aku pegang tu comel giller. nak letak dompet aku yang gedabak tu pon xmuat okey.

 Cuba teka, yang mana pilihan hatiku?hihhihi....







































Sacha..xtau mcm mn nak sebut..hahaha

weeyuu!! this is my new handbag! marron colour.. act, ade 2 pilihan kaler. kuning ngan maroon. tp yg ni menambat hati..rege yang ni rahsiaaaa...shhhh....hihihi..

additional gift: kek choc mud..tq sayang!

my jantung hati yg selalu wat saya happy.. tq sayang for the lovely and special gift...=)
jalan2 kat jalan TAR. makin nak senja, makin ramai org dan jalan makin sesak! itulah lumrah bandaray kuala lumpur.
 

Friday, November 12, 2010

Best ke Berkuku panjang?

coretan Atin at 11:38 PM 4 omelan yang prihatin

salam dan selamat nak ke malam.

tadi masa beratur nak ke punch card, aku ternampak seorang gadis, cantik orangnya tp bila ternampak kuku nye yang memang sengaja dibiarkan panjang serta dijaga rapi, terus aku mengeluh. dulu pun aku suka simpan kuku terutamanya jari kelingking tu yang paling pendek. tapi tau tak, sesape yang membiarkan kukunya panjang untuk sebatang jari ibarat memelihara sekandang khinzir atau lebih lembut sikit babi la. bayangkanla jika kesemua jari kita berkuku panjang, da 10 kandang da.abes tu, tau tak apa hukumnya babi tu? haram kan?. lagipon, kita xtau bila kuku da panjang, xtau apa yang akan terselit. kuman yang kita tak nampak dengan mata kasar tu penuh melekat kat situ. nak2, bila time nak korek idong, tak ke jari jugak yang digunakan. eeyyuu...pastu kita pakai tangan pulak nak makan. ish2!

cantik ke bila kuku tu panjang. bagi aku, nak wat keje pon xsenangla. asyik sangkut kat sini la, kat situ la. betol tak? kan kuku pendek tu lagi kemas? lagi melambangkan kesucian. potong la kuku tuh. sekali seminggu. tak susah kan? dan sape2 yang nak elak jerawat pon, kena pastikan kuku tu sentiasa pendek ok? 
just peringatan.untuk kamu, untuk aku jua.

harap tidak menguris perasaan mana2 pihak.
 

Britney & Justin!

coretan Atin at 3:47 PM 3 omelan yang prihatin
Salam.
This is old story of this romantic teen couple. Britney Spears and Justin Timberlake.
oh, aku sangat minat Britney and N`sync waktu zaman 90-an dahulu kala. waktu zaman sekolah lagi.
so, bile tgk britney & justin, hope sangat dorang akan kekal sampai dorang kawen..eh, apehal la aku duk sebok2 hal dorang kan? ntahla, sbb aku rase dorang tu padan je 2 org tuh. sama padan!

they were happy together

stinky & pinky. hahaha..
dahla mood aku sekarang ngah dengar2 lagu classic zaman-zaman dulu je. tetibe teringat kat Britney Spears. sape xkenal dia kan. aku dulu siap potong gambar2 dia simpan wat koleksi. hahaha.. xtau da sekarang kat mane koleksi2 tuh. minat sangat Britney dulu. then bila Britney bertukar menjadi hantu orang yang xkeruan dengan dilanda pelbagai masalah, aku jadi kesian kat dia tapi macam mana pon minat tu still lagi kau. suara dia sedap didengar. sebab dr dulu dengar lagu dia kan, pastu mmg xde org yg mcm suare dan cara dia on stage, thats y la still lg nak tgk dia wat persembahan. tgk kat youtube sudey. ingat aku banyak duet nak terbang ke hollywood tuh nak tgk secara live?kihkih..tapi kemurungan yang dialami tu memang memberi kesan pd karier dia. bila la Britney nak kebaboom mcm dulu2! 

sweet hah?
Justin Timberlake pulak bertukar-tukar gf da pulak after Britney. but gf2 die tu semua xsetanding ngan Britney. wah gitu. betol2! sebab dorang ni kan mmg dr kecik da berkawan sampai remaja dorang bersama, so i guess Justin yang paham britney and mcm tu jgk Britney. Hope dorang akan bersama kembali. they were really sweet when they were together! u can see it through their eyes and they always laugh and they were not keep secret their relationship. Justin always hold britney`s hand, u see. Oh, such a romantic couple!

Hope to see u both together again!

miss this couple.
 

Thursday, November 11, 2010

Bagaimana tingkatkan trafik blog?

coretan Atin at 10:13 AM 3 omelan yang prihatin
Pagi ni semangat pulak nak menulis sesuatu kat blog ni. penat berblogjogging malam tadi rase lagi skrg. penat mata la. lama da tak blogjogging kaw-kaw. so, kepada new blogger friend yang aku met malam td, jus wanna say selamat berkenalan! dpt jumpa macam-macam blog. penting taw bersapa-sapa dengan rakan-rakan blogger yang lain. singgah2 rumah mereka, cari ilmu. so, aku nak menyimpulkan beberapa perkaa yang penting untuk meningkatkan trafic ke blog memasing:-

1) Haruslah berkunjung ke blog2 lain juga. support each other that is the most important thing! 

2) da berkunjung tu, xkan xde buah tangan kot kan untuk tuan rumah. so, tinggalkanla jejak anda. comment/link/sapa la kat shoutbox mereka. 

3) promote entry anda yang baru anda buat. ni aku tengok sembang kosong tegar melakukannya. oh, aktif sungguh kamu. bagus2!

4) ni penting juga, selidik2 la blog2 otai. blog2 yang memang kita tau setiap hari mmg riban-riban pengunjung ke blog mereka. join the conversation of others. jika blog otai seperti Pak Cik Ben ada menganjurkan contest, joinla. untung2 pak cik ben letak link kita kat blog dia. weehuu~! link blog aku da tertera. tenkiu pak cik ben. mmg up traffic taw! pak cik ben ni mmg prihatin dan x lokek ilmu dengan blogger baru..dan link aku juga ada tertera dalam blog Rina Salleh. Sis Rina, tenkiu~

5) setiap hari mmg wajib kena ada entry. aku ni xlarat nak berpuluh2 entry setiap hari. aku just boleh setakat 1/2 entry. akulah blogger 1 entry 1 day..hahaha..jgn contohi aku. paling koman pon, patot 4 entry dalam 1 hari ok?

6) Yang terakhir, jangan malas nak sertai Giveaway or contest. xmenang tak apela, tp yang penting kita support blogger lain dengan contestnya. baru meriah carpet blogger ni. tambahan lagi, ramai yang dtg tgk blog kita bila tinggalkan link kat blog yang menganjurkan GA or contest.lagi 1, tuan yang mengajurkannya mesti akan bebesar hati jika kita join.

setakat ni, ini saja simpulan yang aku berjaya simpulkan. yang advance2 tu aku belom selidik lagi. cthnya seperti ranking alexa. SEO or other complicated one. so, kena praktiskan yang ini dulu. barula dinamakan blogger tegar! papepon, 

semuanya bermula dengan minat dan diikuti dengan keazaman yang kuat serta jangan cepat berputus asa!

Adios Amos Amigos..

 

BE dari Era!

coretan Atin at 1:17 AM 6 omelan yang prihatin

Weeeyuu!
setelah sekian lama aku menunggu BE era ni kuar, baru sekarang dia keluar dari kepompong rama2nye!
awak segan ngan saya ek? well, welcome Era.fm ke coretan kisah hidup atin punya blog wokeh?
xmaula segan lagi hokey? wat macam rumah sendiri je ek. atin xmarah pon. suke lagi ade. nak menetap kat blog atin sampai bila-bila pon xpe..hikhik..♥ la kamoo.. ♥ nuffnang juga!

da lame menyorok, baru nak tunjuk muka ngan saya!
 

Wednesday, November 10, 2010

Baby Vox Vs Wonder Girls!

coretan Atin at 11:15 PM 0 omelan yang prihatin
 gamba kidnap dari google

Pay attention kepada peminat group kpop girl from korea!
FYI, dua-dua group ni feveret aku nih. aku suka dengar lagu dorang even aku xpaham satu haprak pong.
tp nak wat canne kan. bile dengar tuh, kena je dengan halwa telinga aku nih.
pastu, bila da banyak kali duk pasang lagu tuh, mula la duk hafal plak lirik dia sambil berpandukan lirik online.
da sudah tu, eh hafal step tarian la pulok. Dush2!!

tapi apa ke malangnya, hafal2 step pon xjalan juga. punya la payah step tarian dorang. yang simple2 tu macam gerak2 tangan kiri kanan tu, boley le sikit2. tu pon macam segan je tangan ni nak gerak, sebab xberapa pasti dorang gerakkan mcm mana. berapa kali pulak eraknya kan. 

yang pastinya, kedua-dua group ni memang sume terror miming menari ..dasyat betoi tarian dorang. suke..suke..suke sangat! plus dorang sume tomei, tiut and tweet..(translate: comei, cute & sweet)..sape2 yang xpecaya, leh surf kat youtube..taip jer baby vox or wonder girls!Tapi baby vox yang aku suke da berpecah. dan baby vox generasi baru aku kureng sikit. Dan wonder girls jugak, da beberapa kali bertukar ahli.

Lagu populor Baby Vox:
1) Accident
2) Game Over
3) Why
4) Devotion

Lagu populor Wonder Girls:
1) Nobody
2) Tell Me
3) So Hot
4) Too Different Tears (with new member Lim)

Baby Vox   

Wonder Girls

Suke sangat tengok tarian dorang!=)
 

Tuesday, November 9, 2010

Counting Days!

coretan Atin at 1:08 PM 2 omelan yang prihatin
gamba kidnap dr google

salam.
lagi 6 hari je nak ke 15 November 1987. eh, silap. 15 November 2010.Wee...
aku bakal dilahirkan lagi sekali. wah! lagi bertambah usia keremajaanku ini.
alamak, da ter bagitau pulak tarikh lahir. malu mak.
xpo..xpo..maintain mudo lagi tuh. baru nak masuk 24 tahun.
lagi setahun da cukup umo nak kawen..yaahhooo!!

so, sume cepat2 counting days utk hari lahir aku keyh?
kalao xnak wish, kasik hadiah pon da cukup..kuikui
mesti ramai yang berkongsi besday ngan aku kan?
aku telah dapat mengenal pasti beberapa org.

berbalik kepada cerita hari lahir aku tu. aku dilahirkan pada pukul 2.04 ptg.
sebab tula kulit aku nak ala-ala ke petang yang panas tuh. apa punya ayat la ni..xpaham, wat2 paham suda.
umo bondaku waktu itu 29 tahun. see..29tahun da dpt anak ke-4.
aku ni 23, sorang anak pon xdpt lagi. anak tekak je yang ada.

pastu, waktu ketika kelahiranku itu, selama 11 hari mata sepetku ini masih xbukak-bukak.
bondaku da ingat anaknye ini xdapat melihat dunia.
fuh, alhamdulillah la Allah kurnikan mata yang boleh melihat.

dulu-dulu aku ni seorang bayi yang mantap gitu. bukan kurus kering.
sampai pipi tombam dan spare tyre everywhere.
terlihat 1 gamba yang abgku xlarat nak dukung aku..kihkihkih..
punyala gomuk aku dolu-dolu. tp da besar ni, kurang zat la pulok. kecik aje.
tp xpela, janji sehat kan.

cepat betol masa berlalu. da bertambah lagi usiaku.
baru terngiang-ngiang di ingatan waktu sekolah rendah.
sekarang aku da berada di Universiti.
baru lagi terngiang-ngiang di benakku waktu bonda menghulurkan duit untuk ke sekolah.
sekarang waktu aku pulak menghulurkan duit untuk kegunaan mereka.
waktu memang cepat betol berlalu kan?



ala tomei-tomei!
gambar sekadar hiasan



Rindu pada zaman dulu jangan sampai abaikan zaman sekarang!

 
Related Posts with Thumbnails
 

ღcoretan kisah hidupkuღ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal