Salam dan salam sejahtera hendaknya.
aku kembali lagi dalam ruangan ini mencoret apa yang terbuku dihati.
Sungguh aku menyesal dengan diri aku sendiri.
menjadi hamba Allah yang bukan seperti yang diharapkan dan diimpikan oleh Nabi Muhammad S.A.W
aku masih seperti dulu. masih. sampai bila harus aku tetap seperti itu.
aku malu, aku takot, aku sedih, aku pilu.
aku mahu kembali ke jalan itu. jalan yang diterangi cahaya Nur Iman.
pimpinlah daku kembali ke jalan itu.
aku masih buntu. setiap apa yang aku lakukan jelas menunjukkan aku bukan seorang islam yang sebetulnya.
hari kiamat pasti menjelma. bila?di mana? dan bagaimana?
tiada siapa yang mengetahuinya.
adakah aku ingin bertaubat pada hari di mana dunia sudah hampir ke penghujung?
adakah taubat masih diterima ketika itu?
atau aku memilih untuk kembali dibawah keredhaan Allah dan bertaubat. semoga Allah mengampunkan dosa-dosa yang telah aku lakukan.
tidak terhitung dek jari. dosa kecil dan dosa besar penuh tercatat dalam hintungan.
bagaimana keadaanku nanti di akhirat?
sakit, pedih, luka, terseksa
adakah sesiapa yang datang menyelamatkan ku?
tidak. tidak ada sesiapa pon. hanya aku dengan Allah.
begitu banyak nikmat yang telah dipinjamkan kepadaku
tapi aku tidak membalasnya dengan setimpal.
aku masih begini. terus pentingkan diri. terus lupa dan alpa.
aku mahu kembali ke jalan itu. jalan yang diterangi Nur Iman.
Pinjamkan aku sedikit kekuatan untuk tetap berada di jalan itu.
2 omelan yang prihatin on "Monolog dalaman!"
insyaAllah..
kalo kite sentiase pegang Allah, Allah pasti memegang kita.. ^^
amin..
terima kasih atas kata2 tu chokely!
amiin...
Post a Comment