Followers

♥Tetamu diundang♥

My Lovely Blog~!!

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 12, 2011

Adab ketika menumpang kereta!

coretan Atin at 4:36 PM
Assalamualaikum w.b.t

Malam ni nak bagitau sikitla adab-adab yg mungkin kita pandang sebelah mata je. Entry ni spenuhnya aku ambik dari Blog fazemy. sebab ayat die lebih halus dan tidak beremosi. aku pulak xreti utk berkata-kata. bimbang bercampur dgn emosi. aku dulu mmg tidak beradab bila tumpang kereta org, sbb aku xde experience memiliki kereta. sbb tulah, ak tgk kwn ak muka ketat jer bila bawak ak naek kete die. sbb ak langsung xkongsi pape. jahatkan aku? tp bila aku da ada kereta sendiri, baru aku paham kenapa dan aku nak la korang paham juga walau tidak ada kereta. Jangan pegang dgn istilah "Ah, bukan kereta aku, wat pe aku nak bayar".kalo aku, aku tendang keluar jerk golongan jenis nih.. kijam2!! haha..gurau2 jer..kena ada GIVE & TAKE la.. penting tu! Orang berbudi, kita kena taula membalasnya..tak gitu? aku pikir 2,3 kali jgk nak post entry ni, bimbang disalah tafsir... korang baca dan korang pikirla sedalamnya..


Adab-adabnya:-

1. Melayan pemandu a.k.a kawan anda itu bersembang agar suasana dalam kereta tidak sunyi. Dan dia tidaklah khayal atau tertidur akibat keletihan dalam perjalanan jauh yang boleh menyebabkan kemalangan jalan raya.

2. Tolong isikan minyak atau kalau tak reti tolongla pergi bayar duit minyak di kaunter jika pemandu a.k.a kawan anda tu ingin mengisi minyak. 

3. Jangan turun kereta apabila sampai ke destinasi selagi pemandu tidak siap menutup radio, aircond kereta.

4. Tolong jangan sesekali tidur terutama penumpang di belakang. Sama-sama berjaga hingga sampai ke destinasi di tuju.

5. Pakai tali pinggang keledar. Penumpang di belakang pun dah diwajibkan pakai berkuatkuasa 1 Januari 2009.

6. Jika anda berkongsi kereta seramai 4 orang, bahagikan dengan 3 duit minyak/tol dan bayar kepada pemandu. Pemandu a.k.a kawan anda itu tidak la perlu membayar sekali. Sudahla dia yang bawa kereta, monthly payment dia yang bayar, road tax pun dia yang bayar. Lagipun korang bukan bayar untuk sewa kereta dia.

7. Buat kereta tu seperti kereta anda juga. Jangan nak buang sampah dalam kereta tu. Buh dalam plastik dulu tin2 air yang korang minum, plastik jajan ke apa, nanti dah smpai stesen minyak ke apa buangkan dalam tong sampah.

8. Jangan hempas pintu kereta kuat-kuat bila menutupnya. Macam marah je gayanya..tuan punya kereta lagilah terbakar. Lagipun kalau kereta kawan anda itu bukan kereta lama, tutup slow2 pun dia akan melekat kat getah pintu tu.

Ingatlah..kawan anda a.k.a tuan punya kereta itu bukanlah pemandu peribadi anda dan juga bukan pemandu teksi. Walau dia mungkin tak mengharap korang bayar ketika menumpang dia, tapi tolonglah hargai dia jugak. Setakat korang belanja makan char kue teow pun die da rasa dihargai. Dan kalau korang xbersetuju dgn adab2 diatas, sila jgn menumpang kereta org yea. sila beli kereta sendiri.hee... Takkan benda yang kecik pun kita tak boleh nak pikir. Otak ada, xkan nak wat harta karun je kan. Macam mana saya tahu? Sebab saya jugak pemandu seperti anda:-)

 

2 omelan yang prihatin on "Adab ketika menumpang kereta!"

cik paja hanim on January 12, 2011 at 8:07 PM said... [Reply]

bagus info ni..nnt akk nk share jgk kt blog akk..bole?hehhe

Atin on January 12, 2011 at 10:20 PM said... [Reply]

hehe..boley je akak..utk peringatan bersama..hehe..sy pon copy orgnye post..

Related Posts with Thumbnails
 

ღcoretan kisah hidupkuღ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal