Masalah.
Sape kat dunia ni yang sepanjang hidup dia xpernah ada masalah? lagi tinggi pangkat seseorang itu, lagi tinggila masalah yang dihadapinya. lagi kaya seseorang itu lagi bertimbunla masalah yang perlu diselesaikan. hidup sunyi jika tiada masalah. otak kita pon tak akan berkerja untuk menyelesaikan masalah itu. Oleh sebab itu, Allah Maha Mengetahui setiap kejadian dan Allah tak akan membebankan hambanya dengan beban yang tak dapat ditanggung oleh hambanya. jadi, tak perlu kita menyesali atau merungut dengan masalah itu. dengan usaha dan sedikit kekuatan, setiap masalah pasti akan dapat diselesaikan.
aku sendiri tidak pernah terlepas dari masalah dan setiap kali itu aku merungut dengan masalah yang menimpa diriku hingga aku terlupa bahawa Allah sedang menguji aku dan Allah tahu bahawa aku mampu untuk menanggungnya dan mampu menyelesaikannya. Allah tak mahu aku terus terleka dengan kenikmatan yang telah dikurniakan dan masalah itu hanyalah supaya aku tidak melupakan-Nya. betapa sayangnya Allah kepada hambanya tapi kenapa setiap kali terima ujian dari Allah, kita menyesali seakan menyalahkan setiap ujian Allah itu.
Ingatlah wahai sahabatku, tiada masalah yang tiada penyelesaiannya.Jangan mudah tunduk dengan emosi dan perasaan yang menutup akal fikiran yang waras.
p/s: ensetku da elok kembali. Alhamdulillah..=)
2 omelan yang prihatin on "sukarnya hidup jika tiada kekuatan!"
yee..!
akan tiba giliran kamoo utk hidup happy tnpa masalah...walaupon seketika...sbb dunia ni berputar..
bersabar..bersabar dan bersabar...hadapi masalah dgn senyuman.. :)
hya yueyue!
thanks for ur concern.. mmg bersabar banyak hikmahnya..
Post a Comment