Followers

♥Tetamu diundang♥

My Lovely Blog~!!

Daisypath Anniversary tickers

Monday, November 28, 2011

Tetap Sokong Malaysia~!

coretan Atin at 1:23 PM 0 omelan yang prihatin
Assalamualaikum w.b.t

Sebelum memasuki stadium, bergambar kenangan jap!Peace yaw~

 Selamat berjumpa kembali rakan blogger! pheww.. penat badan dan sore pon dah jadi ala-ala donald duck. gara-gara sokongan padu yg aku berikan pada skuad harimau muda malam semalam. Malaysia vs Bahrain. berakhir dengan 2-3. Malaysia kalah lagi... sob sob.. selepas nazmi keluar, terus Malaysia jadi kucar kacir. tak menjadi. permainan tak mcm separuh masa 1. pada awal2, memang Malaysia main hebat. mmg seronok la tengok dorang menyerang Bahrain. 

Aku ingatkan bila ada salah seorang pemain Bahrain dikenakan kad merah, bolehla Malaysia menambah gol, tp mmg tekaan ak meleset. Dengan bermain 10 org sahaja, dorang mampu menyumbat gol 3 gol bertubi-tubi.. stress yang amat bila dah mata 2-2. Malaysia pulak dah main dengan tak semangat. Mcm mane boleh jadi mcm tu? Sepatotnye mmg kite boleh menang. tp nilah sebab dah konfident sgt akan menang, terus maen dgn maen-maen. Tak sangka aku.. Harapan musnah di stadium bukit Jalalil. tapi papepon, Harimau Muda memang best. adat bermain, ada yang menang ada yang kalah. tp takkanla asyik nak kalah kan. teruskan usaha. Kami sentiasa menyokong Harimau Muda dan Harimau Malaya! Malaysia Boleh!!!!!!=)

Bakal bermain dengan Harimau Malaya tahun depan!!check check it out!!
Betapa semangatnye akak~

Kesimpulannya, da masuk kali ke-2 aku g stadium, tak penah menang pon lagi. Harap kali ke-3, dapatla merasa suasana kemenangan..Go Malaysia!!!!!
 

Tuesday, October 18, 2011

Free samples for me~

coretan Atin at 7:24 PM 5 omelan yang prihatin
Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar? lame giller aku tak mencoret diblog ni. memang sekarang mood nak menaip baru menjelma. fuh, mmg berjanggut la aku tnggu mood ni ade. so, kembalilah aku utk bercerita perihal keduniaan aku yang mmg pastilah korang tak tau kan. 

Nak dijadikan cerita, beberapa minggu lepas aku telah meninjau-ninjau la ke sekitar blog2 yang hebat mempromosikan tentang barangan free dari beberapa syarikat yg ada menawarkan free samples. free samples utk brg2 baru yang dorang ingin promosikan. Jadi, aku pun telah mencuba nasib utk mengisi borang online untuk mendapatkan sampel percuma.

Dalam masa 2-3 minggu, aku telah mendapat hampir 7 barang percuma dari kotex, mentholatum, stabilo swan, Nutriline, esmeria organics dan juga clinelle. sumenye comel2 pakejnye kecuali stabilo. ak dpt 2 btg pen yg baru. mmg best guna pen keluaran tabilo yg baru ni.

nilah barang-barang yang aku dapat tuh. komennye:

1) Performer ballpoint stabilo - yang mata 0.7mm, mmg best sbb tulisan boleh jadi halus dan kecik dan yg 0.5mm tu best jgk. dakwat pekat tapi takdelah sampai melimpah-limpah. ni dakwat die elok-elok je. lancar jgk bila kite nak tulis. dah jadi pen kegemaran ak dah sekarang.hehe

2) Lip ice strawberry - yang ni memang sume org dah tau kan. tpi yg aku dapat ni die ade efek cooling sensation. bila pakai, bibir jadi sejuk dan bertukar ke pink-an. best. rasa nak makan je sbb shomel sangat. geram~

3) Kotex Deluxe - yg ni ak xpakai lagi. xleh nak komen. 

4) Kotex pantiliner - yg ni pn aku xpakai lagi tp pantyliner ni lebih tebal dr yg selalu tuh. 

5) Esmeris organics - yg ni pon aku belum try lagi. sbb die bagi dalam pakej yg sikit. sayang je rasa nak pakai.hehe..

6) Clinelle moisturizer - yang ni utk semua jenis kulit tapi ideal utk kulit yang kering. dapat melembapkan kulit. ak baru pakai sekali. tak dapat nak rasa lagi efek die sbb die bagi pon dalan pakej yg kecik. hehe..

7) Nutriline - ini serbuk utk kecantikan dan kesihatan dalaman bagi wanita. ak belom try lagi. ade cop halal. die khas utk wanita la yg nak up up ape yg patot..hehe..

erm, tetibe ter review pasal sampel yg aku dapat pulak. huhu.. saje aje nak berkongsi. 

if korang nak try, leh klik sini [klik] utk dapatkan sample. selamat mencuba!! Daaaa~
 
Related Posts with Thumbnails
 

ღcoretan kisah hidupkuღ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal