Followers

♥Tetamu diundang♥

My Lovely Blog~!!

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 12, 2014

Say NO to JERAWAT!!

coretan Atin at 11:48 PM 0 omelan yang prihatin
Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar awak awak yang sedang membaca entry sy di blog yang dah lama berhabuk ni. pheww~
Siyes rindu nak menulis kat sini. hehe. Sejak dah active sebagai SID (Shaklee Independent Distributor) ni, mmg mostly banyak duk update status kat facebook je. Hehehe.. =)

So, today. I would like to story a little bit about my life with SHAKLEE.

Masalah kesihatan yang saya alami bermula ketika saya mengandung dan dalam masa berpantang. Ketika saya mengandung, masalah yang sangat terang lagi bersuluh adalah alahan kulit. Kulit naik gatal gatal dan jerawat memang tumbuh merata rata kat muka. Waktu tu mmg saya tak da pakai apa-apa produk kosmetik dan suplemen sbb risau effect kat baby. Mmg saya tak tahu kehadiran suplemen Shaklee.

Pada ketika itu jugak, bacaan gula dalam darah sy hampir pd borderline. tu baru lagi di awal tempoh mengandung. Disebabkan risau takut kena makan ubat untuk diabetes, sy pun mula mencari cari penyelesaian lain dan tup sy berjumpa dengan ESP! Alhamdulillah bacaan saya turun kepada paras normal setelah saya mula konsisten mengamalkan ESP.. 

Dalam tempoh berpantang pula, saya tambahan kepada masalah alahan dan jerawat tadi, sy diuji dengan masalah sembelit dan kekurangan susu untuk bayi saya. Mmg stress yang amat la sepanjang waktu berpantang. Waktu itu sy belum kenal lagi suplemen Shaklee dan ESP ditolak mentah mentah kerana sy tidak faham fungsi lain ESP ketika itu. Sehinggalah sy diberitahu oleh sepupu suami dan cari punya cari saya berjumpa dengan Mentor saya iaitu Master Nadiah Suhaidi.

Tanya punya tanya. consult punya consult. Barulah saya faham apa itu suplemen suplemen Shaklee dan apa peranannya. Saya pun terus register sebagai SID dan bayar sebanyak RM75. Ya!!! Hanya RM 75 seumur hidup. Pd waktu itu, sy mula consume Alfalfa+ESP+B complex untuk banyakkan susu dan Ostematrix + Alfalfa untuk baiki masalah sembelit yg sy alami. Alhamdulillah syukur sangat.. dengan izin Allah, masalah masalah yang saya alami beransur pulih.. Pada usia anak sy 1 tahun 5 bulan, saya masih diizin Alllah untuk terus menyusukan anak saya. Insya Allah akan diteruskan sehingga dia berumur 2 Tahun dengan izin Allah.

Sekarang saya konsisten mengamalkan ESP + VITAMIN C + VITAMIN E untuk mendapatkan kulit yang bersih dan sihat. Bebas daripada jerawat, parut jerawat, bintik bintik hitam, jeragat dan kulit kering. 

Perubahan yang cukup menggembirakan saya. Saya juga mahu anda rasakan perubahan seperti saya. Boleh hubungi saya untuk bertanya dengan lebih lanjut.

Whatsapp/Message: 013-3587823
Facebook: Fatini Adam

 
 

Friday, September 6, 2013

Shaklee.. Always Safe, Always Works, Always Green

coretan Atin at 12:16 PM 0 omelan yang prihatin
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah.. sekarang saya sudah bergelar "Independent Shaklee Distributor" secara rasminya
Sebab penting sy ambil keputusan utk melibatkan diri dengan family Shaklee adalah sebab sy dah start consume produk Shaklee ni masa sy mengandung dulu.. dan sekarang untuk proses penyusuan anak pun, sy consume produk Shaklee jugak.. 

Jadi, sesape yang berminat untuk mendapatkan produk daripada rangkaian Shaklee, boleh lah menghubungi sy seperti yang tertera kat bawah ni.. jika tak tahu vitamin apa yang perlu diambil, boleh tanya.. nti sy akan consult supaya vitamin yang dibeli dapat membantu.. rangkaian produk Shaklee adalah merupakan suplemen atau makanan yang mengandungi vitamin tambahan untuk kesihatan tubuh badan. 

Kenapa kita memerlukan suplemen? kita terutamanya rakyat Malaysia kebanyakannya mempunyai gaya hidup yang kurang mementingkan kesihatan tubuh badan. tengok saja cara pemakanan kita. kebanyakannya membawa kita dengan risiko diabetes, obesiti, sakit jantung dan banyak lagi penyakit.. Dalam kita tak sedar, kita telah melemahkan tubuh badan kita sendiri.. 

eh,   saya makan makanan berkahsiat.. tiap-tiap hari saya makan sayur.. mkan buah..
sedarkah kita, kemungkinan sayur yang kita makan, buah yang kita makan berkemungkinan telah terjejas atau tercemar dan mungkin juga nutrien daripada makanan yang kita makan telah hilang semasa pemprosesan dan penghasilannya. disinilah, peranan vitamin atau suplemen berjalan. 

Shaklee dapat membantu anda mendapatkan badan yang sihat.. Hubungi saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut..InsyaAllah saya akan bantu.. Untuk diri saya, diri anda juga..


 
 

Thursday, May 16, 2013

Beg Baby Dah Siap~!

coretan Atin at 9:36 AM 0 omelan yang prihatin
Assalamualaikum w.b.t

Sambil-sambil duk siapkan tesis, aku curi-curi sikit update blog. masih lagi berkisar cerita tentang pregnant, baby, dan persediaan menyambutnya. Sesi mendobi dan melipat sudah settle 2 hari yang lepas lagi termasuklah beg baby berisi barang-barangnya yang akan dibawa ketika nak bersalin nanti. Sekarang dah 31 minggu bersamaan 7 bulan 3 minggu aku mengandung, aku rasa baik aku prepare awal-awal beg untuk bersalin. cuma beg untuk mamanya belum berkemas lagi. InsyaAllah akhir bulan ni before balik kg. Disebabkan aku baru first time nak rasa pengalaman bersalin ni, aku rasa lebih baik aku sediakan sume barang- barang lebih awal sbb xtau lagi baby ni nak kuar awal atau lambat. Buatnya nak terkeluar awal, at least barang dah prepare, xdelah menyusahkan en.asben nanti bila time kelam kabut kan.. 



So, apa yang aku bawak dalam beg baby ni? jom kite semak.. Beg baby ni sebenarnye dihadiahkan oleh akak ipar aku utk besday suami aku hari tu.. dah package skali utk papa dan baby.. hihi.. Alhamdulillah rezeki baby, sebab bag ni pun salah satu dalam list beli barang baby hari tu..


Baju newborn lengan panjang - 3 pasang
Baju newborn lengan pendek - 2 pasang
Sarung kaki + sarung tangan - 3 pasang
Pampers Newborn - 10 ketul
Kain lampin -3 helai
Tuala - 1 helai
Selimut bertopi - 1 helai
Topi - 2 bijik
Sapu tangan - 2 helai
Barut baby - 3 helai
Set Travel Mandian 
Baby Wipes - 1 pek
Minyak Telon - 1 botol

Barang-barang yg perlu disediakan utk sesi menyambut baby dan perlu diberi kpd nurse bertugas, aku dah siap letak asing dalam plastik supaya mudah en.asben pass je kat nurse nanti. Dalam tu aku letak sepasang baju lengan panjang, sehelai barut baby, sehelai kain lampin, 1 pampers, sepasang sarung tangan dan sepasang sarung kaki. Dah cukup rasanya keperluan untuk digunakan di hospital nanti.. InsyaAllah.

Hurmm.. harapnye xde ape yg tertinggal untuk baby. kang xpasal kena marah dengan nurse plak nanti. so, beg ni siap2 letak dalam bilik sebelah. Untuk pakaian serta barangan yang lain, aku siap kemaskan dalam picnic basket yang aku beli dekat Nilai 3 hari tu supaya senang nak angkut pegi umah mak mertua dan balik kg nanti untuk berpantang. Aku rasa lebih praktikal guna bakul ni sebab mudah diangkut dan senang nak simpan baju kat dalam. Tapi agak terhad juga ruangnya sebab aku xjumpa bakul yang lebih besar. Tapi semua baju, selimut, tuala, kain lampin yang ada Alhamdulillah muat aje dalam bakul ni.. =)..

Bakul Baju Baby..

Oklah, sambung balik menaip tesis.. Till then, Assalamualaikum.


 

Wednesday, May 15, 2013

Vitamin Untuk Ibu Mengandung~!

coretan Atin at 10:24 AM 1 omelan yang prihatin
Assalamualaikum w.b.t

Selamat pagi dan selamat berpuasa di bulan Rejab. Pagi tadi Alhamdulillah dikejutkan Allah untuk bersahur bersama en.asben. Memang dah nekad kena jugak bangun sahur sebab kalau xsahur, badan aku nanti jadi lemah, takutla kan effect pulak kat baby. Lauk dan nasi untuk sahur aku dah siap2 masak dah malamnye, supaya xgopoh-gopoh waktu sahur nanti.. Tapi......

Aku lupa nak makan vitamin-vitamin yang sepatutnya aku makan sepanjang pregnant ni. aiyoooo...
Ingatkan sempatla sudah basuh pinggan mangkuk suma, aku nak telan berbijik-bijik vitamin tu, sekali siap je basuh pinggan mangkuk, sayup-sayup aku dengar azan berkumandang.. alamak, sudah.. vitamin xmakan lagi.. air masak xminum lagi.. hurmmmmm.. tapi xpelah, nok buat guane, azan doh.. redho pasrah jelah.. 

Bercakap tentang vitamin yang dimakan masa pregnant ni, nak berkongsilah sikit apakah vitamin yang aku ambik setakat 7 bulan ++ aku pregnant ni.. 


Bekas yang paling besar tu diberi nama ESP (Energizing Soy Protein) dari Shaklee. kan memang popular shaklee ni, nak-nak dikalangan ibu mengandung dan ibu yang menyusukan anak. Khasiatnye termasuklah sebagai Milk Booster (ni mmg ternyata), pembekal tenaga (pun ia jugak), kulit tegang dan berseri (belum mengalaminya), awet muda, meningkatkan memori dan memulihkan pigmentasi. Aku minum segelas je sehari sebelum tidur sebab pagi dah minum susu. Kenapa aku pilih ESP ni? sebabnye, ada mengatakan yang ESP ni boleh mengurangkan tahap kolesterol dalam darah, dan memandangkan aku ni before pregnant mmg kolesterol tinggi dan suspect diabetes, so aku try amalkan ESP ni. harap boleh membantu. dan jugak of cos untuk lihat kulit tegang dan berseri.. memandangkan aku x berapa nak disiplin minum ESP ni, jadi kesan nya agak lambat.. tapi aku perasan bila malam tu aku minum, keesokannya, kulit aku makin elok. sepanjang pregnant ni kalau nak tau, jerawat serta alahan gatal-gatal mmg dah sebati dengan aku. jadinye, aku consume la ESP ni tanpa paksaan dari mana-mana pihak..hehe

Botol yang kedua besar tu nama dia D CAL.. Kalsium + Vitamin D. dibekalkan oleh Dr Noraini dari Klinik Az-Zahra. baru bulan ni aku start makan, sebabnye aku kurang minum susu dan selalu sangat kena cramp kat kaki. Dr Noraini cakap, kalau kalsium kurang bila dah masuk trimester 3 ni, kejadian cramp kaki ni akan makin berleluasa. Ya ampun.. mintakla xterjadi.. sakit woo kena cramp kaki.. nak menangis rasenye. ko silap tergeliat sikit, mulalah start kaki cramp.. sabar jelah. Tapi bila aku dah start makan kalsium ni, setakat ni Alhamdulillah belum lagi kena cramp kaki.. syukur sangat.. 

Botol yang kecik tu nama dia Neurogain PB. Vitamin ni adalah minyak ikan yang membekalkan DHA, EPA, AA dan OA untuk pertumbuhan otak bayi. dalam pembacaan aku daripada blog-blog, ramai menyarankan untuk start amik vitamin ni bila dah masuk 7 bulan sebab time nilah pertumbuhan otak bayi sedang giat berlaku. Jika, consume awal-awal juga tidak bagus.. dikhuatiri anak akan jadi proaktif.. Mula-mula aku was-was jugak nak consume benda ni, tapi bila aku bawak jumpa Dr Noraini, dia pun cakap tak ada masalah nak ambik dan rupa-rupanya, dekat Az-Zahra jugak syorkan untuk consume Neurogain PB ni. cuma kalau Klinik Kesihatan x ada syorkan apa-apa vitamin tambahan, just suruh makan je vitamin yang dibekalkan. jadi kena ambik inisiatif sendiri untuk tau apa lagi vitamin tambahan yang elok diambil ketika hamil.. InsyaAllah, dengan izin Allah, cerdik dan bijak anak mama nanti..

Tablet yang colour merah darah tu namanya Zincofer yang dibekalkan oleh Klinik Kesihatan. Multivitamin ni mengandungi Iron, Cyanocobalamin, Folic Acid, Ascorbic Acid, Pyridoxine dan Zinc. So, Folic acid dan obimin dah tak perlu makan sebab semua sekali dah termasuk dalam Zincofer ni. Dah lama jugak aku makan vitamin ni. sebab aku kan bab-bab makan ubat ni Alhamdulillah ok. tapi ada jugakla terkadang lupa nak makan..hihi.. tapi kadang-kadang je. Sian baby nanti xcukup vitamin kalau selalu miss makan ubat. Yelah, makanan yang kita makan tiap hari bukanlah cukup sangat vitaminnya. sayur pun kadang-kadang makan.. Ikan pun kadang-kadang.. Jadinya, vitamin-vitamin ni lah yang bantu tambahkan vitamin yang akan kita salurkan kepada baby kita.. haaa, gitu.. 

Jadinye, itulah sedikit sebanyak tentang vitamin yang dimakan oleh aku sepanjang kehamilan aku ni.. Ada yang makan vitamin tambahan lain jugak, macam-macamlah.. Tapi semuanya niat supaya baby dalam rahim ni membesar dengan sihat.. InsyaAllah.. Amiin.. 

Till Then, Assalamualaikum.

 

Tuesday, May 14, 2013

Kelengkapan baby hampir lengkap~!

coretan Atin at 1:37 PM 0 omelan yang prihatin
Assalamualaikum w.b.t

Pada sabtu yang lepas bersamaan 11 Mei 2013, ak dan en.asben telah menyerbu Ekspo mom & baby kat Mid Valley Exhibition Centre untuk membeli barang-barang kelengkapan bakal baby yang InsyaAllah akan dilahirkan pada bulan Julai nanti. Kami sampai dalam pukul 10.30 pagi, dan mujurlah xsusah untuk kami cari parking sbb masa tu parking macam dah penuh. Kami terus ke tingkat paling atas untuk ke exhibition centre dan memang teramat ramai umat manusia yang berlegar-legar disitu. Sampai saje disitu, kami terus beratur ke kaunter pendaftaran untuk dapatkan goodies bag, lama jugak beratur sampai lenguh kaki.. tapi ku kuatkan juga semangat.. dalam hati ni sebenarnya dah xsabar-sabar nak masuk Hall untuk shopping barang bayi.. hihihi

Hall 1 kami masuk, kami aim untuk ke booth Pureen, Fiffy, Medela, Pampers (ms ni xkisah pon jenama apa), dan Autumz. Masuk je Booth Pureen, mmg sangat ramai orang serang booth Pureen ni. Al maklumlah, kebanyakan keperluan untuk bayi banyak terdapat kat Pureen ni. Jadinye dengan hati yang cekal dan tabah, kami harungi jgk lautan manusia di situ. capai saje barang yang mmg nak beli kat sini. Barang-barang yang berjaya dirembat di Booth Pureen adalah:-



1) Anti Bacterial Detergent (A-B-D) 2000ml (2)- RM42
2) Madame Maternity Pads (Value Pack 60 Pads) - RM17
3) Tuala Mandi (2 helai) - RM25
4) Selimut bertopi (2 helai) - RM38
5) Nappy Rash Cream (100g) - RM11
6) Baju Newborn ( 2 pasang) - RM29
7) Baju Saiz S (4 pasang) - RM50
8) Mitten + Booties (2 pasang) - RM10
9) Set Mitten + Booties + Topi - RM8
10) Liquid Cleanser 750ml + Refill 600ml - RM28
11) Baby Wipes Value Pack (300`s) - RM18

Total = RM273

Disebabkan dalam 1 resit dah melebihi Rm200, kami dapat percuma tuala mandi dari Pureen serta mandian yogurt botol kecik.

Sesudah selesai berborong di Pureen, kami menapak mencari-cari Booth Fiffy. Disebabkan barang yang dibeli di booth Pureen tadi berat, kesian en.asben bawak sume brg. kami pon berkira-kira untuk menghantar dulu barang-barang ke kereta. dalam perjalanan untuk keluar dari Hall tu, kami di approach oleh seorang lelaki cina yang promote pampers Baby Love. Bayangkan satu pack pampers Baby Love hanya RM15. Jadi tanpa ragu-ragu kami pon setuju untuk beli. Niat pada mulanya nak try Pet-pet dulu, tp promoter tu cakap Baby Love lagi lembut dari Pet-pet, tu yg kami setuju. ak pon sempat rasa dulu sampel yang dipegang, lembut sikitla.. tp belum tau lagi sesuai untuk kulit baby kami nanti atau pon tak.. untuk pampers ni, kami beli:-



1) Newborn (48pcs) 2 - RM30
2) S Size (44pcs) 1 - RM15
Dapat extra 2pcs baby love + 2pcs pet-pet

Total = RM45

Setelah selesai membeli Baby Love Pampers, kami segera melangkah kaki untuk ke kereta untuk simpan dahulu brg yg dibeli sebelum menyambung kembali misi kami. Pada masa tu jgk, Dynaz Mokhtar yang hadir sebagai tetamu jemputan kelihatan disitu.. Ingat nak tengok Dynaz bercakap atas pentas tu tp disebabkan banyak lagi barang xdibeli, jadi ak biarkan saje Dynaz di situ. 

Sekembalinye dari menyimpan barang, kami kembali ke Hall 1 untuk membeli barang dari booth Fiffy pulak. Fiffy pon ramai orang serbu dan terpaksa beratur panjang untuk membayar. Disebabkan Fiify banyak menjual baju bayi yang harganya boleh dikira murah, jadi kami sekali lagi berteleku disitu untuk memilih baju. comei-comei lahai baju budak kecik ni. geram mama dibuatnya.. Barang-barang yang dibeli disini:-

1) Tuala Mandi (2 helai) - RM11.90
2) Cotton Bud baby - RM4.50
3) Alas Tilam (changing mat)- RM12.90
4) Baju (4 pasang) - RM44
5) Disposable Panties (2 set) - RM15.80
Dapat free sapu tangan dengan Baby Wipes.

Total = RM89.10

Seterusnya kami berlegar-legar disekitar situ dan niat di hati nak mencari Breast pump manual. ini just sebagai backup jika after bersalin nanti, ak takot yang ak terkena bengkak susu. so, bile ada breast pump ni, kita boleh pump keluar susu dan boleh bagi kat baby bile die lapar. Memandangkan ak belum lagi bekerja, jadi yang manual sudah memadai untuk ak. yelah, yang elektrik sume mahal2.. xdapet den nak boli.. kesian jugak en.asben.. bulat mata die bile ak tnjuk harga set breastpump electric medela yg mencecah ribuan ringgit. jadinye, ak cari yang sedap poket ajelah. Sebenarnye, ak suka sangat dengan Medela manual pump tu. harga yang ditawarkan RM199 tapi perlu beli penutup botol untuk baby menyusu yang berharga RM50. Pikir punya pikir, ak terus ke booth Baby U Care yang menjual Breastpum dari Tommee Tippee. Ak mmg mencari botol susu dari Tommee Tippee sebab bentuk putingnye yang menyerupai Ibu.. lebih senang untuk baby yang baru lahir untuk menyusu. Jadi, dengan harga RM150, ak dapat breastpump, penutup botol, bekas simpan susu 2, bekas dan washable breast pad, ak tambah pencuci botol Tommee Tippee (RM22). Berbaloi sikit ak tgk dengan harganya. Tapi of courselah, yang medela lagi best dan smooth.. Xpe, belum cuba belum tau kan.. 


Total = RM172

Barang-barang lain yang sempat disambar di Ekspo kali ni adalah:-

1) Baby Play Mat Saiz kecik - RM69
2) Papa Diapers Bag - RM89
3) Bra Menyusu (2)- RM52
4) Bra Malam (2) - RM36
5) Set Mitten+Booties+Topi (2), 3 pasang Stokin baby, sepasang stokin baby berbintang, sapu tgn (8) - RM40
6) Vacuum Flask stainless steel - RM12
7) Travel Set Johnson n Johnson - RM7.90
8) Kelambu - RM19.12
9) Anakku Cotton Ball - 6.90

Total = 331.92

Kesemuanya kami berbelanja hampir RM900++ jugakla dekat Ekspo ni. Alhamdulillah, semua keperluan hampir complete. Just tinggal nak beli tungku baby je lagi.. Baru lega hati ni bila persiapan untuk menyambut anakanda tercinta hampir cukup. untuk baby cot, stroller, car seat dan sebagainya tu, kami buat keputusan untuk beli bila perlu saje sesudah habis pantang nanti. yelah harga untuk 1 barang tu ya ampun, mahal sungguh. telan air liur sajelah. InsyaAllah ada rezeki lebih nanti,bolehla beli yang affordable dan kukuh. boleh dipakai untuk anak-anak yang akan datang jugak.. ngehehe.. Dalam entry ni, baju2 dan sarung tangan sarung kaki tidak kelihatan dalam gambar sebab telah selamat didobi oleh mamanya yang amat xsabar nak basuh baju baby yang kecik cenonet tu..alolololo.. Nah, tempek kat bawah sebakul baju baby.. Malam ni sesi melipat dan meyimpan barang2 supaya xberhabuk dan xbersepah. Semangat mama ni.. hehe..Biaselah anak pertama kan.. semngat harus lebih.. 


Barang-barang lain seperti set tilam dah ada 2 (1 hadiah dari tok wan dia), bakul baju kotor, bakul baju a.k.a picnic basket, tab mandian baby, bakul mandian baby dan bakul grooming baby sume mmg awal-awal lagi dah tersedia..

Baby punye lagi cantik dari mama punye.. hehe
Bila tengok je barang-barang ni, rase tak sabar nak melahirkan anak dalam kandungan ni. Semoga baby membesar dengan sehat.. nanti kita jumpa okey.. Mama tak sabar dah nak jumpa baby.. =)

Semoga ketemu lagi.. Assalamualaikum.

 

Tuesday, April 30, 2013

My Baby 29 weeks today~!

coretan Atin at 5:57 PM 0 omelan yang prihatin
Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar rakan taulan sekalian.. memang lame betol aku xberkarya diblog ni semenjak dah berjinak dengan blog bride-to-be dahulu kala.. tp sekarang dua2 blog terbengkalai.. mmg hangat tahi ayam betol aku ni.. hikhik.. duk jadi silent reader je untuk blog-blog yang lain.. 

Bersama hubby jalan-jalan kat Singapore sebab ada conference kat sana
Kehidupan aku sekarang selepas kahwin, Alhamdulillah sangat.. bahagia dengan suami tersayang dan of cos sambil menunggu kelahiran budak tecik dalam perot ni..hehe.. Hari ni genaplah umur die 29 minggu.. bersamaan 7 bulan seminggu.. ada lagi 11 minggu untuk berjumpa dengan budak tecik itu.. sungguh tak sabar ku rasa tapi biasalah dalam masa yang sama takoooottt... cuaakkk... nak beranak!

Akhir-akhir ni dia dah makin kerap menendang-nendang mama die.. takpe nak, tendanglah puas2 sekarang.. nti dah keluar, dah tak boleh tendang-tendang mama tau.. (borak-borak ngan anak kejap..hehe).. Tidur pon dah tak lena macam dulu.. dah tak boleh tido terlentang.. malam-malam mesti terkejut sebab posisi yang elok untuk ibu mngandung hanyalah mengiring ke kiri atau ke kanan.. bile tersedar je diri ini tidur terlentang, mulalah terjaga di tengah malam untuk membetulkan posisi tidur.. kaki tangan muka dah makin membengkak dengan jayanya.. hubby tengok pon terkejot.. bangun pagi, mesti kaki ni sengal-sengal.. jalan pun terhuyung-hayang.. tapi Alhamdulillah semua ni boleh diharungi setakat ni..

Masuk trimester ke-3 ni, persiapan kelengkapan baby dan mama baby dah kena sedia dah.. nilah benda yang paling aku xsabar sekali sepanjang proses mengandung ni..hikhik.. tunggu mak mertua balik dari umrah next week, then terus serang ekspo mom & baby di mid valley 10-12 may 2013 ni.. kebanyakan blogger-blogger gitau, harga kat ekspo lebih murah dari harga kedai.. tu yg nak try jugak sekali pergi tengok kat ekspo. kot-kot dapat barang-barang free yang menarik, syok jugak tu..

Nilah Ekspo Mom and Baby tu.. Facebook [klik sini]

Dalam bulan ni ngan bulan depan InsyaAllah aku nak lengkapkan keperluan untuk baby dan mama baby (aku ler tu) sebabnye sekarang pun aku dah xlarat nak jalan lama-lama.. kaki cepat lenguh dan sakit.. orang kurang bersenam macam nilah kan.. lemah je badan ni.. selipar pun dah kena tukar yang flat punya sebab bile pakai yang bertumit, tumit aku pulak yang sakit.. xselesa dibuatnya.. mulalah merungut sakit situ sakit sini.. hubby jugak jadi mangsa tukang urut aku.. hahaha.. nasiblah dapat hubby yang sangat memahami ni.. senang hidup..tapi banyaknye aku yg kena ngurut die.. aku suka je urut die sebab bile die puji aku pandai ngurut, tu yg lomah jantung den.. haha.. 

Pakej Bersalin normal [klik sini]
Bulan ni jugak aku start pegi check up dekat Pusat Rawatan Islam Az-Zahra yang terletak kat Bangi sebab aku plan nak bersalin kat situ.. so, syarat dorang kena checkp up at least 2x kat situ baru dapat pakej bersalin.. selama ni aku check up kat Klinik Kesihatan je sebab free dan details sikit pemeriksaannya.. sume benda Nurse kat KK nak check.. puas hatilah, cuma xboleh nak scan slalu dan kalo scan pon die xbagi gambar.. harga bersalin normal kat Az-Zahra dalam RM1275, boleh rujuk link yg ak letak kat atas tu.. tapi confirmlah akan lebih nti bile nak membayo.. yelah, aku pun xtau apa yang akan aku tempuh.. ubat tahan sakit ada charge lain, kalo kena vacuum charge lain, kalo beranak diluar waktu bertugas doktor pon charge lain.. hai, pendek kata mcm-mcm la.. tapi nak wat mcm mn, hubby dah bagi green light bersalin kat situ, aku terima saje dengan hati terbuka..hehe.. lagipun dekat dengan umah mak pak mertua aku.. dlm 15minit gitu je.. tu lah faktor penting yg kitorang titikberatkan.. lagi satu, bayaran tempahan yang dikenakan just dalam RM300 je. nanti bile dah keluar baru bayar untuk selebihnya.. wad die pon agak besar dan selesa aku tengok hari tu.. so, kitorang dah sebulat suara booking kat situ.. Kalo ditakdirkan ak kena ceaser, terpaksalah aku ke Hospital Serdang.. Tapi aku harap dipermudahkan bersalin secara normal..

Set Bersalin Tanamera.. aku beli kat sini [klik sini]
Bulan ni jugak aku nak beli set bersalin.. Set yang aku berkenan akan dibeli esok hari adalah Set Bersalin Tanamera.. set ni masih baru jugaklah dalam dunia berpantang ni.. kalo tanya mak-mak kita, confirm dorang xtau.. sebab zaman dorang, set mustika ratu, set nona roguy yang hit.. aku ade buat research jugakla sikit-sikit pasal set ni.. die xde jamu.. yang benda kena makan cuma herbal tea die je dengan virgin coconut oil (VCO) untuk memudahkan proses bersalin.. VCO die jugak boleh digunakan untuk urut bahagian perineum untuk melancarkan baby keluar dan mengurangkan koyakan.. banyak-banyak testimoni yang aku baca, ramai yang duk cakap pasal kurang koyak atau xkoyak langsung bile guna VCO die.. tu yg aku berkenan tu.. harga pasaran sekarang RM360.. skrg plak ada promosi dapat percuma sebotol lagi VCO ni start 20 April 2013 hari tu.. Jadi tanpa ragu-ragu, aku pun memilih Set Tanamera untuk kegunaan masa mengandung dan berpantang.. Semoga semuanya berjalan lancar.. Amiin..

Oklah, sampai sini saje untuk kali ni.. kering dah idea aku nak membebel.. so, jumpa lagi.. Assalamualaikum..

Doakan yang terbaik buat aku dan budak tecikku.. Amiinn..
 

Wednesday, April 4, 2012

Charcoal Mask Daiso

coretan Atin at 9:45 PM 2 omelan yang prihatin
Assalamualaikum w.b.t

Hai rakan-rakan sekalian. semenjak aku dah ade blog baru nih, dah jarang aku nak up entry kat sini. tulah, gara-gara penangan gatal nak kawen punya pasal. well, tlg maafkan daku lah.. tengah kekenyangan ni, makan megi campur salad campur telur ayam cap nutriplus 2 bijik. fuh, tengok je sayur dalam megi nih, tetibe jer rase tengah makan makanan yg berkhasiat dan berzat..fuh fuh...terror betol otak aku memanipulasikan aku.. korang ade?

Sekarang ni serius aku tengah bertungkus lumus menyiapkan kajian aku, al-maklumlah dah sem 4 dah aku ni ha. (yeke tgh bertungkus lumus tu???)... aku agak kan, yelah.. tengah siapkan kerja kat lab, tengah siapkan tesis, tengah siapkan abstrak, tp menaip kt blog tu xlupa jugak aku nih.. ish..ish..ish.. korang macam mana? ada busy cam aku? ke lagi busy atau x busy langsung? hehe..actually kan, aku nak kongsi ngan korang 1 produk keluaran korea tp dijual utk pasaran jepun.. ce teka, ce teka... ok, clue ke-2 dijual kat Daiso.. haaaaaaa. dah leh agak dah? gud..gud.. 

setakat ni dah 3 kali aku pakai..dah mahir sikit2 macam mana nak pakai.. eh, kepada yang tak tahu lagi tu, meh aku tempek gambo jap yea..
jajjan!!! (bajet korea sangat)

ha, tu tu kat atas tulah yg aku maksudkan. nama die " Daiso Charcoal Mask". actually, die ade 3 rangkaian. 1. face cream, 2. face wash dan yg 3. face mask. kalo nak beli, tengok dulu cartoon yg ditempek kt tiub tu, make sure die kaler hitam taw. erm, so apalah kegunaan die nih? mask ni sebenarnye diperbuat daripada arang=charcoal dan bahan2 lain lah kan. so, charcoal ni bertindak untuk menyingkirkan kotoran yang tersumbat dalam liang-liang roma u ols tu sume.. so, tak perlulah dah pakai segala besi utk buang blackhead/whitehead yg ade kt muka u ols tu..(tetibe terjadi kegedikan di situ)..

First time aku pakai, kotoran yg tersumbat tu tak banyak sangat keluar. ade lah 3,4 ketul. bulu-bulu halus kt muka, ade lah tertarik sekali. second time, makin banyak dan 3rd time makin banyak..apakah?
mask ni adalah mask yg korang boleh tarik, bukan yg kena basuh tu. korang boleh pakai utk kat hidung je ke atau seluruh muka. malam tadi, aku pakai kan, perh...banyaknye yg tersumbat.. menakjubkab. tp korang janganlah anggap, bila pakai ni, kulit korang dah jadi cam bintang korea atau jepun ye. benda ni digunakan utk mmbersihkan liang-liang roma korang je. hopefully, bila liang roma dah bersih, mudahla proses pembersihan dan proses pembaikian kulit kita. tp aku xsure plak, muka yg berjerawat selamat digunakan atau tidak, rasenye, tak leh kot.. bila jerawat dah kering, baru leh pakai mask ni. 

Bentuk die seakan-akan gam yang berwarna hitam. bila die kering, die akan melekat kat muka serta bulu-bulu kat muka. kotoran pon terlekat sekali. make sure tarik mask ni dr bawah ke atas, brulah kotoran tu berjaya disingkirkan. mengerti enggak deh? ... kat bawah ni aku share sikit lah ye, perkara yg membantu kejayaan dalam penyingkiran kotoran-kotoran itu:

1. make sure, bersihkan dulu muka korang dari make up or bedak2 atau papelah. 
2. wapkan muka korang dengan wap air panas, tp jgn rendamkan muka dalam air panas plak atau letak muka depan seterika plak yea.kang lain pulak yg jadinye.. kenapa nak kena wapkan muka? ianya bertujuan untuk membuka liang2 roma supaya mudah mask ni memerangkap kotoran itu.
3. pastikan mask ini benar-benar kering, barulah mula untuk peel mask tu
4. elakkan mask diletakkan disekitar anak rambut, sebab amat sakit untuk cabut nanti.  
5. lepas dah peel mask ni, lapkan muka dan basuh muka dengan air sejuk untuk menutup kembali liang-liang yang terbuka.

orait, itu sahajalah tips yang xkurang bergunanya untuk kejayaan bersama. nak tau harga mask ni berapa? hanyalah RM5. diulang lagi RM5 sahaja. hanya dijual dikedai DAISO. ala kedai jepun yg brg nya berharga RM5 tula. kedai ni ade kt Jusco Rawang, One Utama, The Curve dan banyak lg branch die kt Malaysia ni. cuma kat area pantai timur belum bukak lagi cawangan die.. tetibe terpromote plak. jgn bimbang, aku bukan  Ms sales girl k.. hehe..

Oklah sehingga berjumpa lagi yea.. jangan lupa cuba taw..Annyeong~!

My Rating: 8/10


 

Monday, January 9, 2012

My New Blog

coretan Atin at 4:33 AM 2 omelan yang prihatin
Assalamualaikum w.b.t

Aku telah selamat melahirkan sebuah lagi blog yang diberi nama , lamaran cintaku. nama yg aku bg utk blog ak yg ke-3 ni mmg betol2 puitis kan?mmg kenalah dgn aku yg dlu mmg bercita-cita menjadi penyair serta penyajak..(tolong jgn pecaya)..

kalau rase cam banyak masa terluang tu, bolehla visit kat blog aku tu ek..Perjalanan aku utk menjadi bride akan aku catatkan di dada blogger nih..fuh, ayat aku makin puitis lak malam-malam buto neh..hiks~ ok, selamat malam..


 

Wednesday, December 21, 2011

Saat aku menjadi tunangmu!

coretan Atin at 2:59 PM 12 omelan yang prihatin
Assalamualaikum w.b.t


Apa khabar rakan mayaku? sudah lebih seminggu aku selamat bergelar tunangan org dan org tu adalah en. apip lah dan pd saat ini aku gelarkan die en.tunang..hee~ tanggal 10.12.11 sah aku menjadi tunangannye dan alhamdulillah majlis berjalan dgn lancar walaupun kami diuji dengan dugaan sehari sebelum majlis berjalan. Dugaan yang tak pernah terpikir dek otakku yang mmg xgeliga nih. Bayangkan, rumah tumpangan yang en.tunang book sebulan sebelum majlis sudah tamat kontrak dgn kerajaan trg. dan bagus punye org yg handle rumah tupangan tu tak maklumkan kpd kami yg mereka dah tamat kontrak. dengan telefon xberangkat. darah menyirap sampai ke kepala aku saat itu. xdapat bayangkan lah mcm mn en.tunang rasa. Malu betol aku dgn keluarga die tak boleh nak cakapla. dorang dtg pagi dr Bangi dan perjalanan ke Terengganu memakan masa 8-9 jam, mestilah penat kan..sampai2, mestilah nak berehat. bila dah jadi mcm ni, sume kena menunggu. Kesianlah kat dorang yg penat dtg jauh2. Terpaksalah family en.tunang menempah resort yg lain. Dugaan nak wat mcm mn. kami redha dengannya. 

Dan pagi hari majlis tu, angin mmg kuat. bukan sepoi-sepoi bahasa dah. dengan hujan yg turun membasahi bumi. aku dah mula risau. bimbang hujan lebat menyapa kami. fikiran sudah mula berfikir, bagaimana lah agaknye jika majlis berlangsung sambil diiringi dengan hujan lebat? maka perbincangan antara 2 buah keluarga tidak akan dapat disampaikan dgn jelas. dan Alhamdulillah, hanya hujan slow - alow aje yg Allah kurniakan..hehe..Pkul 9 aku dah start dimakeupkan oleh mak andam. pkul 10.30 rombongan en,tunang sudah sampai ke perkarangan surau sebelah rumah. jantung sudah mula berdup dap dup dap.. takot mmg adelah. tp bila ditenteramkan oleh kakak-kakak ipar dan mak andam, maka jantung berhenti berdegup dgn laju... 

Berdebar menunggu!
Dirisik oleh Mak Long
Saat cincin pertunangan disarungkan oleh bakal mertuaku
Saat cincin pertunangan disarungkan kejari manisku
Sayang mak!
Itu en.tunang saye dan kedua ibu kami.

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan aku telah selamat menjadi tunangan kepada en.apip. Dan semoga ikatan yang terjalin akan semakin erat dan dipanjangkan jodohku dengannya. Semoga kami berjaya mengharungi segala dugaan yang bakal kami tempuhi dan semoga kami akan menjadi anak dan  menantu yang baik.InsyaAllah~


 

Tuesday, November 29, 2011

1st Annual IMMB Postgraduate Colloquium~!

coretan Atin at 7:07 PM 4 omelan yang prihatin
Assalamualaikum w.b.t

Phewwiiiiiiittttttttt!! blogger sekarang da bertukar wajah. cun woo..hehe.. nak menerai mcm mn wajah baru blogger ni. nampak cam lebih kemas dan teratur. siap boleh letak location kat mane ak tgh menaip ni u! cewah.. awatla aku cam jakun yang amat ni. ish2.. 

Pada 25-26 November, kami pelajar sarjana perubatan sains Uitm Sg Buloh ada menganjurkan 1 colloquium yang bertempat di Hotel Carlton Shah Alam. Program selama sehari setengah tu berjalan lancar. aku selaku bendahari bertugas memastikan bayaran dari peserta diselesaikan sebelum menghadirkan diri ke seminar ini.

Betapa seronok kerana seminar yang dianjurkan kali 1 ni mendapat sambutan dari org luar malah ada juga peserta dari luar negara yang turut serta. sebagai committe dalam colloquium ni banyak memberi aku pengalaman untuk berkomunikasi dengan org dan bekerjasama dengan org. pengalaman yang sangat berharga. dan inilah kali 1 aku membentangkan poster aku sebagai pelajar sarjana. walaupun poster aku tidak terpilih dalam rapid fire iaitu 10 poster terbaik, tetapi pengalaman mengajar kita kan?InsyaAllah seminar-seminar lain, aku akan buat yang terbaik..

Busana dinner AIPC 2011
Kesimpulan yang boleh dibuat, walaupun seminar yang kami anjurkan ini ada juga cacat celanya, tp Alhamdulillah majlis berjalan lancar.Alhamdulillah. syukur ke hadrat Ilahi..=). Dan terima kasih diucapkan kepada peserta dari segenap Universiti yang turut serta utk colloquium ini dan juga tahniah diucapkan kepada pemenang bagi poster dan juga oral presentation. jumpa lagi di AIPC tahun hadapan.Peace yaw~



 

Monday, November 28, 2011

Tetap Sokong Malaysia~!

coretan Atin at 1:23 PM 0 omelan yang prihatin
Assalamualaikum w.b.t

Sebelum memasuki stadium, bergambar kenangan jap!Peace yaw~

 Selamat berjumpa kembali rakan blogger! pheww.. penat badan dan sore pon dah jadi ala-ala donald duck. gara-gara sokongan padu yg aku berikan pada skuad harimau muda malam semalam. Malaysia vs Bahrain. berakhir dengan 2-3. Malaysia kalah lagi... sob sob.. selepas nazmi keluar, terus Malaysia jadi kucar kacir. tak menjadi. permainan tak mcm separuh masa 1. pada awal2, memang Malaysia main hebat. mmg seronok la tengok dorang menyerang Bahrain. 

Aku ingatkan bila ada salah seorang pemain Bahrain dikenakan kad merah, bolehla Malaysia menambah gol, tp mmg tekaan ak meleset. Dengan bermain 10 org sahaja, dorang mampu menyumbat gol 3 gol bertubi-tubi.. stress yang amat bila dah mata 2-2. Malaysia pulak dah main dengan tak semangat. Mcm mane boleh jadi mcm tu? Sepatotnye mmg kite boleh menang. tp nilah sebab dah konfident sgt akan menang, terus maen dgn maen-maen. Tak sangka aku.. Harapan musnah di stadium bukit Jalalil. tapi papepon, Harimau Muda memang best. adat bermain, ada yang menang ada yang kalah. tp takkanla asyik nak kalah kan. teruskan usaha. Kami sentiasa menyokong Harimau Muda dan Harimau Malaya! Malaysia Boleh!!!!!!=)

Bakal bermain dengan Harimau Malaya tahun depan!!check check it out!!
Betapa semangatnye akak~

Kesimpulannya, da masuk kali ke-2 aku g stadium, tak penah menang pon lagi. Harap kali ke-3, dapatla merasa suasana kemenangan..Go Malaysia!!!!!
 

Tuesday, October 18, 2011

Free samples for me~

coretan Atin at 7:24 PM 5 omelan yang prihatin
Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar? lame giller aku tak mencoret diblog ni. memang sekarang mood nak menaip baru menjelma. fuh, mmg berjanggut la aku tnggu mood ni ade. so, kembalilah aku utk bercerita perihal keduniaan aku yang mmg pastilah korang tak tau kan. 

Nak dijadikan cerita, beberapa minggu lepas aku telah meninjau-ninjau la ke sekitar blog2 yang hebat mempromosikan tentang barangan free dari beberapa syarikat yg ada menawarkan free samples. free samples utk brg2 baru yang dorang ingin promosikan. Jadi, aku pun telah mencuba nasib utk mengisi borang online untuk mendapatkan sampel percuma.

Dalam masa 2-3 minggu, aku telah mendapat hampir 7 barang percuma dari kotex, mentholatum, stabilo swan, Nutriline, esmeria organics dan juga clinelle. sumenye comel2 pakejnye kecuali stabilo. ak dpt 2 btg pen yg baru. mmg best guna pen keluaran tabilo yg baru ni.

nilah barang-barang yang aku dapat tuh. komennye:

1) Performer ballpoint stabilo - yang mata 0.7mm, mmg best sbb tulisan boleh jadi halus dan kecik dan yg 0.5mm tu best jgk. dakwat pekat tapi takdelah sampai melimpah-limpah. ni dakwat die elok-elok je. lancar jgk bila kite nak tulis. dah jadi pen kegemaran ak dah sekarang.hehe

2) Lip ice strawberry - yang ni memang sume org dah tau kan. tpi yg aku dapat ni die ade efek cooling sensation. bila pakai, bibir jadi sejuk dan bertukar ke pink-an. best. rasa nak makan je sbb shomel sangat. geram~

3) Kotex Deluxe - yg ni ak xpakai lagi. xleh nak komen. 

4) Kotex pantiliner - yg ni pn aku xpakai lagi tp pantyliner ni lebih tebal dr yg selalu tuh. 

5) Esmeris organics - yg ni pon aku belum try lagi. sbb die bagi dalam pakej yg sikit. sayang je rasa nak pakai.hehe..

6) Clinelle moisturizer - yang ni utk semua jenis kulit tapi ideal utk kulit yang kering. dapat melembapkan kulit. ak baru pakai sekali. tak dapat nak rasa lagi efek die sbb die bagi pon dalan pakej yg kecik. hehe..

7) Nutriline - ini serbuk utk kecantikan dan kesihatan dalaman bagi wanita. ak belom try lagi. ade cop halal. die khas utk wanita la yg nak up up ape yg patot..hehe..

erm, tetibe ter review pasal sampel yg aku dapat pulak. huhu.. saje aje nak berkongsi. 

if korang nak try, leh klik sini [klik] utk dapatkan sample. selamat mencuba!! Daaaa~
 
Related Posts with Thumbnails
 

ღcoretan kisah hidupkuღ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal