Followers

♥Tetamu diundang♥

My Lovely Blog~!!

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 15, 2013

Vitamin Untuk Ibu Mengandung~!

coretan Atin at 10:24 AM
Assalamualaikum w.b.t

Selamat pagi dan selamat berpuasa di bulan Rejab. Pagi tadi Alhamdulillah dikejutkan Allah untuk bersahur bersama en.asben. Memang dah nekad kena jugak bangun sahur sebab kalau xsahur, badan aku nanti jadi lemah, takutla kan effect pulak kat baby. Lauk dan nasi untuk sahur aku dah siap2 masak dah malamnye, supaya xgopoh-gopoh waktu sahur nanti.. Tapi......

Aku lupa nak makan vitamin-vitamin yang sepatutnya aku makan sepanjang pregnant ni. aiyoooo...
Ingatkan sempatla sudah basuh pinggan mangkuk suma, aku nak telan berbijik-bijik vitamin tu, sekali siap je basuh pinggan mangkuk, sayup-sayup aku dengar azan berkumandang.. alamak, sudah.. vitamin xmakan lagi.. air masak xminum lagi.. hurmmmmm.. tapi xpelah, nok buat guane, azan doh.. redho pasrah jelah.. 

Bercakap tentang vitamin yang dimakan masa pregnant ni, nak berkongsilah sikit apakah vitamin yang aku ambik setakat 7 bulan ++ aku pregnant ni.. 


Bekas yang paling besar tu diberi nama ESP (Energizing Soy Protein) dari Shaklee. kan memang popular shaklee ni, nak-nak dikalangan ibu mengandung dan ibu yang menyusukan anak. Khasiatnye termasuklah sebagai Milk Booster (ni mmg ternyata), pembekal tenaga (pun ia jugak), kulit tegang dan berseri (belum mengalaminya), awet muda, meningkatkan memori dan memulihkan pigmentasi. Aku minum segelas je sehari sebelum tidur sebab pagi dah minum susu. Kenapa aku pilih ESP ni? sebabnye, ada mengatakan yang ESP ni boleh mengurangkan tahap kolesterol dalam darah, dan memandangkan aku ni before pregnant mmg kolesterol tinggi dan suspect diabetes, so aku try amalkan ESP ni. harap boleh membantu. dan jugak of cos untuk lihat kulit tegang dan berseri.. memandangkan aku x berapa nak disiplin minum ESP ni, jadi kesan nya agak lambat.. tapi aku perasan bila malam tu aku minum, keesokannya, kulit aku makin elok. sepanjang pregnant ni kalau nak tau, jerawat serta alahan gatal-gatal mmg dah sebati dengan aku. jadinye, aku consume la ESP ni tanpa paksaan dari mana-mana pihak..hehe

Botol yang kedua besar tu nama dia D CAL.. Kalsium + Vitamin D. dibekalkan oleh Dr Noraini dari Klinik Az-Zahra. baru bulan ni aku start makan, sebabnye aku kurang minum susu dan selalu sangat kena cramp kat kaki. Dr Noraini cakap, kalau kalsium kurang bila dah masuk trimester 3 ni, kejadian cramp kaki ni akan makin berleluasa. Ya ampun.. mintakla xterjadi.. sakit woo kena cramp kaki.. nak menangis rasenye. ko silap tergeliat sikit, mulalah start kaki cramp.. sabar jelah. Tapi bila aku dah start makan kalsium ni, setakat ni Alhamdulillah belum lagi kena cramp kaki.. syukur sangat.. 

Botol yang kecik tu nama dia Neurogain PB. Vitamin ni adalah minyak ikan yang membekalkan DHA, EPA, AA dan OA untuk pertumbuhan otak bayi. dalam pembacaan aku daripada blog-blog, ramai menyarankan untuk start amik vitamin ni bila dah masuk 7 bulan sebab time nilah pertumbuhan otak bayi sedang giat berlaku. Jika, consume awal-awal juga tidak bagus.. dikhuatiri anak akan jadi proaktif.. Mula-mula aku was-was jugak nak consume benda ni, tapi bila aku bawak jumpa Dr Noraini, dia pun cakap tak ada masalah nak ambik dan rupa-rupanya, dekat Az-Zahra jugak syorkan untuk consume Neurogain PB ni. cuma kalau Klinik Kesihatan x ada syorkan apa-apa vitamin tambahan, just suruh makan je vitamin yang dibekalkan. jadi kena ambik inisiatif sendiri untuk tau apa lagi vitamin tambahan yang elok diambil ketika hamil.. InsyaAllah, dengan izin Allah, cerdik dan bijak anak mama nanti..

Tablet yang colour merah darah tu namanya Zincofer yang dibekalkan oleh Klinik Kesihatan. Multivitamin ni mengandungi Iron, Cyanocobalamin, Folic Acid, Ascorbic Acid, Pyridoxine dan Zinc. So, Folic acid dan obimin dah tak perlu makan sebab semua sekali dah termasuk dalam Zincofer ni. Dah lama jugak aku makan vitamin ni. sebab aku kan bab-bab makan ubat ni Alhamdulillah ok. tapi ada jugakla terkadang lupa nak makan..hihi.. tapi kadang-kadang je. Sian baby nanti xcukup vitamin kalau selalu miss makan ubat. Yelah, makanan yang kita makan tiap hari bukanlah cukup sangat vitaminnya. sayur pun kadang-kadang makan.. Ikan pun kadang-kadang.. Jadinya, vitamin-vitamin ni lah yang bantu tambahkan vitamin yang akan kita salurkan kepada baby kita.. haaa, gitu.. 

Jadinye, itulah sedikit sebanyak tentang vitamin yang dimakan oleh aku sepanjang kehamilan aku ni.. Ada yang makan vitamin tambahan lain jugak, macam-macamlah.. Tapi semuanya niat supaya baby dalam rahim ni membesar dengan sihat.. InsyaAllah.. Amiin.. 

Till Then, Assalamualaikum.

 

1 omelan yang prihatin on "Vitamin Untuk Ibu Mengandung~!"

Anonymous said... [Reply]

Perkongsian yang menarik...penting untuk ibu dapatkan semua essential nutriens sepanjang kehamilan

Saya ada share di blog saya mengenai kepentingan omega 3 kepada ibu & bayi

http://mamasyafi.wordpress.com/2013/12/03/ibu-mengandung-nak-ambil-neurogain-ke-omegaguard/

Related Posts with Thumbnails
 

ღcoretan kisah hidupkuღ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal