Followers

♥Tetamu diundang♥

My Lovely Blog~!!

Daisypath Anniversary tickers

Friday, June 10, 2011

Petua!

coretan Atin at 10:39 AM
Assalamualaikum w.b.t

Hari ni cik atin nak kongsi petua sikitla yea! petua untuk jadi cantik comel macam cik atin..Ooopps! terlebey suda..bukan-bukan..nanti entah ape jadi kat uols kalo dapat petua tu dari cik atin..kalo petua tu dari Dato` Ct bolehlah kan..oklah.. 

Sebenarnya aku nak kongsi petua dari segi Islam untuk mempercepatkan jodoh. korang perasan tak, ramai sangat orang kawen masa cuti skolah yang lepas.. kalo tak kawen pon, bertunang..mmg sangat ramai. bukak aje facebook, tengok gambar kawen..tengok gambar kawen jer, aku bukak facebook...Grrrr... jadinya, bila aku tgk jer kawan-kawan dah kawen, mulala aku jadi gelabah tak tentu pasal. sebabnya aku belom lg berkahwen..al-maklumlah belajar pon xabes-abes lagi kan..erm, tapi umur  aku skrg takdelah dikira lambat sgt, tp 2,3 tahun akan dtg mmg lah dikira lambat..

jadi, aku pon google2 cari blog pengantin.. alih-alih, terjumpa pulak Petua ni..so, sape-sape yang nak jodoh dipercepatkan atau dipanjangkan, boleh la kita amalkan petua ni..


PETUA ISLAM MEMPERCEPATKAN JODOH

Untuk yang berhajat untuk mempercepatkan jodoh atau memanjangkan jodoh, anda hendaklah amalkan petua ini pada hari Jumaat selepas sembahyang Asar sehinggalah masuknya waktu Maghrib.

1. Duduk menghadap kiblat
2. Lakukannya dengan khusyuk dan yakin yang Allah s.w.t. akan membantu kita
3. Baca lah Ya Rahman, Ya Rahim, dan Ya Allah berulang-ulang sepanjang-panjang kita duduk selepas sembahyang asar sehinggalah masuknya waktu maghrib.
4. Masuk sahaja waktu Maghrib, di kala kedengaran "Allahuakbar" yang pertama kali dilaungkan, teruslah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yang MAHA berkuasa dengan apa yang dihajati.
5. Amalkannya sebanyak 3 Jumaat berturut- turut.



aku lupa dah mana aku jumpa petua ni.. tapi tak ape, benda yang baik kita kena sama-sama kongsi kan..

 

1 omelan yang prihatin on "Petua!"

baincardin on June 10, 2011 at 3:33 PM said... [Reply]

bagus petua ni :)

Related Posts with Thumbnails
 

ღcoretan kisah hidupkuღ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal