Followers

♥Tetamu diundang♥

My Lovely Blog~!!

Daisypath Anniversary tickers

Monday, March 28, 2011

Peristiwa Pahit Bercampur Manis!

coretan Atin at 3:44 PM
Assalamualaikum w.b.t

Hari ni aku nak berserita tentang pengalaman semalam sepanjang aku keluar berdatingan dengan en.bf. kitorang pegi ke One Utama. pssttt, sebenarnya kan, aku ada banyak giller kerja yang perlu dilakukan tapi sempat lagi nak berblog. huhuhu.. tak pe, aku ambek masa 15 minit jer..

Ce cite..ce cite..

Sabolah yob.. jangan bako..jangan bako..

Tujuan utama yang paling utama, tiadalah yang utama melainkan yang lebih utama adalah nak menonton citer Hikayat Merong Mahawangsa bukan kisah pak ciknya Merong Mahasuasa..he.he.he..(sesiapa yang dah tgk, metsi tau maksudnya)..

Jadi, nak dijadikan cerita, ura-ura mengatakan citer Merong ni selalulah full house, so aku dengan bangga dan berlagaknya, telah mengecop tempat duduk mayang tu dengan book melalui GSC online... dengan membuat pembayaran sekali ok! Tetapi, aku takdelah nak print bukti transaksi melalui maybank2u tu. dan malang pun telah berbau, sesampai sahaja di sana, dalam usaha aku ngan en.bf menebus tiket di kaunter penebusan, malangnya rekod di GSC mengatakan pembayaran belum dibuat. Apa lagi, menggeledaklah seluruh organ-organ dalaman aku nih. Masakan dia cakap aku tak bayar harga tiket yang hanya RM22 cuma. Jatuh maruahku dan bagaikan dipijak2 garuda.. (kenapakah garuda? tengoklah Merong..hehehe)

Pung Pang Pung Pang..... Alih2, terpaksalah beli tiket Merong yang lain. nasib kali ni baik sebab seat yang ditengah kosong. betol2 sebelah tempat yang aku book. dan apa yang lebih menyayat hati, temapt yang aku book itu tidak berpenghuni. Sayu dan pilu kurasakan sambil menangis teresak-esak didalam panggung.. hiba tak?..Tapi apakan daya, nasi sudah menjadi nasi air.. sedap dimakan..hukhuk
Ok, sekarang sekalian lupakan kejadian diatas..

Selepas Merong sudah berjaya ditonton, aku ratekan filem ni 6 bintang..masyuk2!!! Puas hati la jugak.. dah setanding dengan filem obersea tapi belum boleh menandingi lah.. boleh berbangga dengan hasil titik peluh anak watan..Hidup KRU!!! (Patriotik sungguh)

Sesudah itu, perut pula sibuk berlagu minta diisi, makanyan Fast Food KFC jadi pilihan kali ni. Ramai betol kalo ujung minggu ni. so, terpaksalah en.bf beratur panjang untuk mendapatkan hidangan yang sampai menjilat jari ni.

Nak dijadikan cerita lagi lah kan, di akhir sesi makan ni, aku telah melakukan satu perbuatan yang mengundang padah iaitu mencurahkan hampir separuh air strawberi ke atas baju serta beg kesayanganku. Waaaaaaaa!!!! Tolong jangan bayangkan... Lencun jugaklah baju aku dek kerana tumpahan air yang berlaku hanya sekelip mata je. rasa macam nak menjerit je, tapi kutahan disebabkan maruah aku sebagai perempuan melayu terakhir tak patot tercalar.. aku rasa macam dah ramai giller org tengok aku time tu. mmg tak berani nak angkat muka.. malu beb..ni dah kali ke-2 tumpahan berlaku di kfc. memang badi betol aku kat KFC ni.hukhuk..
Ok, tolong lupakan lagi kejadian diatas..

Pung pang pung pang...Berjaya juga aku mengharungi deyik cemas sebentar tadi atas pertolongan en.bf tersayang.. tapi kan, yang magiknya, baju yang aku pakai langsung tak menampakkan sebarang kesan kekotoran, yang hanya mampu dilihat hanyalah setitik dua kesan air pada cardigan kelabu yang aku sarung di bahagian luar. Syukur Alhamdulillah..

Ok, part yang ni best yang nak citer ni yang membuatkan aku terpana kesukaan dan ketaksuban. Time aku dan en.bf duduk berbual ditempat yang seakan pentas kecik, kelibat 2 orang selebriti yang memang popular di Malaysia ni berjaya menarik perhatian aku. jeng..jeng,,jeng,,jeng...

Yang isteri cantik sangat. muka die glow in the dark gitu.. mulus dengan ditambah seri ibu mengandung manakala suami sibuk duk melayan anak yg nakal jugak aku tengok.. nasib bibiknya ada..dan rambut yang terpacak tu mmg trademark la.. sape lagi kalo bukan Rita Rudaini dan Aidil pemain bola sepak tu.. Best pulak bila dapat terserempak dgn org yang dikenali ramai... Rasa cam happy pulak aku..hahaha.. 

source: artiskami

Itu ajer yang diceritakan.. semoga jumpa lagi dilain waktu..Bye!

entry paling panjang penah aku karang..pecah rekod
 

0 omelan yang prihatin on "Peristiwa Pahit Bercampur Manis!"

Related Posts with Thumbnails
 

ღcoretan kisah hidupkuღ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal