Followers

♥Tetamu diundang♥

My Lovely Blog~!!

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, January 9, 2011

Tips mencari cinta!

coretan Atin at 9:20 AM
Assalamualaikum w.b.t


Selamat pagi kawan-kawan. da bekfes belom? ke tunggu brunch jer? okla, papepun, jgn lupa makan. oklah, pagi ni rasa nak tulis pasal cinta. seronok betol aku kalo citer bab-bab cinta ni. dan oleh kerana mood cinta ini telah ditambahkan dgn perasaan yang terbuai dek penangan novel Aisya Sofea, maka aku menaip berkisarkn cinta ini hari. Berkongsi pandangan serta pengalaman. ok. 

Perempuan atau lelaki, mmg mengimpikan rasa untuk menyayangi serta disayangi. xkesahla ko janji rock ke, mat jiwang ke, tangkap lentok ke, sume nak rasa bercinta kan. tp susah taw jika bila dalam bercinta, perasaan tu hanya sebelah pihak jer yang sangat menyayangi pasangannya. dan susah jugak bila tak ada rasa bertolak ansur sesama kita. tp lagi susah kan, jika sampai skrg, belom lg menemui pengarang jantung, buah hati merangkap mata air or marka! (apala yg aku merepek ni).. 

Yang belum menemui cinta tuh mesti akan ada rasa xberkeyakinan, rasa rendah diri kan. rasa xada org yang suka, rasa x lawala, rasa keadaan diri yang cthnya gemuk atau berjerawat tu membuatkan orang xberminat dgn mereka. i have to say, this is wrong dear! cantik tu kan subjektif. tak semua suka menilai dari segi luaran. ada yang mementingkan keikhlasan hati, kecantikan peribadi.

so, bagaimana nak mencari cinta? cop! ada sesetengah berpendapat cinta sejati xusah dicari, dia akan datang sendiri. betol tak? erm, aku xberapa setuju dgn statement tersebut. apa-apa perkara yang kita nak pun, semua mesti diusahakan bersungguh-sungguh utk mendapat kejayaan. begitu jgk dgn cinta. kita kena berusaha mendapatkannya. setiap anak adam itu telah dijadikan berpasangan, da ditulis jodohnya. cuma sekarang usaha kita utk mencari jodoh kita. Sedangkan cinta Allah Yang Maha Penyayang pun kita kena berusaha utk mendapatkannya....

erm, tips yang 1. Mulalah kehidupan dgn mula bersosial dgn org sekeliling. Jiran tetangga, kawan-kawan kpd kawan kita, kawan2 kakak or abg, kawan kolej or kawan persatuan. xkesahlah. janji bukan ko pegi bersosial kat pub-pub or disko sudah. haram tu.. selama ni ko asyik duk terperuk aje kat bilik sengsorang, so mulai hari ini pegilah berjalan-jalan, bersiar2 ke taman ke, menghadiri majlis perkahwinan kawan2 ke jiran ke, mane taw. dari situ ko akan jumpa cinta ko kan... xmustahil ok!

tips ke 2 pulak. kalo ko segan gila tahap dewa kan, mmg xreti bersosial la kan. apa kata ko bersosial di internet. chatiing ke facebuking ke twittering ke berforuming ke. xkesahla kan. janji ada interaksi dgn orang lain. jangan terus bercinta pulak. mula dgn berkawan, start mengenali hati budi. xsemua apa yang diberitahu melalui internet tanpa berjumpa tu semuanya betol. jangan mudah percaya ok! please..please.. bahaya tuh. mane tau melalui interaksi alam maya, ko akan berjumpa dgn cinta ko. xmustahil ok!

tips ke 3. Change your appearance now! cewah... tukar penampilan anda. kalo dulu ko pakai tudung tu pin ke bawah je macam bdk skolah rendah, sekarang apa kata ko pakai tudung selimpang kat bahu. sedondon dgn baju kurung lak tuh. mak ai, ayu gitu. masih menutup aurat kan. kalo ko pakai braces mcm betty tuh, cepat pegi bukak skrg..(aku gurau jer)... kalo ko pakai spek cam ala-ala 80-an yang bulat giller macam bola tuh, kumpul duit sikit. tukarla yang lebih bergaya. xyah la yang mahal mahal kan. xsemua yang bergaya dan cantik tu mahal.. kalo ko jenis yang suka menunduk aje bila berjalan, apa kata mulai sekarang, jumpa org jer ko senyum la kat org tuh.tp jgn ler ko duk senyum je manjang. silap2 ade jgk yg ckp ko terputus wayar kat otak. nahas beb! Ubah persepsi org terhadap ko. biar bulat jer mata dorang merenung ko. hahaha... meh aku citer pengalaman aku. aku ada sorang kawan masa aku keje kat the store tahun lepas. kawan aku ni die pakai spek yang bulat tuh. xdela bulat pun. tp spek yang starting org pakai tuh. yang berbingkai sume tuh. so, lepas die balik cuti 2 hr, die dtg dgn imej baru. tau apa perubahan dia? dia dah xpakai spek. die tukar pakai contact lens. so bila da pakai contact lens tuh, kita leh tgk la kan mata die. cantik. beza, mmg berbeza..(pinjam slogan seng heng kejap)..so, customer yg dtg je tgk mata die.. sbelum ni xmcm tu pun.. ha, see! ni la yg aku cuba smapaikan...paham tak? mana tau melalui perubahan yang simple mcm ni, ko akan jumpa cinta ko.. xmustahil ok!

Tips yang ke 4. jgn menutup pintu hati ko. " senangla ko cakap. aku dulu penah dikecewakan, susah nak lupakan dia".. eh, hello kawan. aku dulu banyak kali je putus cinta. menangis, meraung, melalak, sume aku da rasa. cam org sewel pon ade. tp ape yg ko dpt? die tu happy ever after da ngan kekasih baru die, ko pulak masih lagi terkenangkan dia. so, hari ni start hidup ko yg baru. masih ada lagi yang akan menyayangimu sepertimana ko menyayangi dia. bila kita da tutup pintu hati kita, mmg susah nak kenal orang yg baru. nti akan dtg, baru ko akan menyesal sebab dah mebazirkan masa ko dgn duk mengenang yang sudah. "Barang yang lepas usah dikenang". berilah peluang kat diri ko utk menerima cinta yang baru yang akan membahagiakan ko. u deserve to be happy!

erm, oklah.. setakat tu sajalah bebelen dan lalutan aku pagi yang indah ini. aku dulu macam-macam pernah rasa. apa yg ko rasa, mmg aku rasa dah dulu. Tp aku sgt berterimakasih pd Allah sebab pinjamkan aku seorang yang sgt memahami aku. aku harap sgt moga jodoh aku dgn dia dipanjangkan. dan aku berharap ko akan bertemu dengan teman sehati sejiwa ko nnti ok?(soulmate)..yang pasti, die ada jer diluar sana, mencari-cari dimana ko berada..=).. dan jangan lupa, berdoa pada Allah kerana hanya Dia yang dapat menimbulakan rasa cinta dan sayang dihati kita..

ni hanya pandangan aku yea. tidak ada kaitan dgn sesiapa pun. yang baik kita kongsilah. yang buruk tu, buang jauh2!
 

3 omelan yang prihatin on "Tips mencari cinta!"

Anonymous said... [Reply]

tips berguna untuk eija... =)

Kamar Cewek on January 9, 2011 at 5:29 PM said... [Reply]

Haruskah aku cemburu? Barulah saja kuucap cinta..
Kuingin cinta itu dibagi bersama...
meskikah cinta membuatku inginkan segala?

Atin on January 10, 2011 at 11:25 PM said... [Reply]

eija: hehe... ambekla ja kalo berguna..sharing is caring!

Related Posts with Thumbnails
 

ღcoretan kisah hidupkuღ Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal